Tips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin |
Tips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin | Perut buncit disebabkan oleh viseral fat (lemak pada organ) dan lemak di kulit (subcutaneous fat) kerana ambil kalori berlebihan dan kurang aktiviti fizikal.
Saya pernah mengalami berat badan berlebihan 68kg dengan saiz lengan, perut dan paha yang besar selepas melahirkan anak kedua. Boleh baca kisah kejayaan saya hilangkan berat di Bahagian 1 dan Bahagian 2
Setelah dah berjaya turunkan berat badan, setahun kemudian saya mengandung. Selepas bersalin, masalah utama ialah berat badan berlebihan semula sebab atas alasan anak menyusu tu saya makan tak ingat dunia 😂
Berat saya naik mendadak sehingga ke 73kg semasa menyusu anak dan cucuk perancang depo.
Tips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin |
Akhirnya apabila anak dah cerai susu daripada saya bulan September 2023 lepas, saya nekad untuk hilangkan semula lemak berlebihan di perut dan paha.
Lemak di perut seolah-olah pregnen 6 bulan padahal takda isi pun ðŸ˜
Saya terjumpa posting di FB mengenai lemak di perut oleh saudara Azril Nizam Jamaludin
Risau juga bila mengenangkan perut buncit ni ada kaitan dengan insulin resistance.
Akhirnya saya ambil keputusan untuk kurangkan dulu makan nasi, tepung dan gula. Perlahan-lahan dalam 5 hari kemudian saya stop semua jenis tepung, nasi dan gula.
Tips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin |
Kemudian saya buat Intermittent Fasting iaitu puasa 12 jam dan makan dalam tempoh 12 jam. Saya berhenti makan pukul 8 malam dan puasa sehingga pukul 8 pagi.
Apabila makin selesa buat IF 12:12 tu, saya buat IF 16:8
Tak lapar ke buat IF 16 jam tu? Alhamdulillah dengan izin Allah kurang rasa lapar.
Tips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin |
Saya juga buat Lazy Keto di mana saya ambil lebih protein, kurangkan karbohidrat.
Saya berbuka puasa pukul 12 tengahari dengan 3 biji telur dadar atau telur rebus. Jika masih lapar, saya makan seketul ayam bakar dengan timun serta salad.
Waktu makan malam pula kadang pukul 6 petang, kadang pukul 7 petang sebab saya masih rasa kenyang sebelum tu.
Tips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin |
Alhamdulillah akhirnya perut buncit saya dah hilang dari pandangan.
Saya juga masih mengamalkan produk Shaklee yang asas seperti Multivitamin Vitalize, B-Complex with Folic Acid, Sustained Release Vita-C.
Untuk detox turunkan berat, saya ambil Omega Guard, Lecithin, Alfalfa Complex dan DTX Complex.
Tips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin |
Tips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin |
Tips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin |
Tips Cara Hilangkan Perut Buncit Wanita Selepas Bersalin |
Semoga perkongsian saya memberikan manfaat kepada anda semua. Benarlah bagai dikata, makan hanya untuk hidup. Bukannya hidup untuk makan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan