Kebaikan Puasa Intermittent Fasting Untuk Perut Sudut Sains

Kebaikan Puasa Intermittent Fasting Untuk Perut Sudut Sains
Kebaikan Puasa Intermittent Fasting Untuk Perut Sudut Sains


Kebaikan Puasa Intermittent Fasting Untuk Perut Sudut Sains | Berpuasa sudah lama menjadi sebahagian daripada pelbagai budaya dengan menahan diri dari makan, minum atau kedua-duanya untuk tujuan kesihatan atau keagamaan.

Apa yang berlaku kepada badan apabila berpuasa?

4-8 jam
• Paras gula dalam darah menurun.
• Semua makanan di dalam perut sudah dicerna.
• Insulin tidak lagi dihasilkan.

12 jam
• Makanan yang diambil telah dibakar.
• Sistem pencernaan berehat.
• Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) untuk penghasilan dan regenerasi sel mula meningkat.
• Glukagon dirembeskan untuk menyeimbangkan paras gula dalam darah.

14 jam
• Lemak yang disimpan ditukarkan kepada tenaga.
• Meningkatkan lagi Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) yang berfungsi untuk mencegah penuaan biologi, membantu membina otot dengan cepat, membakar lemak, meningkatkan libido (dorongan seksual) dan meningkatkan tahap tenaga.

16 jam
• Badan sedang meningkatkan pembakaran lemak.


Kebaikan Puasa Intermittent Fasting Untuk Perut Sudut Sains
Kebaikan Puasa Intermittent Fasting Untuk Perut Sudut Sains


Kebaikan Puasa Intermittent Fasting Sudut Sains

✔ Rasa Lebih Ringan dan Segar
Badan menggunakan tenaga untuk menjalankan proses detoksifikasi dan lebih banyak tenaga diperlukan untuk mencerna makanan. Apabila badan tidak mencernakan makanan, ia akan dapat memfokuskan tenaganya kepada proses penyingkiran toksin dan penyembuhan.

✔ Urus Berat Badan Secara Sihat
Berpuasa akan melatih badan untuk membakar lemak bagi mendapatkan tenaga dan memberi manfaat kepada mekanisma penurunan berat badan secara semulajadi dengan mengaktifkan mod pembakaran lemak pada badan.



✔ Meningkatkan Tahap Tenaga
Apabila badan mula membakar lemak dan bukan glukosa, ia akan membekalkan tenaga kepada otak dan badan. Berpuasa juga akan meningkatkan paras Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) yang akan meningkatkan tenaga.

✔ Menggalakkan Kesihatan Minda dan Fokus
Berpuasa meningkatkan paras hormon otak yang menyokong perhubungan
sel-sel otak dan pertumbuhan neuron baharu. Seterusnya, ia akan meningkatkan keupayaan pembelajaran, daya ingatan yang lebih baik dan fungsi otak.

✔ Boleh Membantu Mengekalkan Tahap Gula dalam Darah Yang Sihat
Ketika berpuasa, tiada glukosa baharu yang akan dibekalkan kepada badan. Jadi, badan tidak mempunyai pilihan lain kecuali menggunakan glukosa yang tersimpan dan secara langsung akan mengekalkan paras glukosa dalam darah.

✔ Boleh Menyokong Kesihatan Jantung
Membantu menyokong tekanan darah, paras kolesterol dan trigliserida yang sihat.

✔ Menyokong Tindak Balas Keradangan Badan
Berpuasa membantu merehatkan tubuh badan. Jadi, tenaga badan akan lebih difokuskan untuk melupuskan selsel lama yang rosak dan menjalankan proses pemulihan. Kemudian, tindak
balas antikeradangan semulajadi badan dapat ditingkatkan.


Kebaikan Puasa Intermittent Fasting Untuk Perut Sudut Sains
Kebaikan Puasa Intermittent Fasting Untuk Perut Sudut Sains


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, hubungi Umi melalui Whatsapp

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan