Kenapa Asid Folik B-Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung

Kenapa Asid Folik B-Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung
Kenapa Asid Folik B-Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung


Kenapa Asid Folik B-Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung | Mikronutrien yang penting bagi wanita hamil ialah asid folik. Asid folik membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin termasuk tiub saraf bagi bayi.

Kekurangan asid folik salah satu vitamin B boleh menyebabkan kecacatan tiada tempurung kepala bayi dalam kandungan (anencephaly)

Apatah lagi jika si ibu mengandung mempunyai sejarah kencing manis GDM.

Bayi dengan keadaan anencephaly ni tulang kepala dan sebahagian otak tak terbentuk. Bayi seperti ni biasanya umurnya tak panjang, akan meninggal selepas dilahirkan. Dalam rahim baby boleh idup lagi sebab ada tali pusat. Lepas dilahirkan, tali pusat dipotong, bahagian otak yang terlibat dalam penafasan tkde, dia takboleh nafas sendiri, walaupun peparunya normal.

Kenapa Asid Folik B-Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung
Kenapa Asid Folik B-Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung


Punca mengapa tempurung kepala janin tiada, dan tidak pernah terbentuk dari awal hayatnya.

1. Tahap gula di dalam darah ibu yang tinggi (penyakit kencing manis) tidak terkawal, pada waktu permulaan kehamilan.

2. Obesiti. Satu masalah metabolisma yang walaupun ibu tidak ada diabetes, meningkatkan risiko mendapat janin yang ada kecacatan ini.

3. Kekurangan zat 'folate', sejenis vitamin yang didapati dari asid folik, pada waktu permulaan kehamilan. Walaupun ibu boleh mendapat vitamin folate dari sayuran hijau, pengambilan suplemen asid folik lebih berkesan mengurangkan risiko kecacatan ini jika dibandingkan dengan memakan lebih sayur-sayuran hijau kerana vitamin folate ini terlalu senang dimusnahkan bila sayuran dimasak.

4. Kadang-kadang masalah di alam sekitar (environmental) yang tidak dapat dikesan.

Kenapa Asid Folik B-Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung
Kenapa Asid Folik B-Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung


Menurut Dr Imelda Balchin, Pakar Perunding Maternal dan Fetal Medicine, suplemen asid folik diambil setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil, dan teruskan asid folik bila hamil untuk tiga bulan yang pertama.

Tapi zaman sekarang, obesiti dan penyakit kencing manis lebih berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia, akibat kandungan gula yang tinggi dalam permakanan, memakan berlebihan dan kurang bersenam.

Kenapa Asid Folik Penting Untuk Ibu Mengandung

1) Ibu yang ada GDM perlu check semula ada kencing manis ke tak lepas 6 minggu berpantang. Jangan lupa.

2) Kalau takda kencing manis lepas check tu, kena buat HbA1c setiap tahun, sebelum mengandung lagi. Sekurang-kurangnya, jumpa Dr, check ada kencing manis ke tak setiap tahun kalau HbA1c tkde. Ni pun jangan lupa.

3) Ibu yang ada masalah neural tube defect  seperti anencephaly di atas, perlukan 5mg asid folik, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan pengambilan untuk 3 bulan pertama kehamilan

4) Ibu yang ada kencing manis sebelum hamil perlukan kawalan kencing manis yang optimum, HBA1c < 6.5% sebelum mengandung lagi. Ibu ini juga perlukan asid folik 5mg, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan sehingga 3 bulan pertama kehamilan.

5) Wanita yang sihat, dan bercadang nak mengandung lagi, perlu amek asid folik (0.4mg) 3 bulan sebelum mengandung, dan sambung pengambilannya 3 bulan pertama semasa hamil. 

Insyallah, kita boleh mengelakkan anencephaly dan kecacatan janin yang lain disebabkan penyakit kencing manis dan obesiti. Allah menentukan, tetapi kita boleh cuba merancang dan berusaha.

Kenapa Asid Folik B-Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung
Kenapa Asid Folik B-Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung


B-Complex Shaklee mempunyai "Patented Bioactivated Absorbtion System"

Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten adalah ciptaan Shaklee dimana Shaklee menghasilkan selaput asid folik yang unik untuk membantu zat asid folik mudah diserap dan digunakan badan.

B-complex Shaklee merangkumi 8 kumpulan vitamin B utama yang penting iaitu :
B1 – Thiamin
B2 – Riboflavin
B3 – Niacin
B5 – Panthothenic Acid
B6 – Pyridoxine
B7 – Biotin
B9 – Folic Acid
B12 – Cyanocobalamin

Vitamin B-Complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu :
B1 – Thiamin,
B2 – Riboflavin &
B3 – Niacin.

Apabila si ibu mengambil vitamin B-Complex dari Klinik Kerajaan & Asid Folik, mereka masih kurang B5 – Panthothenic Acid, B6 – Pyridoxin, B7 – Biotin & B12 – Cyanocobalamin.

Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang.

B-Complex mengandungi biotin yang mahal yang sering diabaikan oleh vitamin B jenama lain.

Asid Folic adalah komponen vitamin B yang sukar diserap tubuh. Namun, B-Complex Shaklee dicipta supaya mudah diserap. Jangan mushkil, jika anda ambil vitamin B lain tetapi tidak dapat merasakan kesan yang positif.

Dapatkan produk Shaklee di laman web rasmi Shaklee. Produk dijamin ori dari HQ Shaklee

Kenapa Asid Folik B-Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung
Kenapa Asid Folik B-Complex Penting Untuk Ibu Nak Mengandung



Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan, hubungi Umi melalui Whatsapp

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” 

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

1 ulasan:

  1. Amalan yang baik untuk menjaga kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.

    BalasPadam