7 Tips dan Cara Pakai Clay Mask Yang Betul Sebelum Cuci Muka |
7 Tips dan Cara Pakai Clay Mask Yang Betul Sebelum Cuci Muka | Mask lumpur membantu menghilangkan kotoran yang ada pada pori kulit muka.
Tapi cara pakai clay mask tu betul ke? Jom semak cara pakai mask lumpur yang betul
1. Bersihkan wajah sebelum memakai clay mask
Hilangkan kotoran dan minyak pada wajah dengan menggunakan pencuci muka, kemudian bilas menggunakan air hangat. Jangan gunakan pelembab lagi ye.
2. Pakai clay mask nipis saja
Pemakaian clay mask yang terlalu tebal hanya akan membuat kulit semakin kering. Pakai clay mask di bahagian tertentu yang bermasalah sahaja seperti dibahagian T-zone.
Pelbagai jenis mask lain juga boleh dipakai sekaligus dibahagian wajah yang berbeza.
3. Segarkan mata dengan hirisan timun
Ketika memakai clay mask, hindari pemakaian di daerah mata. Sebaliknya letakkan hirisan timun yang berfungsi untuk memberikan efek rileks sekaligus mengurangkan bengkak di mata.
7 Tips dan Cara Pakai Clay Mask Yang Betul Sebelum Cuci Muka |
4. Jangan biarkan clay mask terlalu lama
Clay mask yang dibiarkan hingga kering dan pecah-pecah akan menyebabkan iritasi.
Ada tiga fasa ketika memakai clay mask. Fasa 1 ketika mask basah, kulit menyerap mineral dari luar. Fasa 2, yakni fasa awal kering yang menstimulasi kapilari dan membuat aliran darah kita menjadi lancar. Fasa 3 saat mask mulai mengering dan menyerap semua kelembapan kulit kita.
Jadi, jangan menunggu sampai clay mask menjadi kering sehingga sampai pecah-pecah. Itu akan menyebabkan kulit dehidrasi, terasa gatal dan terkena iritasi. Gunakan clay mask selama 5-10 minit saja.
5. Bilas clay mask menggunakan tuala
Jika clay mask sudah terasa hampir kering, namun masih sedikit melekit saat disentuh, itu adalah saat yang tepat untuk membilasnya. Untuk membilas clay mask yang menempel di wajah, gunakan 2 tahap pembersihan.
Tahap 1, gunakan tuala bersih yang sudah dicelupkan ke dalam air hangat. Air hangat bertujuan untuk membuka pori-pori sehingga mask dan kotoran yang menempel benar-benar terangkat seluruhnya.
Tahap 2, lanjutkan membilas wajah dengan menggunakan air sejuk. Hal ini bertujuan untuk menutup pori-pori wajah. Setelah itu, keringkan menggunakan tuala dengan cara ditepuk-tepuk secara perlahan.
6. Setelah memakai clay mask, lanjutkan dengan perawatan untuk melembabkan kulit
Clay mask boleh membuat kulit kering. Oleh kerana itu, setelah menggunakan clay mask, jangan lupa untuk melanjutkannya dengan rangkaian perawatan untuk mengembalikan kelembapan wajah.
Gunakan toner dan pelembap atau boleh juga menggunakan sheet mask/hydrating mask.
Sapukan toner untuk mengembalikan kesegaran. Aplikasikan serum yang sesuai dengan keperluan kulit. Lalu, aplikasikan pelembap wajah atau krim sebagai rangkaian terakhir perawatan wajah.
7. Waktu pemakaian clay mask
Sering memakai clay mask hanya akan membuat kulit menjadi terlalu kering dan boleh menyebabkan iritasi.
Untuk kulit yang normal, cukup gunakan masker 1 kali selama seminggu.
Untuk kulit kategori berminyak, 2 kali dalam seminggu.
Untuk kulit kering, 2 kali dalam sebulan.
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan