Punca Kanak-kanak Kecil Berdengkur Kuat Ketika Tidur Malam |
Punca Kanak-kanak Kecil Berdengkur Kuat Ketika Tidur Malam | Anak saya daripada lahir, dia memang tidur berdengkur. Masa umur 2 tahun, dia baru ada 2 perkataan yang dia pandai sebut.
2 tahun dah kira lambat untuk anak kecil kita bercakap. Mungkin dia ada masalah yang perlu dirujuk kepada pakar. Ada sesetengah orang kata, alaaa baru 2 tahun. Rilekslaaaaa. No parents, cuba dulu rujuk kepada pakar especially jika anak perempuan. Anak lelaki saya admit, mereka lebih lambat daripada perempuan kebanyakannya.
Bila dah jumpa pakar, Doktor jumpa 2 penemuan. Ada cecair di dalam gegendang telinga dan jugak adenoid pada hidungnya yang menjadikan dia kerap selsema menyebabkan cecair mukus banyak dalam telinga. Terapi pertuturan dan operation diperlukan setelah beberapa temujanji susulan tapi takde sebarang perubahan.
Once doktor dah decide tarikh untuk operation, 3 bulan daripada temujanji terakhir tu, masa ni lah saya fokuskan pada immune dia betul². Sebabnya kalau dia selsema sebelum operation, operation tu kene tunda!
Jadinya saya bagi zayyad Nutriferon dan Omega konsisten setiap hari selama 3 bulan berturut-turut.
Korang bayangkan, daripada umur 2 tahun dia stop menyusu badan tu, mula lah series selsema berpanjangan. Dah sama macam saya yang resdung dulu-dulu sebelum makan shaklee😅
Jadi saya bagi dia konsisten hari² nutriferon dan omega. Kang kene tunda operation, lambat pulak dia nak buang adenoid dan buang cecair dalam telinga tu.
Alhamdulillah, sepanjang 3 bulan tu immune dia sangat sangat improve. Selsema hanya sekali di bulan pertama je!
Masa check sehari sebelum operation, dan dia tak selsema langsung! Doktor kata kita buat 1 operation je. Sebab cecair dalam telinga dia dah takde! Fuhhhhhh, berhasil sangat improve immune yg buatkan budakni tak selsema dah!
Operation hanya untuk buang adenoid sahaja, yang juga punca kepada bunyi dengkur dia selain buatkan dia cepat atau mudah kene selsema.
.
Dengkur pon jadi masalah ke? Ye parents, dengkur menandakan pernafasan kita tersekat. Kadar oksigen yang masuk adalah lebih rendah daripada normal. Jika dibiarkan berterusan berpanjangan, otak kita lebih kecil daripada biasa. Which is effect lagi pembelajaran dan perkembangan si anak.
Operation buang adenoid tu hanya 2 jam sahaja. Jangan risau, anak dibius dulu. so dia tak sedar pon doktor buat apa. And recovery sangatlah cepat. Lepas keluar OT, dia dah boleh discaj kalau takde sebarang komplikasi atau pendarahan. Yet, Zayyad discaj tu terus jalan-jalan ke Ikea lagi main-main macam biasa😃
Alhamdulillah, setahun sudah berlalu. Sejak buang adenoid tu, dan konsisten jugak Omega guard dan Nutriferon, immune dia sangat sangat improve. Jarang sangat dah kena selsema atau demam. Walaupon ke sekolah bercampur dengan ramai kanak-kanak lain. Kita tahu kan, bila anak-anak ni bercampur, mereka sangat mudah dijangkiti virus.
Kalau anda sebagai parents yang ada anak-anak selalu je demam and selsema, dah berumur setahun ke atas, cubalah ikhtiar dengan Nutriferon dan Omega guard ni.
Saya dah jumpa untuk anak-anak saya😍
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Akak, dana nk minta alamat akak
BalasPadamNanti kirim kat email dana ye norhidana@gmail.com
anak2 buah saya kadang2 tidur kuat jugak munyik..
BalasPadam