Kerja Kilang Menambah Susu Badan Kurang Ketika Boleh Puasa |
Setiap hari, saya bekerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Tapi kalau dah kerja kilang, kadang-kadang terpaksa stay back sehingga 6-7 malam.
Namun begitu, Alhamdulillah, saya dapat menyusukan anak saya secara exclusive sehingga 2 tahun.
Permulaan sangat mencabar. Terutama anak pertama. Sebab Aisy lahir pada bulan Februari 2015. Pada tahun tersebut, bulan Ramadhan jatuh pada sekitar bulan Julai. Bermakna waktu tu, usia Aisy baru 5 bulan. Sepenuhnya bergantung pada susu ibu, sebab belum mula makan makanan pejal lagi. Menyusukan anak sewaktu bulan puasa sememangnya mencabar. Tambahan pula, saya seorang ibu bekerja.
Namun saya bersyukur, kerana pada waktu itu, saya telah pun kenal Shaklee. Setiap hari waktu sahur, saya akan sahur dengan ESP blend dengan kurma. Biasanya saya minum sejuk.
Lepas tu, saya akan makan nasi sikit. Sekadar alas perut. Selesai makan, saya ambil supplement seperti biasa. 2 biji Vitalea, 1 biji Sustained Release Vita-C Plus, 1 biji B-Complex, dan 5 biji Alfalfa Complex. Dan, saya juga akan pastikan saya minum air kosong secukupnya walaupun berpuasa. Sehari mesti cukup 3 liter.
Tips Nak Puasa Penuh Ketika Hamil dan Ganti Puasa Mengandung
Selepas berbuka puasa, saya ambil 5 biji Alfalfa Complex dan 3 biji Omega Guard. Sebelum tidur, saya pastikan saya mengambil 4 biji OsteMatrix. Pada waktu malam, saya minum air kosong secukupnya. Sesekali, saya makan 1-2 biji kurma.
Di tempat kerja, saya teruskan jadual pam saya seperti biasa. Sehari pam 2 kali iaitu pagi dan tengahari. Saya pam pada waktu yang sama untuk memastikan “demand” susu saya maintain.
Alhamdulillah, setiap kali pam, saya mampu untuk mendapat 10-15 oz setiap hari. Tetap maintain seperti biasa.
Saya dapat mengekalkan jumlah simpanan stok susu saya sepanjang berpuasa. Pada usia 5 bulan, jumlah susu yang Aisy minum semakin banyak. Jadi, saya perlu pastikan stok susu saya maintain. Alhamdulillah, saya dapat berikan susu ibu sepenuhnya sehingga usianya sekitar 10 bulan. Selepas tu, dengan sayunya, saya terpaksa campur susu formula sebab saya hamil anak kedua. Namun dengan izin Allah, saya masih dapat “sambung” menyusu Aisy ketika hamil, dan sambung selepas melahirkan anak kedua sehingga usianya 2 tahun.
Anak kedua saya, Ayra, dilahirkan pada September 2016. Sewaktu Ramadhan 2017, usia Ayra sekitar 9 bulan. Alhamdulillah, lepas fasa 6 bulan pertama. Tapi, Ayra kuat menyusu. Dan sepenuhnya ketika itu masih minum susu ibu, selain dah mula makan makanan pejal.
Dengan izin Allah, saya mengamalkan tips yang sama, susu tetap maintain dan stok mencukupi sepanjang Ramadhan untuk Ayra. Lebih menggembirakan, saya dapat menyusukan Ayra sehingga umurnya genap 2 tahun 3 bulan.
Saya bersyukur kerana telah mengenali Shaklee waktu itu. Perjalanan PSI saya berjalan dengan lancar tanpa masalah seperti susu kurang, stok semakin susut sebelum sampai waktunya. Alhamdulillah, memang rezeki anak-anak saya, saya dapat menyusukan mereka sepenuhnya.
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan