Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah & Patuh Syariah Islam?

Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah & Patuh Syariah Islam?
Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah & Patuh Syariah Islam? 
Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah & Patuh Syariah Islam? | Multi Level Marketing (MLM) salah satu sistem pemasaran dengan memanfaatkan jaringan pelanggan.

MLM merupakan konsep pemasaran dengan cara memberikan peluang kepada pelanggan untuk terlibat sebagai penjual serta mendapat keuntungan, melalui komissn yang diberikan oleh syarikat. Anggota yang tergabung dalam MLM disebut distributor atau pengedar.

Bisnes Shaklee MLM Penipu

❝ Macam mana orang kata taksub buat Shaklee, sampai langgar halal haram? Shaklee gunakan sistem yang menindas, gunakan sistem pairing, upline paksa-paksa downline untuk efektif supaya dapat 1 atau 2 point untuk dirinya, kejam! ❞

Terdapat banyak jenis struktur sistem MLM, antaranya unilevel plan, binary plan, matrix plan, breakaway plan, generation plan dan macam-macam lagi kerana sentiasa ada plan-plan yang evolve dari plan lama, combination pun ada.

Apa yang pasti, Shaklee tidak membayar bonus menggunakan sistem pairing. Pairing sistem kebanyakkan digunakan dalam Binary Plan. Musykil pula saya dari mana pula datangnya info tentang pairing sistem dan Shaklee.

Upline kejam? Di situlah banyak disalahertikan syarikat MLM. Melalui pengalaman, memang tidak dinafikan terdapat ‘pemimpin’ yang memanipulasi orang bawahan dengan memaksa membuat jualan, tanpa memberi panduan dan tunjuk ajar yang betul untuk menjual dan memasarkan produk.

Namun, ‘pemimpin’ jenis begitu tidak kekal lama kerana tiada keberkahan dalam apa yang diusahakan. Mereka ini, ada yang pergi meninggalkan orang bawahan untuk mencari keuntungan lain dan ada juga yang telah dihentikan keahlian kerana banyak salah laku yang dibuat kerana ketamakan diri.

Bila sebut MLM pasti akan terbayang orang yang selalu mahu berjumpa untuk ajak kawan-kawan join berniaga bersama kumpulannya dengan umpan bonus yang berkepuk-kepuk dalam masa singkat.

Kemudian, terbayang sistem piramid. Geng-geng ambil gambar pegang cek besar sebelah kereta mewah. Modal untuk join mesti cecah ribuam sampai ada yg ambil personal loan untuk berniaga MLM.

Kurang lebih 3 bulan balik kampung memandu kereta mewah sambil memancing orang kampung sertai bisnesnya. Tidak lama kemudian, kereta pinjamnya entah ke mana, sunyi sepi, silap haribulan menyorok takut berjumpa dengan ramai yang telah ditipunya.

Itulah MLM yang sering dibayang kebanyakan orang. Disebabkan konsep tersebut, MLM dikatakan haram kerana menganiaya ramai orang.

Apa itu MLM yang sebenarnya?

Konsep MLM ialah untuk memudahkan pemasaran produk dengan lebih berkesan menerusi modal yang rendah dan bagi mengelakkan kos pengiklanan yang tinggi.

Jualan produk dilakukan secara langsung oleh pengedar berdaftar di kawasan masing- masing. Dengan cara ini, pemasaran menjadi lebih mudah dan efektif kerana hanya pengedar yang lebih memahami kehendak pasaran di kawasannya.

Selain untung runcit hasil jualan produk, pengedar juga dibayar komisen atas usaha mereka memasarkan produk. Modal adalah kecil dan mengikut kemampuan pengedar.

Syarikat pula tidak perlu lagi menyusun pelan pemasaran sendiri sebaliknya boleh memberi tumpuan dan bajet bagi membangunkan produk yang berkualiti juga alat dan sistem bagi menyokong keperluan pengedar.

Bisnes Shaklee MLM Patuh Syariah Islam?

Pandangan MLM dari sudut Islam pula ada dikongsikan oleh Ustaz Zaharuddin(UZAR) di blognya, mengenai saranan bagi pengamal MLM atau kepada mereka yang ingin menjalankan bisnes MLM memastikan 9 asas minima syariah dapat dipatuhi.

Link ➔ http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam
Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam 
1. Produk MLM mestilah dibeli dengan tujuan sebenarnya
Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

Shaklee amat mementingkan kualiti produknya. Setiap produk diuji secara klinikal dan seterusnya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ramai yang telah mencuba dan mendapat manfaat dari Shaklee termasuk diri saya sendiri. Motto Shaklee sendiri, “Better You, Better World” menggambarnya secara jelas tujuan Shaklee membantu pengguna mendapatkan kesihatan diri yang baik.

Shaklee Selamat ➔ https://www.shaklee.com.my/about/shaklee-difference/safe/

Shaklee Terbukti ➔ http://www.shaklee.com.my/ms/about/shaklee-difference/proven/

Shaklee Berkesan ➔ http://www.shaklee.com.my/ms/about/shaklee-difference/proven/

Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam
Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam 

2. Produk bukan emas dan perak

Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

Jaringan produk Shaklee terdiri daripada suplemen untuk kesihatan, produk penjagaan diri dan kecantikan juga produk penjagaan rumah.

Penjagaan Kesihatan ➔ http://www.shaklee.com.my/ms/products/healthy-solutions/

Penjagaan Diri & Kecantikan ➔ http://www.shaklee.com.my/ms/products/healthy-beauty/

Penjagaan Rumah ➔ http://www.shaklee.com.my/ms/products/healthy-home/

Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam
Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam 

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.
Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

Benar, upline dalam Shaklee hanya berhak mendapat komisen dari ahli bawahan yang dibantu sahaja. Upline perlu menjaga dan memberi ilmu pada ‘anak’, ‘cucu’, ‘cicit’nya.

Upline perlu melatih ahli di bawah kumpulan dan mereka juga berhak mendapatkan konsultasi dari upline sekiranya memerlukan atau ada sebarang masalah berkaitan Shaklee.

Upline yang baik akan menyediakan modul dan sistem untuk diduplikasi oleh orang bawahannya. Kelas, seminar, sesi coaching dan mentoring sentiasa diadakan bagi memajukan ahli dibawahnya.

Pelbagai cara perhubungan tersedia di zaman moden ni. Ilmu boleh diperoleh di hujung jari sahaja.

Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam
Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam 

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja.

Tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

Setiap komisen Shaklee bergantung pada nilai point (UV) yang dikumpulkan hasil pembelian produk, bukan berapa ramai downline yang ditaja. Kalau ramai yang ditaja pun tapi semua tiada belian, maka tiada komisen diberikan.

Selepas breakaway dan menjadi pemimpin jualan, pengedar akan mula menikmati bonus kepimpinan sebagai imbalan atas didikan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada orang bawahannya.

Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam
Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam 
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.
Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.

Benar. Tiada paksaan untuk membeli dalam Shaklee. Jika beli dapat UV (point) dan bonus. Jika tidak beli, tidak mengapa.

Syarat JUALAN MINIMA untuk memperoleh komisen kumpulan ditetapkan oleh syarikat sebanyak 150 UV. Sekiranya belian dibuat mencukupi, pengedar akan mendapat 5% bonus minima.

Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam
Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam 
6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya.
Upline boleh mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?

Tiada konsep upline “goyang kaki” dalam sistem MLM Shaklee. Setiap leader harus berusaha membimbing downline mencapai target dan impian anak didiknya.

Bonus jualan diperoleh berdasarkan peratusan jualan kesemua ahli di dalam jaringannya yang belum breakaway.

Selepas breakaway dan menjadi pemimpin jualan, pengedar akan mula menikmati bonus kepimpinan sebagai imbalan atas didikan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada orang bawahannya.

Malah, komisyen ini hanya diperoleh setakat 6 level sahaja bergantung kepada pangkat upline tersebut. Tidak wujud konsep upline beroleh komisyen secara infiniti tanpa mengira level.

Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam
Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam 
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.
Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

Dalam Shaklee, siapa usaha lebih, dia yang akan berjaya. Malah, downline juga boleh melangkau pangkat upline.

Pendapatan seorang downline juga boleh melebihi uplinenya.

Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam
Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam 
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

Sistem komisyen Shaklee adalah telus, mudah difahami dan tiada sebarang unsur ‘tersembunyi’. Setiap ahli dibekalkan dengan business manual dan penerangan akan diberi secara telus jika terdapat sebarang kemusykilan.

Setiap pengedar mempunyai akses terus kepada Pengurus Pembangunan Bisnes(BDM) Shaklee yang telah ditempatkan bagi setiap Region di Malaysia.

Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam
Bisnes Shaklee MLM Penipu Ok Ke Mudah Patuh Syariah Islam 
9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah.
Iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Modal untuk keahlian sama sahaja untuk semua ahli iaitu RM35 sahaja atau boleh mendapatkan keahlian PERCUMA dengan pembelian produk dengan jumlah 100UV.

Modal lain seperti pengiklanan, publikasi, R&D, alat bantu, event dan lain-lain adalah ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee dan bukan dikeluarkan oleh ahlinya samada upline atau downline. Tidak timbul sebarang isu di sini.

Syarikat melantik beberapa wakil dari pengedar yang berfungsi mewakili lapangan untuk bermesyuarat setiap Quater bagi membincangkan bersama perancangan pemasaran, jualan, operasi dan strategi secara menyeluruh. Wakil ini dipanggil “Field Advisory Council” dan upline saya iaitu Master Iffah Anuar merupakan salah seorang dari 5 orang FAC yang dilantik.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee,
atau pun menyertai program Dropship Viktoria

Program Dropship Viktoria

✅ Percuma
✅ Poster diberikan dalam group khas
✅ Kami uruskan p.os kepada customer anda
✅ Cukup 100 point anda berjaya jual produk, free keahlian RM35
✅ Untung runcit 15% - 25% milik anda
✅ Bonus ejen diberi tunai

Berminat?


boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

6 ulasan:

  1. Cukup penerangan. Bagi orang yg tertanya2....

    BalasPadam
  2. padat dan mudah difahami..terima kasih umi

    BalasPadam
  3. Brand Shaklee sudah terkenal di Malaysia dan terbukti berkesan 👍

    Jemputjoin contest kalau belum ya 😊

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian ini. Saya sendiri pun pernah tertanya2 pasal perkara ini. apa pun, bussiness shaklee ini memang sedang pesat. Students saya pun ramai yang buat sebagai pendapatan sampingan. Saya doakan ummi terus dipermudahkan usaha untuk bisness dan dilimpahkan rezeki. aamiinnn

    BalasPadam
  5. semoga biz umi akan terus maju. selamat hari raya. maaf zahir batin..

    BalasPadam
  6. bisnes yg bagus shaklee ni

    BalasPadam