Vitamin Yang Dah Expired Tarikh Luput Boleh Dimakan Lagi Ke

Vitamin Yang Dah Expired Tarikh Luput Boleh Dimakan Lagi Ke
Vitamin Yang Dah Expired Tarikh Luput Boleh Dimakan Lagi Ke
Vitamin Yang Dah Expired Tarikh Luput Boleh Dimakan Lagi Ke | Vitamin kita yang telah luput masih selamat untuk dimakan atau tidak?

Pengambilan vitamin tambahan dapat membantu untuk menambah baik keadaan badan dan menyokong keperluan metabolisma.

Vitamin boleh expired ke?
Ya, dan juga tidak. Ini kerana luputnya sesuatu vitamin itu tidak sama dengan luputnya makanan yang kita makan. Secara tradisionalnya, makanan yang telah luput akan menjadi tidak selamat untuk dimakan.

Namun, vitamin yang telah luput pula tidak akan mengandungi bahan toksik atau beracun, sebaliknya, ia akan menjadi kurang berkesan atau efektif dalam menghasilkan kesan yang sepatutnya. Ini kerana bahan ataupun ramuan yang terdapat dalam produk vitamin tambahan akan beransur-ansur terurai, menjadikannya semakin lama semakin tidak efektif.

Menurut Erin Stokes, Pengarah Perubatan di syarikat MegaFood, terma ‘tarikh luput’ yang disertakan pada botol produk vitamin bukan bermaksud ia akan menjadi toksik atau beracun selepas tarikh tersebut. Sebaliknya, ia menjanjikan produk tersebut mengandungi kesemua kandungan yang dinyatakan, dalam dos yang sama seperti yang tertera pada label produk.

Secara amnya, tempoh tahan suatu produk vitamin itu adalah selama 2 tahun. Semestinya, tempoh ini adalah berbeza-beza mengikut jenis vitamin dan keadaan penyimpanan. Ramai yang mungkin cenderung untuk menyimpan vitamin mereka di dapur ataupun di dalam bilik air kerana mudah untuk diakses dan diingati.

Namun, kawasan tersebut adalah lembap dan juga boleh mengumpul haba yang lebih tinggi berbanding kawasan rumah yang lain. Kaedah penyimpanan terbaik untuk vitamin adalah di tempat yang sejuk dan kering.

Simpan Vitamin Dalam Peti Sejuk

Oleh sebab sesetengah produk tidak stabil pada suhu bilik, penyimpanan dalam peti sejuk dapat memanjangkan hayat sesetengah produk vitamin itu. Contoh vitamin yang dimaksudkan adalah:

Minyak ikan
Vitamin E
Vitamin D
Probiotik

Selamatkah pengambilan vitamin yang telah luput?
Sangat kecil kebarangkalian bahawa pengambilan vitamin yang telah luput akan menyebabkan mudarat kepada tubuh badan. Sehingga kini, belum ada kes yang telah dilaporkan di mana seseorang itu mendapat penyakit ataupun meninggal dunia akibat pengambilan vitamin yang telah tamat tempoh.

Namun, bergantung kepada kaedah penyimpanan dan juga pendedahan yang berlaku, terdapat kemungkinan bahawa suatu vitamin itu boleh jadi berbahaya. Sebagai contoh, jika suatu vitamin itu dibiarkan terbuka atau tidak ditutup dengan baik, ia boleh terdedah kepada kelembapan, bahan pencemaran dan juga kulat. Dengan masa, vitamin tersebut boleh menjadi tidak selamat dan berbahaya untuk dimakan.

Jenis vitamin dan makanan tambahan yang diambil juga adalah penting apabila anda menyemak tarikh luput. Terdapat makanan tambahan yang mengandungi bakteria seperti produk probiotik. Terdapat juga makanan tambahan atau vitamin dalam bentuk cecair.

Menurut Cynthia Marie LaBonte, Ahli Kimia daripada Newport Herbal Formulas, jika telah mencapai tarikh luput, adalah lebih baik untuk dibuang sahaja vitamin atau makanan tambahan yang perlu disimpan dalam peti sejuk, dalam bentuk cecair atau yang mengandungi bakteria seperti probiotik.

Kesimpulannya, tidak digalakkan mengambil vitamin yang telah expired tamat tempoh tarikh luput. Ini kerana vitamin tersebut tidak lagi efektif dan andai terus dimakan, vitamin itu tidak lagi efektif atau mampu untuk menghasilkan kesan yang sepatutnya.

sumber asal hellodoktor.com

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan