Panduan Solat Sunat Tarawih Secara Sendiri Di Rumah |
Panduan sembahyang sunat tarawih disediakan oleh JAKIM.
WAKTU SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
Ditunaikan selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
RAKAAT SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
i. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
ii. Pada zaman Rasulullah SAW sembahyang Tarawih dikerjakan
sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan. Walaubagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
iii. Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab RA pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau
berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
iv. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya
dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
v. Lafaz niat sembahyang sunat Tarawih:
Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat makmum (mengikut imam) kerana Allah Taala.
RUKUN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain juga.
KAIFIAT SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH 20 RAKAAT
Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat sembahyang sunat Tarawih ini, dibaca pula surah-surah yang
tertentu:
1. Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan:
a. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takathur hingga surah al-Masad.
Susunan surah-surah adalah seperti berikut:
1. Surah Al-Takathur
2. Surah Al-Asr
3. Surah Al-Humazah
4. Surah Al-Fil
5. Surah Quraisy
6. Surah Al-Ma’un
7. Surah Al-Kautsar
8. Surah Al-Kafi run
9. Surah An-Nasr
10. Surah Al-Masad
b. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas.
2. Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan:
a. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
b. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.
Untuk panduan lengkap solat tarawih, boleh rujuk di bawah
Panduan Solat Sunat Tarawih Secara Sendiri Di Rumah |
Panduan Solat Sunat Tarawih Secara Sendiri Di Rumah |
Panduan Solat Sunat Tarawih Secara Sendiri Di Rumah |
Panduan Solat Sunat Tarawih Secara Sendiri Di Rumah |
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Alhamdulillah.Kian mendekat ramadhan.Terima kasih perkongsian.
BalasPadaminfo yang bermanfaat sangat UN :)
BalasPadamnanti abe kie nak cari versi pdf..
BalasPadamGood sharing awak, semoga tahun ni kita dapat jalani Ramadhan dengan sempurna..
BalasPadamterima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni. InsyaAllah,Ramadhan tahun ni boleh dijalankan dengan baik. Aamiin aamiin. <3
BalasPadamnice sharing tapi gambar tu kecik sangat, tak berapa nak jelas
BalasPadamTakpe.. Kita solat Kat rumah jela ye
BalasPadamInsyaaAllah semoga dapat kita pastikan bertarawih bersama keluarga. 😄
BalasPadamLain cara berpuasa tahun ini tapi amal ibadah dalam bulan Ramadhan masih sama.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian.
Wah! Siap sertakan surah2 sekali! TQ Naz!
BalasPadam