Hukum Puasa Ibu Mengandung dan Berbuka Puasa Apabila Sakit |
Sekiranya wanita hamil merasakan tidak sihat, pening, rasa hendak pitam, kabur penglihatan atau tanda membimbangkan, dinasihatkan segera berbuka dan dapatkan pemeriksaan doktor.
Wanita hamil yang berpuasa mungkin mengalami kesan sampingan seperti hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang lebih rendah daripada normal), ketosis dan dehidrasi.
Set Puasa Membantu Ibu Hamil, Ibu Menyusu Dan Pesakit Gastrik
Risiko ini dikatakan meningkat jika berpuasa pada awal kehamilan (trimester pertama atau tiga bulan pertama) kerana biasanya pada fasa ini banyak berlaku komplikasi kehamilan yang kurang menyenangkan.
Oleh itu, doktor tidak menggalakkan ibu yang berada pada fasa pertama kehamilan untuk berpuasa. Bagaimanapun, tiada satu nasihat yang seragam yang boleh digunakan oleh wanita hamil yang ingin berpuasa.
Walaupun merasakan badan mereka dalam keadaan baik, ibu hamil yang ingin berpuasa dinasihatkan berjumpa doktor supaya doktor boleh memeriksa keadaan dan keupayaan untuk berpuasa.
Namun, dalam keadaan tertentu, doktor akan melarang berpuasa sekiranya mengalami:
1. Kencing manis
2. Penyakit hati yang tidak berfungsi
3. Lelah yang teruk
4. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
5. Kehamilan kembar
6. Risiko kelahiran pra-matang
7. Masalah lain berkaitan kehamilan yang serius.
Rata-rata pakar perubatan bersetuju, ibu hamil dan kandungan yang sihat selepas trimester pertama boleh berpuasa jika hendak berpuasa namun sekiranya lemah atau loya hendaklah segera berbuka puasa.
Tips Nak Puasa Penuh Ketika Hamil dan Ganti Puasa Mengandung
1. ALAHAN YANG TERUK
Wanita yang berada pada awal fasa kehamilan ada kalanya mengalami masalah alahan yang teruk. Jika keadaan berlarutan sehingga menyebabkan kekurangan tenaga maka disarankan berbuka puasa.
Ini kerana apabila sudah muntah, tenaga daripada makanan yang diambil hilang dan boleh menyebabkan mudarat pada janin.
2. MENGALAMI DIABETES
Wanita mengandung yang mengalami Diabetes jenis I, II dan Gestasi perlulah berbincang dengan pakar perubatan dan pegawai dietetik berkenaan ubat dan diet yang sesuai semasa berpuasa. Sekiranya tidak memerlukan rawatan atau insulin, boleh berpuasa namun perlu mengawal dan memantau kandungan gula dan kesihatan diri.
Masalahnya yang sering terjadi bukanlah bacaan gula semasa berpuasa tetapi bacaan gula yang tinggi selepas berbuka, sebelum sahur dan selepas sahur.
3. DEMAM, RASA SEJUK, LEMAS, MENGGIGIL DAN BERPELUH
Jangan paksa diri untuk berpuasa ketika hamil sekiranya si ibu mempunyai masalah kesihatan seperti demam. Situasi lain yang perlu diambil berat oleh ibu hamil ialah apabila mengalami kandungan gula rendah dalam darah.
Jika badan mula berasa lemas, menggigil, berpeluh dingin dan pandangan kabur, maka dinasihatkan untuk berbuka puasa.
4. MASIH DALAM TEMPOH PENGAMBILAN UBAT
Sekiranya pengambilan ubat perlu dipatuhi untuk elakkan kemudaratan pada janin, adalah lebih baik untuk tidak berpuasa.
Namun sekiranya kesihatan normal dan ingin cuba untuk berpuasa ketika hamil, dapatkan pendapat daripada doktor untuk pengambilan dos yang lebih tepat sepanjang waktu berpuasa.
5. PERGERAKAN BAYI BERKURANG
Jika pergerakan janin berkurangan (selepas 28 minggu kehamilan), hendaklah berbuka puasa dan terus ke hospital untuk penilaian dan pemeriksaan lanjut.
Tips Membantu Ibu Mengandung Untuk Puasa
Hukum Puasa Ibu Mengandung dan Berbuka Puasa Apabila Sakit |
ESP - dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. ESP menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia.
Membantu melapik perut dan menahan rasa lapar kerana menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati.
Meal Shakes - diperbuat daripada bahan semulajadi buah-buahan dan sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu).
Multi-vitamin mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral supaya bila badan cukup zat, bayi dalam rahim pun cukup zat, ibu pun boleh puasa dengan lebih bertenaga
Performance Drink - kekal bertenaga dan mengurangkan haus.
Rumusan Ekslusif OptiCarb memberi KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan kadar segera.
Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.
Hukum Puasa Ibu Mengandung dan Berbuka Puasa Apabila Sakit |
Promosi hebat sempena menyambut Ramadhan
Dapatkan set Puasa Optimum dan percuma keahlian Shaklee
Belian kombo 2 tong Mealshakes dan Performance Drink dapat diskaun 10%
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Islam itu mudah dan memudahkan..
BalasPadamcabaran ibu mengandung..
salam PKP tahun 2020., ;p
BalasPadamKalau mak dulu memang tak puasa sebab alah teruk sampai masuk hospital. Dah masuk last trimester baru okay
BalasPadamsaya kan kalau bulan puasa mesti kena ada ESP dengan PD.. hee~ cardas sepanjang hari..
BalasPadamdoakan saya pregnant tahun ni.. =D
BalasPadaminsya allah dengna pemakanan yang sihat dapat membantu sedikit sebanyak kan
BalasPadamGood sharing Umi.tq
BalasPadamhai jemput dengr lgu sy...hehe
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html
nice info. tqq for sharing sis
BalasPadamadik masa hamil ri tu pun ambil shaklee juga...
BalasPadam