Berpantang Keguguran 7 Minggu Dengan Set Berpantang Shaklee |
Tapi hasil scan Doktor bagitahu janin tinggal kantung dan tiada denyutan jantung membuat hati kami suami isteri luluh. Doktor bagi tempoh 2 minggu lagi untuk kepastian.
Selepas 2 minggu doktor sahkan memang janin tak berkembang dan stain pun dah keluar. Ingatkan saya cukup kuat untuk hadapi setelah dimaklumkan 2 minggu yang lalu. Namun saya meraung juga setelah doktor berikan surat ke hospital untuk D&C.
Petang tu juga saya membawa pakaian ke hospital menyerah diri. Tetapi doktor di hospital bagi lagi tempoh 2 minggu untuk biar janin tu gugur sendiri. Saya masih bekerja seperti biasa selama 3 hari baru lah janin tu gugur sendiri, pada subuh hari ke-empat.
Selama tempoh itu lah saya menghadapi pelbagai teori penyebab dan cadangan daripada orang sekeliling saya dari yang logik dan tak logik hingga saya jadi stress. Bila balik rumah pandang keluarga rasa sedih hingga saya berkurung dan menangis.
Tiga hari selepas janin tu dah keluar bersih suami bawa saya keluar di supermarket untuk beli barang dapur dan hiburkan hati saya yang masih bersedih. Rupanya disebabkan itu saya demam subuh keesokan harinya. Nasib lah mummy tinggal dengan kami, taklah panik sangat. Lagipun semua akar-akar kayu untuk berpantang tradisional dan set berpantang Shaklee dah sedia di rumah.
Berpantang Keguguran 7 Minggu Dengan Set Berpantang Shaklee
Sepanjang tempoh berpantang saya amalkan berpantang secara tradisional dan set berpantang Shaklee. Set berpantang Shaklee yang saya amalkan terdiri daripada B-compleks,Vitalea Iron Formula, Sustained Release Vitamin C, ESP dan saya tambah Vivix.
Berpantang Keguguran 7 Minggu Dengan Set Berpantang Shaklee |
Semasa saya keguguran tu vitamin Shaklee yang banyak membantu saya adalah Vivix untuk mempercepatkan proses janin tu gugur dan luka pun cepat sembuh. Vitamin B-compleks membantu saya untuk mengawal perasaan. Bahaya tau jika berlarutan boleh menyebabkan kemurungan pula. Sokongan daripada keluarga sangat membantu saya waktu itu.
Selepas keguguran setahun saya amalkan set kesuburan dan sekarang saya teruskan pula set kehamilan. Syukur Tuhan masih berikan saya peluang untuk mengandung dan melahirkan baby pada April 2020. Doakan saya kuat dan semua urusan kelahiran berjalan lancar.
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Keguguran pun kena makan vitamin rupanya.
BalasPadam