5 Tanda Cepat Lapar Walaupun Sudah Makan Tapi Perut Tak Kenyang

5 Tanda Cepat Lapar Walaupun Sudah Makan Tapi Perut Tak Kenyang
5 Tanda Cepat Lapar Walaupun Sudah Makan Tapi Perut Tak Kenyang
5 Tanda Cepat Lapar Walaupun Sudah Makan Tapi Perut Tak Kenyang | Sekarang tempoh kita untuk Stay At Home tapi makan selepas 3 hingga 4 jam pun masih rasa lapar.

Ada juga yang sering rasa lapar walaupun sudah makan banyak kali. Harap bukan kita lah kan? Hehe

Tanda yang menyebabkan seseorang itu kerap rasa lapar dan selalu lapar.

1. Pengambilan protein yang kurang.
Protein sangat penting kerana mampu mengawal selera makan. Protein juga mampu mengurangkan rasa lapar dan pada masa yang sama boleh membantu kita untuk mengurangkan pengambilan kalori secara berlebihan di pagi hari.

10 sebab kenapa protein penting untuk kecantikan

2. Terlalu banyak makan makanan karbohidrat halus.
Pengambilan karbohidrat yang diproses akan kehilangan banyak serat, mineral dan vitamin sehingga membuat seseorang cepat rasa lapar.

Karbohidrat halus adalah seperti tepung putih yang selalu digunakan dalam makanan seperti roti dan pasta.

Karbohidrat halus tidak mempunyai sebarang serat akan membuatkan kita mencerna makanan dengan lebih cepat. Inilah penyebab kita cepat rasa lapar dan makan dengan banyak dalam satu masa.

3. Pengambilan rendah lemak.
Lemak sangat penting untuk membuat kita rasa kenyang.

Asid lemak penting kerana gastrousus mengambil tempoh yang lama untuk mencerna makanan dan kekal dalam perut dalam masa yang lama. Makan makanan berlemak juga boleh menyebabkan perlepasan pelbagai jenis hormon yang menjadikan kita kenyang.

Asid Lemak penting untuk kulit dan tubuh wanita

Sumber lemak seperti Trigliserida rantaian sederhana (MCT) dan juga asid lemak omega-3 paling berkesan bagi mengurangkan nafsu makan.

4. Kurang masa tidur.
Tidur yang cukup penting kepada kesihatan tubuh dan sangat diperlukan oleh otak dan sistem imun serta boleh mengelak dari penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung serta memastikan tahap leptin yang cukup dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama.

Kurang tidur menyebabkan hormon ghrelin yang tinggi dan menyebabkan kita rasa lapar.

5. Makan dengan cepat.
Makan terlalu cepat membuatkan selera makan kita menjadi tinggi dan mungkin akan membuat kita makan dengan banyak dan kerap.

Sangat penting untuk kita mengunyah makanan dengan perlahan supaya mampu memberikan isyarat kepada otak untuk melepaskan hormon anti-kelaparan dan menyalurkan isyarat penuh pada tubuh badan.

Tips Perut Cepat Kenyang

Mulakan pagi dengan sarapan yang tinggi dengan sumber protein dan pengambilan asid lemak omega-3

ESP - Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Indeks glisemik yang rendah. Membolehkan gula dalam darah dipecahkan secara perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Perlepasan tenaga secara perlahan inilah yang membuatkan kita merasa bertenaga selama berjam-jam.

Cinch Shake -minuman protein yang mengandungi 35% zat yang kita perlukan dalam sehari. Cinch Shake membekalkan lebih banyak asid amino termasuk leucine yang menjaga otot. Cinch Shake menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.

Bagi membantu perut kita kenyang untuk tempoh masa yang berpanjangan, ada promosi menarik umtuk kita.

Pembelian 2 tong Cinch Shake diskaun 10%

Jika kombo Cinch Shake dibeli ESP, percuma keahlian Shaklee dengan diskaun 20% harga ahli

5 Tanda Cepat Lapar Walaupun Sudah Makan Tapi Perut Tak Kenyang
5 Tanda Cepat Lapar Walaupun Sudah Makan Tapi Perut Tak Kenyang

5 Tanda Cepat Lapar Walaupun Sudah Makan Tapi Perut Tak Kenyang
5 Tanda Cepat Lapar Walaupun Sudah Makan Tapi Perut Tak Kenyang

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita untuk kekal kenyang berpanjangan dan tubuh badan bertenaga di musim Stay At Home kini. InshaAllah

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

3 ulasan:

  1. thanks umi untuk info ni..housemate kita ada tu sorang yang cepat lapar..kebanyakan sebab kat atas tu, ada juga pada dia..nanti boleh share kat dia entri ni..

    BalasPadam
  2. Tulah mungkin makan mee masa sarapan buatkan cepat lapar.

    BalasPadam
  3. musim berkurung ni cepat betul rasa lapar. bolehlah amalkan tips akak ni :)

    BalasPadam