5 Mitos-Mitos Berkaitan Dengan Isu Corona Virus Covid-19 |
Menurut perkongsian Pharmacist Fahmi Hassan di FB, berikut adalah mitos-mitos yang berkaitan dengan Covid-19
5 MITOS MITOS BERKAITAN COVID-19
1. Berjemur di cuaca panas boleh merawat COVID-19
Terdapat beberapa tuntutan yang mengatakan virus COVID-19 mati pada suhu tinggi. Walaupun pernyataan ini mempunyai asas, ini tidak bermaksud berjemur di tengah panas boleh menyembuhkan pesakit yang dijangkiti COVID-19. Selain itu, pakar menjangkakan peranan iklim dan suhu sesuatu negara tidak memberi impak dalam penularan virus ini. Amalkan langkah pencegahan yang betul dan dapatkan rawatan jika mempunyai gejala jangkitan walau di mana anda berada.
Ada salah paham mengenai kaitan mengenai suhu panas dan cuaca panas. Memang tidak boleh merawat pesakit covid-19 dengan berjemur. Yang sebenarnya ialah survival virus tersebut adalah rendah pada permukaan pada cuaca atau tempat yang bersuhu tinggi. Ada paper journal mengenainya yg menggunakan koronavirus sebagai model kajian:
https://aem.asm.org/content/76/9/2712
Ya, mitosnya orang kata berjemur boleh rawat. Dan negara panas tak affected.
2. Penggunaan hand-sanitiser sudah mencukupi untuk menangani penularan virus
Hand sanitiser boleh membantu dalam mengawal penularan wabak COVID-19. Namun begitu, mencuci tangan menggunakan air dan sabun adalah lebih berkesan. Selain itu, ’social-distancing’ dengan mengelak dari menghadiri tempat kunjungan umum juga digalakkan pada masa ini.
3. Tiada harapan sembuh bagi pesakit yang dijangkiti COVID-19
COVID-19 mempunyai kadar jangkitan yang amat tinggi. Namun begitu, majoriti daripada pesakit berjaya sembuh. Setakat ini, kadar kematian wabak ini adalah pada kadar 3.5%.
4. COVID-19 hanya mendatangkan kesan serius kepada bangsa Cina
Walaupun penularan COVID-19 bermula di Wuhan, China, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan negara asal. Wabak ini telah menular ke lebih 100 buah negara. Semua orang perlu memainkan peranan dalam mengawal penularan wabak ini.
5. Minuman beralkohol boleh membunuh virus COVID-19
Alkohol dengan kepekatan melebihi 60% didapati berupaya membunuh dan merencat pembiakan mikroorganisma pada permukaan kulit. Namun begitu, meminum minuman beralkohol tidak dapat membunuh virus di dalam badan. Ia sebaliknya boleh mendatangkan bahaya sepertimana kes keracunan alkohol di Iran akibat dari mitos ini.
➖➖➖➖➖➖➖
Orang awam digalakkan untuk menyertai CPRC Broadcast melalui aplikasi Telegram.
https://t.me/cprckkmhttps://t.me/cprckkm
CPRC Broadcast dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Orang awam boleh mendapat maklumat atau kenyataan yang sahih dari platform yg dikendalikan oleh KKM.
Nota:
CPRC - Crisis Preparedness Response Centre
➖➖➖➖➖➖➖
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Ermmm.. mcm2 sekarang ni. Tq 4 info
BalasPadampatut kene tambah satu lagi kak, masakan singgang ikan boleh jadi penawar covid19... senang betul pensyarah tu buat statment...
BalasPadamapa pun kita kene ikut nasihat dan tips di KKM punya laman web, bukan melulu ikut pada mitos yang viral tanpa kenyataan dari doktor
terbaca juga dr rafidah dan dr amalina bantah keras mereka yg katakan cuaca panas boleh halang virus covid-19
BalasPadamAssalamualaikum sis Umi Nazrah, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.
BalasPadamSangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI
Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.
Betul tu.. dalam keadaan semasa macam ni, jangan mudah percaya pada mitos tenang Covid19 tu. Cari maklumat yang betul sebelum sebarkan itu lebih baik kan.. ;)
BalasPadamgood info tq umi for sharing
BalasPadam