Resepi Cili Jeruk Rangup Mudah Sedap Sihat Detox Tanpa Gula |
Resipi Cili Jeruk Talam 2 Muka dikongsikan oleh Master Iffah untuk kita semua.
Ada 2 Versi Cili Jeruk.
1. Versi Sihat untuk Coach Geng Detox - Geng Sihat Anda, kita gunakan Apple Cider Vinegar dan Madu Raw dari Borneo.
2. Versi “Sihat” untuk orang lain makan, gunakan Cuka Jalen, Gula Perang sebab memang tak de gula putih di rumah.
Garam yang digunakan, pink himalayan kerana itu sahaja garam yang digunakan di rumah. Nak guna garam apa pun boleh.
Tips:
Tiada sukatan tepat, kerana jumlah cili berbeza mengikut jenis cili yang digunakan. Saya gunakan cili Kulai baka original yang Non GMO. Yang ada dipasaran ada macam-macam baka yang telah dikacuk/hybrid di mana saiz-saiznya juga berbeza.
Yang penting, seimbangkan rasa masam, manis dan masin ikut selera masing-masing. Ada yang suka masam lebih, ada yang lebih selera manisnya.
Selamat mencuba!
Cuka Epal (ACV) Vs Cuka Buatan
Madu Vs Gula Perang
Ikutlah selera masing-masing.
1. Walaupun tanam guna kaedah organik tanpa racun dan baja kimia, step pertama lepas tuai hasil Cili Kulai mestilah rendamkan dulu dalam larutan pembersih serbaguna Basic H2 Shaklee.
Kita buangkan segala kekotoran yang ada.
2. Potong cili tidak terlalu nipis, supaya sedap nak mengunyah rasa rangupnya.
3. Lepas dah potong, rendamkan cili tadi dalam air panas selama 5-10 minit. Masa ni, gaul-gaul dan ketuk-ketuk cili bagi memudahkan biji-biji cili jatuh ke dasar bekas.
5. Bagi air rendaman pertama, masukkan Cuka Buatan, Gula dan Garam ke dalam air suam, kacau sehingga larut.
Saya suka buat dalam bekas berasingan, supaya mudah untuk seimbangkan rasa masam manis dan masinnya sebelum tuang ke dalam bekas berisi Cili.
6. Sebagai alternatif lebih sihat, boleh gantikan cuka buatan dengan Cuka Epal (ACV) dan gula dengan madu.
Ini khusus untuk suami yang rutinnya selalu mengamalkan Detox Shaklee.
Rasanya? Saya dah cuba, dah sedap la pula.
Siap dan boleh terus dimakan, atau boleh simpan. Nak tahan lama, sila simpan dalam peti ya.
Jika anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
dana suka makan dengan cili jeruk tapi tak pernah buat sendiri hehehhe
BalasPadamAda guna apple cider Bragg dan pink Himalayan Salt tu. Boleh buat cili jeruk tu.
BalasPadamSEDAPNYA CILI JERUK TAPI KALAU URAT PERUT NIPIS MMG ALAH DGN CUKA..SAKIT MENGHIRIS RASANYA
BalasPadamtq sharing
BalasPadamPerkongsian yang menarik ni. bolehlah saya cuba nanti.
BalasPadamWaaa suka baca rangup tu..nanti Ssi nak cuba..makaseh Umi..
BalasPadamnmpk mcm sedap je cili jeruk., tp wak x penah try., ;p
BalasPadamSedap betul makan kuey teow goreng atau mee goreng dengan cili jeruk! Kalau jumpa cili jeruk yang rangup lagilah menambah-nambah cili jeruknya heheeee.
BalasPadamwaduh.. sedapnya.. sihat pula tu
BalasPadamnampak sedapppp...
BalasPadamhttps://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/notice-changing-blogger-e-mail.html
Suka sangat mkn cili jeruk ni.. rupany senang je resepinya... Tq umi share resepi.. lepas ni dah boleh buat sendiri😄.
BalasPadamtak makan cili jeruk.. kalo kt char kuey teow mmg xmoo.. hahahaa adoi nama dia talam dua muka =p
BalasPadamTak pandai makan cili jeruk walaupun ramai cakap sedap makan dengan mee goreng.
BalasPadamsedap makan dengan kuetiau goreng / char kuetiau. nyumms..!
BalasPadamhusband suka cili jeruk..kita tk brp sgt...tp mkn ngan kuehtiaw sodap juga
BalasPadamhehheh tak pernah buat tapi suka makan dengan mee hailam
BalasPadamSedap ni, selalu makan dengan kuey teow dan mee goreng...
BalasPadamwoww sedap tu.. kalau dapat pula makan dengan kuey teow ke
BalasPadampeminat char kuih teaw ni mmg suka cili jeruk ni
BalasPadamKunjungan perdana ke blog ini. Nice recipe dan sehat selalu
BalasPadamTerima kasih ajar bust ni. Nmpaknya kena cari cili kulai lepas ni.
BalasPadamWah.. sedapnya.. Kalau makan cili jeruk dengan mee goreng memang best..
BalasPadamKawan baik kuey tiaw ni cili jeruk.Terimak kasih Umi kongsi resepi.
BalasPadamsuka makan tapi belum pernah buat sendiri
BalasPadamsebenar nye pemalas nak buat pun iye gak.. hehehehe
hi... singgah dan dah follow awk. follow saya juga.
BalasPadamsedap la cili jeruk nie, tp tulah tak pernah nak buat sendiri
BalasPadamtak pernah buat lg
BalasPadam