Ashraf Sinclair suami Bunga Citra Lestari Meninggal Dunia Serangan Jantung

Ashraf Sinclair suami Bunga Citra Lestari meninggal serangan jantung
Ashraf Sinclair suami Bunga Citra Lestari meninggal dunia serangan jantung
Ashraf Sinclair suami Bunga Citra Lestari meninggal dunia serangan jantung | Arwah Ashraf ialah pelakon Malaysia telah meninggal dunia pagi tadi di Jakarta, Indonesia.

Sepanjang kariernya, Allahyarham bukan sahaja terlibat dalam industri hiburan tanah air, malah turut berkarya di Indonesia.

Menerusi portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.

“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi. Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia dalam tidur dipercayai akibat serangan jantung.

Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979.

Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

Semasa hidup, Ashraf dikenal sebagai individu yang menjaga kesihatan. Arwah dikenali rajin berolahraga, bermain golf sehingga menyelam adalah kegemarannya.

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

اللَّهُمَّ اغْفِرلَهاُ وَارْحَمْهُا، وَعَافِهِا، وَاعْفُ عَنْهُا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُا، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ، وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدْ، وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَما نَقَّيْتَ الثَّوْبُ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهاُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهاِ، وَزَوْجاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِا، وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.

Jika anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

14 ulasan:

  1. Yang baik2 pergi dulu.. T^T

    BalasPadam
  2. inalillah, zaman sekarang ni ajal tak menanti tua kan kak

    BalasPadam
  3. akhir2 ni ramai yg meninggal sbb jantung dan dlm tidur.. walaupun menjaga kesihatan kalau dh ajal tetap akan dtg.

    BalasPadam
  4. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 beriman..

    BalasPadam
  5. Innalillahiwainnailahirojiun

    BalasPadam
  6. Semoga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  7. Innalillahiwainnailahirojiun

    BalasPadam
  8. Asalam..Allah sayang dia..Alfatihah

    BalasPadam
  9. satu persatu yang pergi.Kita yang masih lagi bernyawa kena bersedia.Ajal tak kira usia dan tak kira masa.
    Semoga Allah tempatkan dia dikalangan orang² yang beriman dan diterima amal kebaikkan yang dia buat di dunia ni..
    Al- Fatihah

    BalasPadam
  10. Moga beliau berada dalam kasih sayang Allah swt.

    BalasPadam
  11. sy pun terkejut jg smlm sebaik buka pc opis keluar berita ni...

    Alfatihah utk arwah...

    BalasPadam
  12. Alfatihah untuk arwah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solehin..

    BalasPadam
  13. Saya setuju terutama serangan jntung mesti dpt kan rawatan dri doktor.

    BalasPadam