Pengalaman Bayi Dijangkiti Wabak Virus Influenza A |
Perkongsian Puan Nusaybah Anuwar dalam Pengalaman Anak Bayi Kena Dijangkiti Wabak Virus Influenza A
Akhirnya, selesai sudah episod “spring cleaning” rumah. Semua cadar, sarung bantal, lapik tilam termasuklah carpet kami tanggalkan dan basuh. Seminggu lebih jugalah kami anak beranak jadi kaum nomad sekejap dalam rumah sendiri. Sekejap tidur atas, lepas tu bawah lepas tu dalam bilik, lepas tu keluar balik tidur depan ruang tamu.
Puncanya baby Nu’man yang mula-mula nya cuma batuk, selsema dan tiba-tiba melarat sampai demam pula. Boleh tahan panasnya, masa decide pergi ke Paed tu, result suhu 39.4 degree. Terus kena sumbat ubat bontot.
Sempat saya sendiri tanya doktor masa follow-up ambil gas nebulizer di Megaklinik Zahran.
“Doktor, anak saya ni positif influenza A, H1N1 ke doktor?”
BACA JUGA Perbezaan Antara Influenza A B C dan H1N1 serta Selsema Biasa
Doktor cerita yang ada beribu-ribu jenis influenza dalam dunia ni. Virus jenis A lah penyebab utama flu pada manusia dan haiwan. Influenza A tu yang paling biasa, paling banyak dan paling mudah berjangkit.
Most probably Nu’man dijangkiti daripada orang lain. Samada daripada kawan-kawan kat taska atau kakak nombor dua dia yang baru je baik selsema.
Tanda dan gejala influenza ni tak sama dengan selesema biasa tapi memang sipi-sipi. Simptom flu biasanya lebih serius dan perlukan pesakit berehat daripada tugas harian dan muncul dengan tiba-tiba. Pesakit biasanya akan menghidap demam yang tinggi, batuk, sakit kerongkong, berhingus, sakit otot dan badan, sakit kepala dan keletihan yang melampau. Gejala ini boleh juga menyebabkan kemurungan dan anak yang dijangkiti jadi pasif.
Yang dirisaukan bab influenza ni ialah komplikasi sebenarnya. Dah namanya pun flu, influenza ni sejenis penyakit yang berkait rapat dengan saluran pernafasan. Sebab itulah antara komplikasi yang sangat kerap berlaku ialah pneumonia, atau orang kampung macam saya panggil radang paru-paru.
Inilah yang berlaku pada Nu’man. Jangkitan atau radang paru-paru. Dia memang merengek je, sebab kesannya bukan setakat flu tapi melarat sampai ke sendi dan paru-paru sampaikan budak tu rasa tak selesa, nak senyum pun tak larat apa lagi nak main.
Kalau dirujuk apa yang doktor beritahu, influenza ni sejenis penyakit bawaan virus. Kalau sebelumnya orang yang dijangkiti tu sihat, tabiat pemakanannya baik, tak makan banyak makanan diproses, biasanya memang dia akan pulih dengan sendirinya tanpa komplikasi.
Yang membezakan ialah sistem imun seseorang, macam mana tubuh badannya bertindakbalas. Boleh ditingkatkan dengan pengambilan suplemen berupa immune booster dan makanan sihat. Elakkan terlalu banyak ambil paracetamol atau ubat tahan sakit kecuali mendapat saranan dari doktor yang merawat (makan hanya bila perlu).
Saya sendiri memang ambil Nutriferon – interferon semulajadi untuk satu keluarga termasuklah kakak-kanaknya yang berdua tu. Adat diletakkan dalam jagaan taska, memang sentiasa terdedah dengan virus yang boleh berjangkit.
Untuk Nu’man, memandangkan sistem pertahanan badan dia baru nak develop, belum kuat lagi macam kakak-kakak, ibu ikut cakap doktor untuk “ON” kan ubat antibiotik dan anti-viral selama 5 hari. Dalam masa yang sama, saya kerapkan direct feeding, ambil makanan dan vitamin yang boleh bantu tingkatkan sistem imun kami sekeleluarga supaya tak berjangkit sama.
DAH BACA KE? Nutriferon Shaklee Anak Demam, Kesan Sampingan, Testimoni
Virus influenza biasanya masuk ke dalam tubuh melalui mulut, hidung atau mata. Bila seseorang yang dah ada virus influenza batuk atau bersin, virus itu pula akan tersebar melalui udara dan dipindahkan kepada orang lain di sekeliling. Samalah juga kalau yang dah dijangkiti flu tu memegang benda yang telah tercemar dengan virus influenza dan kemudian menyentuh hidung, mata atau mulut.
Risiko jangkitan memang akan lebih tinggi di tempat yang ramai orang, macam di sekolah, asrama, taska, pasar, tempat kerja dan lain-lain. Gejala flu akan mula nampak mulai dari 1 -4 hari setelah dijangkiti virus.
Komplikasi lain yang tak kurang bahaya ialah sinus dan jangkitan telinga. Ada sorang kawan saya cerita sebelum ni, anak dia nyaris-nyaris dah nak pekak. Telinga berair dan dah ada nanah. Jangkitan-jangkitan ni semua boleh memburukkan lagi penyakit kronik sedia ada seperti asma atau penyakit berkaitan sistem respiratori.
Pengalaman Bayi Dijangkiti Wabak Virus Influenza A |
JEMPUT BACA Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza
Influenza A dan Pneumonia
Gejala-gejala flu yang mungkin muncul :
Demam (biasanya tinggi)
Rasa sakit di kawasan sendi, otot dan sekitar mata
Lemah atau lesu di sekujur tubuh
Batuk kering
Hidung berair
Influenza A ni memang banyak berkait dengan pneumonia. Kalau dalam bahasa doktornya, pneumonia adalah salah satu komplikasi daripada serangan virus influenza A itu sendiri.
Macam saya sendiri, pengalaman dua anak dara yang terdahulu pun memang both ada masalah berkaitan paru-paru ni. Yang sulung bronchopneumonia, yang tengah tu bronchiolitis. Sekarang saya dah boleh tau apa nak buat, tanpa cuak sangat dah macam 5 tahun dulu. Dah anak 3 sekarang, kan. Lagi-lagi lepas dah tahu apa sebenarnya influenza A tu. Alhamdulillah
Jika anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
terima kasih di atas perkongsian.. harap dijauhkan dari penyakit sebegini..
BalasPadamterima kasih atas perkongsian.
BalasPadamterima kasih atas perkongsian
BalasPadamYa. Kena ubati cepat-cepat.
BalasPadamDah lama tak bawa anak bersiar siar... main kat rumah je... punyalah takut jangkitan
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamterima kasih perkongsian yang amat bermanfaat. moga kita semua dilindungkan daripada musibah ini
Anak saya yang sulung pun pernah kena pneumonia. Semoga anak kita dijauhkan daripada dijangkiti sebarang penyakit berbahaya..aamiin
BalasPadamAduiii takut baca..
BalasPadamLaaa nie memacam penyakit
terima kasih kak kongsi info. hmm sekaranng macam2 penyakit . kena sentiasa berjaga tak boleh terdedah sangat dengan persekitaran . takut
BalasPadamKesian kalau baby kena penyakit ni. Sama-sama kita jaga kesihatan dan semoga dijauhkan daripada penyakit yang berbahaya. Aaminn
BalasPadammacam da slow down sikit kan kes influenza ni...
BalasPadam