Influenza Simptom, Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan Pencegahan

Influenza Simptom, Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan Pencegahan
Influenza Simptom, Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan Pencegahan
Influenza Simptom, Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan Pencegahan | Influenza adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus influenza pada jangkitan hidung, tekak dan paru-paru.

Terdapat 3 jenis virus influenza iaitu A, B dan C. Ketiga-tiga ini boleh menjangkiti manusia.

• Jenis A: Boleh menjangkiti manusia dan haiwan.
• Jenis A (H1N1): Boleh menjangkiti manusia dan haiwan, amat berbahaya
• Jenis B: Boleh menjangkiti manusia. Sering berlaku, kurang teruk, ada kalanya berbahaya.
• Jenis C: Boleh menjangkiti manusia. Ringan, jarang berlaku.

Virus influenza tersebar melalui titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bercakap, bersin atau batuk. Virus ini seterusnya masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan.

Influenza Simptom, Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan Pencegahan
Influenza Simptom, Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan Pencegahan
Golongan Berisiko Mendapat Influenza
Kanak-kanak bawah 5 tahun, wanita hamil, warga emas 65 tahun ke atas, obes dan pesakit kronik boleh mendapat jangkitan teruk dan ada kalanya membawa maut.

Simptom Influenza
Kebanyakan mereka yang menghidapi influenza berasa letih dan mengalami demam melebihi 38˚C, sakit kepala, batuk tidak berkahak, berhingus atau hidung tersumbat, cirit-birit atau muntah-muntah dan sakit otot. Batuk boleh berlarutan sehingga dua minggu atau lebih.

Perbezaan antara influenza dan selesema biasa

Selesema biasa lazimnya menyebabkan hidung berhingus, bersin dan hidung tersumbat. Ia adalah jangkitan virus pada saluran pernafasan atas yang lazimnya tidak berbahaya dan berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun. Demam kurang dari 38˚C

Influenza juga mempunyai simptom yang sama dan menjejaskan saluran pernafasan atas, tetapi ia terjadi dengan cepat dan lebih teruk. Virus yang menyebabkan influenza berbeza daripada virus yang menyebabkan selesema.

Influenza Simptom, Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan Pencegahan
Influenza Simptom, Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan Pencegahan
Langkah pencegahan influenza
Beberapa tabiat dan amalan kebersihan juga boleh membantu

• Jauhkan anak anda daripada kanak-kanak lain yang sakit.
• Mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap.
• Jauhkan tangan dari muka.
• Tutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin.
• Makan secara sihat dan galakkan anak anda untuk lebih aktif secara fizikal.

Segera ke hospital sekiranya anak

• Demam panas yang berlarutan.
• Sukar bernafas atau nafas pendek.
• Kulit bertukar menjadi biru.
• Sukar minum air.
• Kelihatan keliru atau mengalami sawan.
• Mengalami simptom yang berulang.
• Mempunyai masalah perubatan (asma, talasemia, penyakit yang dirawat menggunakan steroid dan lain-lain).
Influenza Simptom, Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan Pencegahan
Influenza Simptom, Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan Pencegahan
Rawatan bagi influenza
• Tiada rawatan khusus untuk influenza.
• Mengambil ubat demam seperti paracetamol untuk melegakan demam dan sakit kepala.
• Minum air atau minuman suam bagi melegakan sakit tekak dan batuk.
• Amalkan pemakanan seimbang dan tidur atau rehat yang secukupnya.
• Hindarkan stres kerana ini akan melemahkan sistem pertahanan badan.

Tips Pencegahan Tambahan Untuk Influenza

Kami berikan supplement untuk boost imunisasi anak.

Omega Guard - kandungan omega-3 di dalam Omega Guard mempunyai peranan dalam mengaktifkan dan mengukuhkan sistem imun badan melawan Pathogen yang menyebabkan berlakunya serangan penyakit.

Nutriferon - diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi yang membantu menghasilkan Interferon untuk melindungi dan mengukuhkan ketahanan badan dalam melawan penyakit. Saintis berjaya membuktikan kandungan Honeysuckle dalam Nutriferon boleh mengubati virus Influenza. Honeysuckle bertindak seperti broadspectrum antivirus dan mampu melemahkan virus dalam badan.

Chewable Vitamin C atau Vita-C Plus - Vitamin C adalah komponen terpenting dalam sistem imun yang membantu merangsang penghasilan dan fungsi sel darah putih untuk meningkatkan sistem imun. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam Vitamin C mengukuhkan ketahanan imun badan serta membantu dalam penghasilan imun sel.

Jika anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp


* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

15 ulasan:

  1. Anak buah dengan alami selesema dan batuk. Nasib baik takde demam.

    BalasPadam
  2. Sekaranh ni kalau x sihat je terus jmpa doktor.. Bahaya.. Sbb kita xtau terkena virus apa kan..

    So jgn takut jmpa dr.

    BalasPadam
  3. thanks for sharing...mencegah lbh baik drpd mengubati..
    mudah berjangkit tu yg takut..

    BalasPadam
  4. agak membimbangkan juga wabak ni UN

    BalasPadam
  5. musim influenza skrg kena berhati2

    BalasPadam
  6. Sekarang ni musim wabak. Memang kena hati-hati

    BalasPadam
  7. Thanks share. Risau sangat dgn musim influenza ni. Stok vaccine pun banyak habis dah

    BalasPadam
  8. Anak buah Saya kena influenza ni, demam suhu Naik sampai 42 degree Dan kena tahan kat ward ...

    BalasPadam
  9. tq for sharing this

    BalasPadam
  10. sekarang ni musim influenza, kena hati-hati sentiasa

    BalasPadam
  11. risau juga kerana ada pelajar disekolah yang berdekatan terkena jangkitan, dan ada juga cikgu sekolah yang sama disyaki jangkitan yang sama...

    PS: kanak-kanak suka gift cantik2 comel2 utk cikgu dorg....

    BalasPadam
  12. Padat info. Tengkiu share

    BalasPadam
  13. Kena start cari mask pakai kalau nak keluar rumah ni. Risau baca pasal macam2 penyakit yang muncul sekarang ni..

    BalasPadam
  14. Bila virus influneza ni dah berleluasa kita kena ambil langkah berjaga jaga. Terutamanya anak anak kita.

    BalasPadam