Doa Minta Dijauhkan & Mengelak Wabak Berjangkit Coronavirus |
Virus Wuhan, secara rasmi dinamakan 2019-nCOV, adalah virus baru yang tidak dikenal pasti oleh manusia sehingga pihak berkuasa China melaporkan kes pertama pada Disember tahun lepas.
Coronavirus sebenarnya terdapat dalam pelbagai spesies haiwan dan bentuknya digambarkan sebagai pancang seperti mahkota di permukaan haiwan.
Coronavirus boleh menyebabkan pneumonia yang pada keadaan tertentu mengakibatkan kematian.
Simptom virus tersebut termasuk demam, batuk dan kesukaran pernafasan.
Langkah berjaga-jaga standard bagi mencegah sebarang jangkitan virus yang merangkumi:
- Cuci tangan, terutamanya selepas sentuhan langsung dengan orang sakit dan persekitarannya,
- Menutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin,
-Memasak daging dan telur dengan teliti, dan
- Menghindari hubungan rapat dengan sesiapa yang menunjukkan gejala penyakit pernafasan seperti batuk dan bersin.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pejabatnya akan mengeluarkan Bayan Linnas, khusus berkenaan doa dan fiqh pengurusan jenazah mangsa coronavirus 2019-nCoV dalam masa terdekat.
Gesaan Mufti Datuk Seri Dr. Zulkifli itu dibuat sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mengesan kes jangkitan coronavirus yang pertama di Malaysia.
Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kita boleh sahaja berdoa dengan apa jua doa yang ingin kita panjatkan kepada Allah SWT dan tidak semestinya dengan bahasa Arab. Oleh itu, tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang ingin berdoa dengan sesuatu doa walaupun doa tersebut tidak pernah diajar oleh Rasulullah SAW.
Umat Islam negara ini disarankan melakukan solat hajat, memohon doa supaya Malaysia terselamat daripada sebarang wabak penyakit.
Doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana menghubungkan di antara hamba dan Allah SWT.
Antara Doa Minta Dijauhkan & Mengelak Wabak Berjangkit Coronavirus yang boleh diamalkan oleh kita semua.
Doa Minta Dijauhkan & Mengelak Wabak Berjangkit Coronavirus |
Doa Minta Dijauhkan & Mengelak Wabak Berjangkit Coronavirus |
Doa Minta Dijauhkan & Mengelak Wabak Berjangkit Coronavirus |
Doa Minta Dijauhkan & Mengelak Wabak Berjangkit Coronavirus |
Doa Minta Dijauhkan & Mengelak Wabak Berjangkit Coronavirus |
Doa Minta Dijauhkan & Mengelak Wabak Berjangkit Coronavirus |
Semoga perkongsian Doa Minta Dijauhkan & Mengelak Wabak Berjangkit Coronavirus ini bermanfaat untuk kita semua.
Di samping itu, di dalam bab berdoa ini terdapat keluasan yang mana kita tidak semestinya perlu berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran atau yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith sahaja walaupun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah yang daripada Allah SWT dan Nabi SAW.
Selain itu juga, kita juga perlu meraikan adab-adab, syarat-syarat dan garis panduan di dalam berdoa agar doa yang dipanjatkan itu merupakan satu doa yang berkualiti tinggi. Akhirnya, semoga Allah SWT menyelamatkan kita daripada wabak ini dan wabak-wabak lain yang berbahaya serta mengurniakan keselamatan jua di dunia mahupun di akhirat. Aamiin.
Wallahua’lam
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
ameen... banyak sungguh wabak pelik2 sekarang
BalasPadamAmeeen...moga dijauhkan
BalasPadamtakut betul sekarang virus tu dah merebak dekat semua negara!semoga kita dijauhkan..amin
BalasPadamhttps://mylittlestoryi.blogspot.com/
Amin. Semoga kita dalam lindungan Allah.
BalasPadamAmin insha Allah....
BalasPadamMinta Allah jauhkan dari kita semua ya. Jaga kesihatan..aamiin
BalasPadamSemua kita semua dilindungi dari segala wabak2 spt itu..
BalasPadamJom sama- sama amalkan dan elakkan dari semua virus tu menghampiri kita dan keluarga kita...
BalasPadammari sama-sama berdoa nauzubillah jgn sampai terkena di malaysia
BalasPadam