9 Cara Elak Jangkitan Di Musim Selsema Influenza dan Virus |
Langkah membantu mengurangkan risiko mendapat selesema
1. Makan yogurt ketika bersarapan
Kultur hidup membantu memudahkan kesukaran pencernaan di dalam perut dan boleh membantu menghindarkan diri daripada mendapat selesema.
2. Jauhkan diri daripada individu yang bersin
Kuman yang dibawa dalam partikel bersin boleh bergerak sejauh 6 meter. Jika bersin atau batuk, cuba jauhkan diri daripada orang lain dan tutup mulut dan hidung ketika bersin dengan tisu.
3. Berkumur dengan air garam bersuhu suam
Berkumur dengan campuran setengah sudu teh garam dalam secawan air suam boleh mengurangkan keradangan pada tekak selain membantu mengurangkan mukus atau lendir yang mempunyai kuman. Berkumur dengan campuran air dan garam mampu mengelakkan simptom-simptom selesema daripada berlaku.
4. Makan cendawan
Penyelidikan dalam Journal of the American College of Nutrition menyatakan bukti mengenai kesan cendawan dalam meningkatkan sistem imun manusia. Individu yang makan cendawan shiitake yang telah dimasak setiap hari selama sebulan menunjukkan bilangan sel T yang lebih tinggi dan kurang mengalami keradangan.
BACA JUGA Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan
5. Manfaatkan rutin tidur
Satu kajian yang diterbitkan dalam Archives of Internal Medicine mendapati bahawa individu yang tidur kurang daripada 7 jam, memiliki hampir 3 kali ganda pendedahan terhadap selesema berbanding individu yang tidur selama sekurang-kurangnya 8 jam.
6. Ambilan cecair yang mencukupi
Cecair seperti minuman membantu mengeluarkan lendir yang dihasilkan oleh tubuh badan apabila kita sakit. Apabila lendir yang dipenuhi kuman berkurangan, ia lebih mudah untuk keluar daripada sistem tubuh badan.
7. Makan madu
Madu dipercayai menjadi salah satu agen antimikrob. Kelikatan yang pekat dan bersirap boleh menyalut tekak dan memberikan kelegaan terhadap tekak sedang yang mengalami iritasi.
8. Diri sentiasa bersih
Cuci tangan dengan kerap untuk mengurangkan penyebaran penyakit. Sabun biasa dan air suam akan membantu membunuh kuman. Pastikan kita menggosok tangan dengan kuat selama 15 - 20 saat.
9. Jauhkan diri daripada kawasan sesak
Pengguna bas dan LRT, cubalah untuk melakukan langkah-langkah pencegahan yang mampu mengurangkan risiko. Gunakan topeng mulut atau mask jika keluar rumah dan sentiasa menggunakan alcohol rub atau hand sanitizer terutama sekali setelah kita menyentuh permukaan yang mudah terdedah kepada kuman.
Langkah Tambahan Untuk Membantu Elak Jangkitan Di Musim Selsema Influenza dan Virus
Umi sentiasa membantu tubuh untuk mengelak jangkitan selsema dan flu dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk sistem imun tubuh.
Nutriferon - dihasilkan daripada 4 jenis tumbuhan semulajadi iaitu mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckle yang membantu tubuh menghasilkan interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat.
Omega Guard - tinggi kandungan asid lemak omega-3 dengan 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. Menyediakan 990 mg asid lemak Omega-3.
Sustained Release Vita-C Plus - membekalkan 100mg vitamin C ke dalam darah selama 5 jam. Dilengkapi co-factor semulajadi seperti bioflavonoid daripada buahan sitrus (lemon, oren dan limau bali), hesperidin dan rose hips untuk fungsi penyerapan vitamin C yang optimum.
Langkah-langkah kebersihan dan pemakanan yang sihat dan bernutrisi diharapkan membantu untuk kita mengelak jangkitan di musim selsema, influenza dan virus masa kini.
Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Ada brberapa petua/langkah saya buat.
BalasPadamMemang bagus info ni. Sekurang-kurangnya mencegah lebih baik dari mengubati kan?
BalasPadammadu memang jadi rutin saya insyallah.. tidur kadang2 cepat kadang2 lambat.
BalasPadamn memang makan omega shaklee hehe..
semua ikhtiar. pape pun kena doa sentiasa sihat.
adududu.. memang takut betul musim-musim ni. yelah bendanya serius. moga dijauhkanlah
BalasPadam