Kesan Anak Cerewet Memilih Makanan dan Tips Anak Susah Nak Makan |
Kesan Anak Cerewet Memilih Makanan
Anak akan mengalami masalah berlebihan berat badan dan obes. Biasanya masalah kegemukan di zaman kanak-kanak berlarutan hingga ke dewasa. Ia juga menjadi faktor risiko utama penyakit kronik seperti diabetes dan kardiovaskular.
Keengganan anak untuk makan sayur atau buah selain kebergantungan terhadap makanan segera boleh menyebabkan kekurangan zat yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh mereka.
Kesibukan bekerja ibu bapa menjadi alasan kenapa kanak-kanak lebih suka kepada makanan tinggi kalori seperti makanan bergoreng, tinggi kandungan lemak dan karbohidrat, garam dan gula.
Tips Anak Susah Nak Makan
1. Pastikan dalam setiap hidangan makan berat (sarapan pagi , makan tengahari, makan malam) terdapat
• Sumber karbohidrat (contoh nasi, mi, mihun, kuetiau, roti, capati, tosei dan lain-lain)
• Sumber protein (ayam, ikan, daging, makanan laut atau telur)
• Sumber serat (gabungan sayur-sayuran dan buah-buahan)
Kebanyakan ibu bapa menganggap jika anak tidak makan nasi maka mereka tidak cukup zat. Anggapan ini tidak tepat kerana sumber karbohidrat boleh dipelbagaikan seperti contoh di atas. Namun yang paling penting, ibu bapa perlu memastikan setiap kali makan ada gabungan tiga sumber zat makronutrien yang utama.
Kesan Anak Cerewet Memilih Makanan dan Tips Anak Susah Nak Makan |
2. Wajib mengambil tiga makan utama, jangan tinggalkan atau elak makanan waktu itu. Kajian yang dilaksanakan pada 2007 hingga 2008 menunjukkan seorang dalam tiga murid sekolah rendah tidak bersarapan sebelum ke sekolah.
Ini akan memberi kesan kepada proses pembelajaran pelajar dan meningkatkan kemungkinan untuk memakan makanan yang tidak sihat sewaktu rehat.
3. Selain itu, ibu bapa juga boleh mencipta dan mencuba resipi yang menarik untuk meningkatkan minat anak mengambil makanan yang sihat. Contohnnya naget dibuat sendiri, ais krim sihat (susu dan buah) dan sandwic berbentuk kartun.
Tips Anak Susah Nak Makan Sayur
- Bawa anak membeli barang dapur bersama.
- Libatkan anak dengan proses penyediaan makan.
- Ibu bapa perlu menjadi model kepada anak.
- Konsisten dalam mengamalkan pemakanan sayur. Latih 8 hingga 15 kali dengan tekstur makanan berbeza.
- Kreatif dalam penyediaan makan.
- Masukkan sayur dalam makanan kegemaran mereka.
Kesan Anak Cerewet Memilih Makanan dan Tips Anak Susah Nak Makan |
Tips Tambahan Untuk Anak Cerewet Memilih Makanan dan Anak Susah Nak Makan
Umi cadangkan Mealshakes, Chewable Vita-C Plus dan Vita-Lea For Children.
Set ni membekalkan 19 jenis vitamin dan mineral. Multivitamin ini menggunakan pemanis mesra-gigi yang tidak menggalakkan pembentukan kaviti. Ini adalah cara paling sempurna untuk memberikan perlindungan imun yang diperlukan oleh si manja.
Mealshakes ialah minuman yang sedap, berkrim serta merupakan sumber yang kaya dengan kalsium, serat makanan dan protein. Minuman yang berkhasiat untuk kanak-kanak
Vita-Lea for Children melengkapi jurang nutrisi dalam pemakanan si manja untuk perkembangan dan pertumbuhan yang sihat.
Chewable Vita-C Plus Membantu meningkatkan sistem imun. Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging. Untuk kesihatan tulang gigi dan gusi. Sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang sukar menelan tablet. Membantu mencegah jangkitan virus berjangkit. Ditambah dengan serbuk rosehips, bioflavanoid sitrus dan hesperidin untuk meningkatkan fungsi vitamin C (rasa sitrus yang enak )
Jika korang berminat nak dapatkan Set Shaklee untuk Kanak-kanak ni,
boleh hubungi Umi melalui Whatsapp.
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
kalo ada anak autisme lgi susah nk bg makan kannns., huhuhu
BalasPadamAnak2 akak mmg susah nk mkn sayur..sanggup dia org pilih sayur letak tepi pinggan..
BalasPadamAnak2 akak pulak jenis pantang nampak makanan. cuma no 2 tu je sikit memilih. bila dah besar ok sikit lah.
BalasPadamAnak buah Sha memilih sayur. Ada jenis yang diorang makan, ada jenis yg diorang tolak. Entah macam mana nak bagi suka semua sayur hmmm.
BalasPadam