5 tips Untuk Ibu Hamil Semasa Menghadapi Banjir 2019

5 tips Untuk Ibu Hamil Semasa Menghadapi Banjir 2019
5 tips Untuk Ibu Hamil Semasa Menghadapi Banjir 2019
5 tips Untuk Ibu Hamil Semasa Menghadapi Banjir 2019 | Musim banjir di Kelantan dan Terengganu makin buruk dan ini memberikan kesan termasuklah kepada ibu hamil.

5 tips Untuk Ibu Hamil Menghadapi Banjir

✅ Ibu hamil yang menanti saat bersalin, sediakan dan simpan kelengkapan bersalin dan barang-barang untuk anak yang bakal lahir di tempat yang mudah dicapai. lebih baik jika tempat tinggal semasa banjir berada berdekatan dengan hospital atau di luar kawasan banjir, sama ada di rumah saudara, hotel dan seumpamanya, senang untuk pergi hospital pada saat memerlukan.

✅ Pastikan dokumen-dokumen penting seperti mykad, buku antenatal (buku pink), sijil nikah dan lain-lain dokumen penting dibawa bersama untuk kegunaan dan rujukan semasa bersalin. Dapatkan nombor telefon bagi klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika berlaku kecemasan. Bagi ibu hamil yang belum lagi dekat dengan tempoh untuk bersalin, kenal pasti tempat tinggal, pusat pemindahan atau rumah saudara yang selamat dan sehampir mungkin dengan bantuan jika berlaku kecemasan.

✅ Jangkitan penyakit bawaan air adalah suatu kebiasaan semasa dan selepas musim banjir. Air banjir mengandungi banyak jenis kuman (virus, bakteria,kulat dan parasit) akibat bercampur dengan air kotor dan air kumbahan. Kehamilan sendiri meningkatkan risiko ibu hamil mendapat penyakit bawaan air seperti taun, kencing tikus dan seumpama dengannya. Dapatkan rawatan segera jika berasa tidak sihat.

BACA Vitamin C Kunyah Sesuai Untuk Kanak-Kanak Setahun, Ibu Hamil

✅ Lindungi diri dari kecederaan. Kadang-kadang air banjir terdapat kaca, kayu, serpihan barangan tajam. Berhati-hati jika perlu meredah banjir. Gunakan kayu atau apa-apa objek jika anda ingin mengalihkan sebarang halangan di sekitar kawasan rumah bagi mengelakkan serpihan tajam dan ancaman binatang berbisa.

✅ Air banjir atau air bertakung menggalakkan pembiakan nyamuk, sekaligus boleh menyebabkan wabak denggi. Jangkitan denggi pada wanita hamil jika tidak dikenalpasti dengan segera dan dirawat boleh menyebabkan kesihatan ibu menjadi merundum dan boleh membawa maut. Jika ibu hamil demam, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Pengambilan suplemen yang disyorkan kepada ibu hamil ialah set hamil yang mengandungi multivitamin Vitalea, B-Complex, Vita-C Plus, Ostematrix, Omega Guard dan ESP.

5 tips Untuk Ibu Hamil Semasa Menghadapi Banjir 2019 semoga bermanfaat untuk para pembaca.
kredit info FB drmuhammadizzat

Nak dapatkan produk Shaklee?

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

12 ulasan:

  1. Musim banjir ni, kena banyak hati-hati dan berjaga. Air cepat je naik. Stay safe Kelantan & Terengganu

    BalasPadam
  2. banyak persediaan kena buat lagi2 musim bencana macam ni...moga dipermudahkan semuanya buat warga pantai Timur..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Terima kasih atas tipsnya sangat bermanfaat. Pengalaman diuji dengan banjir besar tahun 2014 masih dalam ingatan...

    BalasPadam
  4. PERKONGSIAN BERMANFAAT IBU2 HAMIL PERLU HATI2 JAGA DIRI KALA BANJIR

    BalasPadam
  5. stay safe semua

    BalasPadam
  6. musim tengkujuh ni memang kena ambil langkah berjaga-jaga. nice sharing :)

    BalasPadam
  7. kena berhati2... semoga dalam lindungan ALLAH semuanya.

    BalasPadam
  8. Bagus kak share tips ni. Sangat berguna dan preggy mummy kena ambil tahu.

    BalasPadam
  9. Tips baru saya tahu.
    Terima kasih singgah blog saya :)

    BalasPadam
  10. Tips perkongsian yg baik... terima kasih... Jalan2...

    BalasPadam
  11. tak dapat bayangkan kalau ammi yg pregnant pastu kena hadap bencana alam camni.. ammi ni dahlah sejenis yg byk hokheknya masa pregnant

    BalasPadam
  12. musim banjir ni bagus sekali tips ni

    BalasPadam