Manfaat Zinc untuk Masalah Kulit Muka serta Cara Mengatasi |
Antara makanan tambahan untuk dapatkan kulit yang cantik berseri tanpa perlu risau dengan masalah kulit adalah suplemen Zinc. Zinc merupakan mikronutrisi yang amat penting dalam aspek kesihatan diri dan merupakan sumber mineral yang banyak di dalam tubuh selain zat besi.
Manfaat Zinc untuk Masalah Kulit Muka
Zinc bekerja bersama dengan mineral dan vitamin untuk membantu merawat masalah kulit. Ini sekaligus dapat mengurangkan masalah kulit berjerawat dan tanda penuaan seperti kedutan, garis halus dan bintik.
BACA 17 kelebihan Zinc
Menurut pakar dermatologi Herrmann penggunaan zinc dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit.
Penggunaan zinc membantu menyembuhkan luka, mengurangkan keradangan dan meningkatkan keadaan masalah kulit seperti jerawat. Zinc bertindak sebagai penyebab enzim, membantu sintesis kolagen dan membaiki DNA di mana ia membantu kulit untuk kelihatan muda dan semakin sihat.
Kebaikan Suplemen Zinc Pada Kulit Muka
1. Bertindak Seperti Antioksidan
Zinc tidak membekalkan antioksidan seperti vitamin C dan E, tetapi ia merupakan kunci penting dalam menjaga kulit sebagai pelindung. Kandungan mineral yang di salurkan oleh zinc mengurangkan kerosakan yang di lakukan oleh radikal bebas dan melindungi kulit daripada lemak dan fibroblasts (sel yang menghasilkan kolagen). Zinc juga menyokong bentuk struktur kulit daripada terdedah dari sinaran UV, pencemaran dan masalah penuaan.
2. Meremajakan & Menyembuhkan Kulit
Jika sering mengalami luka pada kulit, zinc lah penyelamat dan penyembuh kerana zinc akan menyalurkan sumber mineral di kawasan sekeliling luka untuk meningkatkan enzim dan protein bagi melindungi dari terkena jangkitan, mengawal keradangan dan menghasilkan sel-sel kulit yang baru pada kulit yang luka tersebut.
BACA Zinc Kesihatan Dalaman Khas Untuk Lelaki
3. Kawal Kemunculan Jerawat
Jerawat yang muncul pada kulit di sebabkan minyak yang terkumpul, bakteria dan sel kulit yang menutup liang pori. Lalu menyebabkan kulit di sekitar pori bertukar menjadi merah dan bengkak. Dengan mengambil suplemen zinc, ia akan meningkatkan fungsi imun tubuh dan mampu membantu mengawal reaksi keradangan. Tambahan lagi, zinc akan menghasilkan sel kulit yang baru yang dapat membantu mengurangkan jumlah minyak semula jadi yang di hasilkan oleh kulit.
4. Melindungi Kulit Dari Sinaran UV
Zinc juga mampu bertindak seperti sunscreen untuk melindungi kulit dari sinaran cahaya UV yang berbahaya kepada kulit. Zinc Oxide yang merupakan sebahagian kompaun zinc bertindak sebagai penghadang fizikal yang memberhentikan sinaran UV dari menembusi kulit kamu. Dengan perisai berkaliber seperti ini, kamu tidak perlu risau dengan sinaran UV dan masalah kulit juga dapat diatasi dengan baik.
Manfaat Zinc untuk Masalah Kulit Muka serta Cara Mengatasi dengan Zinc Plus Shaklee
1 tablet Zinc Plus Shaklee membekalkan 15mg zinc dan ini bersamaan dengan 3-5 tiram, 3.75kg bayam, 6.25g ayam dan 200g biji labu.
Zinc Plus Shaklee dirumuskan dengan zink gluconate yang memberikan kadar penyerapan tinggi berbanding zink sintetik. 100% berasaskan daripada tumbuhan, tiada bahan daripada haiwan dan sesuai untuk vegetarian. Zinc Plus Shaklee dengan formula baru yang tidak mengandungi alfalfa, selamat untuk pesakit SLE dan sesuai untuk orang dewasa.
Promosi Zinc Plus Shaklee |
Beli 3 botol Zinc percuma 1 botol
3 botol percuma 1 dengan harga RM 168.75
Semoga anda semua mendapat Manfaat Zinc untuk Masalah Kulit Muka.
supplement penting utk kesihatan & kecantikan..
BalasPadamNak cantik kena rajin makan suplemen kan..
BalasPadamWow byk tips berguna Di sini
BalasPadamthanks share info.
BalasPadammenarik untuk dibaca.
so siapa yg ada jerawat, bolehlah try consume zinc.
wahhh baru tauu
BalasPadam