Tips Hilangkan dan Merawat Melecur Tangan Kena Air Sup Panas

Tips Hilangkan dan Merawat Melecur Tangan Kena Air Sup Panas
Tips Hilangkan dan Merawat Melecur Tangan Kena Air Sup Panas
Tips Hilangkan dan Merawat Melecur Tangan Kena Air Sup Panas | Jika melecur jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan lain-lain di tempat tu.

Tips Hilangkan Melecur

1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik). Kekal tenang, tak usah panik.

2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.

3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.

4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.

5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.

Tips Hilangkan dan Merawat Melecur Tangan Kena Air Sup Panas
Tips Hilangkan dan Merawat Melecur Tangan Kena Air Sup Panas
Ini kisah tangan saya melecur kena sup panas.

Saya ingin keluarkan ayam yang direbus untuk masukkan ke dalam ais supaya ia kekal lembut sebelum saya ke sekolah. Disebabkan itu saya membuka tudung periuk tersebut tanpa terlebih dahulu pastikan tekanan periuk tersebut telah keluar sepenuhnya.

Periuk tersebut seolah-olah meletup dan kuahnya keluar mengena keseluruhan tangan kiri saya sehingga ke pergelangan tangan.

Saya terus ke singki dan alirkan air paip dengan banyaknya. Kemudian saya duduk seketika di ruang tamu tetapi bisa kesakitan itu seolah- olah terus datang menyengat saya. Memang sakit teramat sangat. Saya kemudian bergerak pantas mencari Krim Pelbagai Guna Herbal Blend supaya merasa lebih baik dan sejuk. Saya letak di keseluruhan tangan kiri saya.

Tidak lama kemudian sakit semakin berkurangan. Tangan akan sakit apabila disentuh dan berdenyut untuk beberapa hari. Saya hanya sapukan saja Krim Herbal Blend setiap masa supaya terasa sejuk dan mengurangkan kesakitan.

Kesakitan saya beransur kurang setelah 4 hari berlarutan dan kembali normal selepas itu.

Alhamdulillah dengan izin Allah saya tidak perlu ke klinik dan hanya berikhtiar dengan Krim Herbal Blend.

Nak dapatkan produk Shaklee?

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

17 ulasan:

  1. Terima kasih untuk tips ni.kadang tu bila panik macam blur tak tahu nak buat apa.

    BalasPadam
  2. iklan shaklee rupanyer.. hehehe

    BalasPadam
  3. Kak Feni pun ada spare herbal blend ni kat rumah. Bila kecemasan memang guna yang ni dulu.

    BalasPadam
  4. produk shaklee mmg terbaik, selalu ada HB di rumah..

    BalasPadam
  5. Tangan saya berparut lagi sampai sekarang . Dah dekat 7 tahun kenangan tangan melecur terkena wap panas dulu .

    BalasPadam
  6. teringat masa anak kecil dulu minta si kakak bancuhkan susu adik, terkena air panas dan melepuh tangannya. ambil masa juga nak sembuh selepas kulitnya mengelupas

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas tips ni UN..
    Sungguh bermanfaat.

    BalasPadam
  8. Produk yang sangat berguna

    BalasPadam
  9. Mekasih share...
    Singgah Jumaat 🌹🌹

    BalasPadam
  10. ohooo sakit woo kena air panas ke melecur..

    BalasPadam
  11. tak dapat saya bayangkan kalau melecur terkena air panas..walaupun pernah kena..

    kalau iar sup lagi la sakit

    BalasPadam
  12. TQ utk tips ya sis.. Krim Herbal Blend ni memang bagus.. suami alergik, bagi guna ni alhamdulillah berkesan..

    BalasPadam
  13. Mmg ikut perubatan, itu je caranya. Alirkan air. Bkn tepek ubat gigi atau apa2.

    BalasPadam
  14. Kalau ada parut di hati? Hehehe

    BalasPadam
  15. Step paling penting, kena je benda panas kena bg kena air yang mengalir...

    BalasPadam
  16. saya baca terasa ngilu

    BalasPadam