Bahan Kimia Utama Dalam Makanan Harian Kita Penyebab Kanser |
Acrylamide banyak digunakan untuk membuat bahan polyacrylamide, rawatan air minuman dan air kumbahan, gam, kertas dan kosmetik, pembinaan asas empangan dan terowong.
Kesan Acrylamide
Kajian yang dilakukan pada tikus makmal menunjukkan Acrylamide boleh menyebabkan kanser an ejen penyebab tumor. Acrylamide juga merupakan neurotoksin yang kuat mempunyai kesan buruk kepada otak dan sistem pembiakan.
The International Agency for Research on Cancer (IARC) mengklasifikasikan Acrylamide sebagai "Bahan berpotensi menyebabkan kanser"
BACA Bebas Kanser Hodkins Lymphoma
Acrylamide boleh juga terbentuk secara semulajadi dalam beberapa makanan berkanji semasa apabila makanan tersebut dimasak dengan suhu yang tinggi seperti menggoreng, memanggang dan membakar.
Memasak pada suhu tinggi menyebabkan tindak balas kimia antara gula tertentu dan asid amino (asparagine) dalam makanan, yang membentuk akrilamida.
Contoh makanan harian kita yang boleh dicemari oleh Acrylamide ialah seperti kentang goreng, roti bakar, mee goreng, kentang bakar, nasi goreng dan kerepek pisang.
Bahan Kimia Utama Dalam Makanan Harian Kita Penyebab Kanser |
Tips mengurangkan Acrylamide di dalam makanan harian kita
✅ Menggoreng menyebabkan pembentukan akrilamida tertinggi. Kurangkan makanan bergoreng terutamanya kentang goreng.
✅ Kaedah memanggang dapat mengurangkan risiko pembentukan acrylamide diikuti dengan merebus.
✅ Masak kentang tanpa mengupas kulit
✅ Memasak dalam tempoh yang lama dalam suhu yang tinggi dapat meningkatkan penghasilan acrylamide.
✅ Rendam kentang selama 15-30 minit sebelum memasak kentang dapat mengurangkan risiko penghasilan acrylamide
✅ Elakkan menyimpan kentang di dalam peti sejuk. Simpan kentang di tempat terbuka yang gelap dan sejuk
✅ Jangan membakar roti sehingga hitam dan rentung
✅Merokok mengandungi acrylamide. jangan merokok dan elakkan dari terkena asap rokok.
Korang dah tau kan cara nak kurangkan bahan kimia penyebab kanser ni.
Jadi kalau boleh, marilah kita menjalani gaya hidup sihat dan makan diet seimbang.
Nak dapatkan produk Shaklee?
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
tq untuk info ini kak
BalasPadamterima kasih atas info...baru plan petg ni nak masak ayam panggang dengan kentang....
BalasPadamSaya kalau beli kentang dah takut nak beli byk, itu jam beli itu jam masak sbb bila biar lama sikit tumbuh sulur & tak elok utk dimkn.
BalasPadambetul tu.pengambilan makanan tu memang kena jaga. Makan yang berkhasiat dan kuantiti yang betul
BalasPadamInfo yang sangat penting untuk kita tahu
BalasPadamInfo yg berguna, walaupun kita mungkin tak dpt amalkan secara menyeluruh, sekurang2nya bila kita tahu sesuatu benda tu berbahaya, kita blh usaha utk kurangkan pengambilan atau elak makan berlebihan.
BalasPadam