Youth Skincare Shaklee Baiki Kulit Bermasalah dan Pusarkan Jeragat

Youth Skincare Shaklee Baiki Kulit Bermasalah dan Pusarkan Jeragat
Youth Skincare Shaklee Baiki Kulit Bermasalah dan Pusarkan Jeragat
Saya ingin kongsikan perubahan kulit wajah saya selepas menggunakan rangkaian Youth selama 1 tahun 5 Bulan.

Sebelum menggunakan Youth, saya hanya mengunakan pencuci muka Nutriwhite sahaja, tiada krim malam atau siang, hanya pencuci sahaja serta amalkan Vitamin untuk kesihatan badan.

Saya mengalami masalah kulit kusam, jeragat dan jerawat pada dahi.Keluar rumah tanpa sebarang bedak ataupun pelindung matahari. Keadaan inilah yang menyebabkan wajah saya cepat kusam dan tak berseri.

Saya mula gunakan Youth Skincare pada 5 Mac 2018, iaitu Intensive & Repair Set. Pada awal penggunaan, kulit keluar jerawat pada kawasan yang tak pernah keluar jerawat. Tetapi jerawat tersebut cepat kecut dan kulit kembali seperti biasa. Saya biarkan sahaja jerawat keluar, dan ini adalah situasi yang mana kulit sedang detoks. Rutin malam, saya gunakan pencuci, toner, serum, Radiance C E & Krim Malam.

Pada waktu siang, saya gunakan Pencuci, Toner & Pelembap SPF50. Sekarang saya gunakan YOUTH CLAY MASK untuk detoks kulit 2 kali seminggu pada waktu malam.

Baru-baru ini, kawan-kawan saya ada tegur yang jeragat pada wajah saya dah berkurangan., kulit muka dah cantik dan nampak semakin sihat. Bukan kawan saya sahaja yang tegur, malahan downlines sendiri pun perasan yang kulit nampak berbeza dari dulu.

Saya pun tak perasan sangat kulit muka dah elok sikit. Cuma yang perasan liang pori nampak semakin kecil, dan yang paling best ialah jerawat susah nak keluar selepas guna Youth Skincare.

Bukan mudah nak dapatkan kulit yang sihat sebab sebelum mengamalkan Shaklee, saya juga mengalami masalah break out yang teruk, guna produk yang mengandungi merkuri. Parut hasil daripada break out masih ada dan sekarang ianya berkurangan selepas gunakan YOUTH.

Anak-anak juga perasan yang muka ibu mereka sudah tiada bintik (jerawat).

Yang paling kelakar, semua orang tak percaya saya dah berkahwin & mempunyai anak.

Bila keluar rumah & menyapa orang yang baru kenal, mereka pasti akan tanya soalan begini, "Belajar lagi ke dik? Belajar kat mana?." Terkejut mereka bila mengetahui usia saya yang sebenar.

Youth Skincare juga membantu mengurangkan kedutan & menjadikan kulit wajah sentiasa muda remaja. Cuba sekarang, anda pasti jatuh hati!!

Saya sangat yakin dengan Youth Skincare kerana mengandungi bahan-bahan semulajadi yang organik dan selamat untuk kulit. Kulit sihat & berseri dengan SHAKLEE YOUTH COMPLEX.

Nak dapatkan produk Shaklee?


* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan.

Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

3 ulasan:

  1. Hai sis, Jalan2 singgah sini. Sy follower br..jangan lupa follow my blog.

    BalasPadam
  2. ramai orang kata produk ni bagus kan :)

    BalasPadam

  3. شركة تاج لتسليك المجاري بالقطيف 0551844053 ومكافحة الحشرات وخدمات التنظيف الشاملة من تنظيف للمنازل والفلل والشقق شركة تسليك مجارى بالقطيف
    وخدمات تنظيف المجالس والسجاد والموكيت والكنب بالقطيف وتقديم افضل الخدمات المنزلية شركة تسليك مجاري بالقطيفالشاملة ومكافحة النمل الابيض ورش الدفان
    وكافة خدمات الصيانة والمقاولات من سباكة وكهرباء وغيرها من الخدمات المنزلية بالقطيف . شركات تسليك مجارى بالقطيف
    شركة مكافحة حشرات بالقطيف
    افضل شركة تسليك مجارى بالقطيف
    ارخص شركة تسليك مجارى بالقطيف

    BalasPadam