Kandungan Bahan Utama Tumbuhan Botanikal dalam Vivix Shaklee |
Polifenol - Hadiah Alam untuk Kesihatan
Polifenol adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya seperti serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya. Ia juga memberi warna yang terang dan pelbagai kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran.
Kandungan Bahan Utama Tumbuhan Botanikal dalam Vivix Shaklee
1. Anggur Muscadine - Buah Yang Luar Biasa dengan Antioksidan Luar Biasa
Terima kasih kepada cuaca "ekstrim", tempat dimana buah anggur muscadine tumbuh, jadi tidak hairanlah bahawa Anggur Muscadine digelar sebagai "Anggur Muscadine yang Berkuasa". Ia bersaiz besar, kulit dan bijinya lebih tebal dan ia mempunyai kromosom tambahan berbanding anggur biasa dari kedai runcit di tempat anda. Semua sifat unik ini membolehkan Anggur Muscadine mempunyai ciri antioksidan yang amat banyak (6 hingga 8 kali lebih daripada beri biru!) serta jumlah asid elagik yang paling tinggi, sejenis polifenol. Polifenol ini merangsang jalur selular, yang terlibat dalam pertahanan antioksidan, panjang umur dan kelangsungan hidup, serta penghasilan tenaga.
2. Ekstrak Knotweed Jepun - Tinggi antioksidan
Menggalakkan kadar keradangan yang sihat.
Membaiki peredaran darah.
Menghalang pengumpulan platelet darah.
3. Ekstrak Lobak Ungu
Mengandungi antosianin
Menggalakkan penglihatan yang sihat.
Meningkatkan keanjalan saluran darah.
Mengurangkan keradangan.
4. Ekstrak Eldeberi Eropah
Mengandungi antosianin
Meningkatkan perlindungan imun.
Mengandungi ciri anti-bakteria dan anti-virus.
Menggalakkan perkembangan sel normal dan sihat.
Kandungan Bahan Utama Tumbuhan Botanikal dalam Vivix Shaklee |
Apakah antioksidan?
Antioksidan adalah bahan yang boleh melindungi sel anda dari kesan radikal bebas. Ia didapati secara semulajadi dalam makanan berasaskan tumbuhan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, produk bijirin, kacang, biji, herba dan rempah-ratus.
Apakah radikal bebas?
Radikal bebas adalah molekul yang dihasilkan apabila badan anda memecah makanan atau terdedah kepada pencemaran alam sekitar seperti asap rokok, tekanan dan radiasi. Radikal bebas boleh memainkan peranan dalam penyakit jantung, kanser dan penyakit lain.
Pokok Anggur kepada Vivix
Anggur Muscadine yang mempunyai keupayaan membiak dalam keadaan cuaca yang melampau di Georgia dan menawarkan ciri-ciri antioksida yang sangat banyak dan kepekatan polifenol yang tinggi. Dari pertanian hingga pengekstrakan dan pembotolan, kami melakukan pemilihan dan pemprosesan yang teliti untuk memastikan anda hanya mendapat produk yang berkualiti tinggi.
Pokok Anggur Tumbuh di Georgia
Shaklee telah menugaskan Paulk Vineyards di Georgia, kebun muscadine terbesar di dunia, untuk menanam anggur Muscadine yang berkuasa. Pertama kali ditanam pada tahun 1970, keluarga Paulk telah menanam pokok anggur pertama ke lebih 600 ekar tanah menghasilkan muscadine yang sihat dan segar pada hari ini. Hujan atau panas, penjagaan terhebat dan sentuhan lembut telah diberikan kepada muscadine, menjadikannya anggur yang dicari dalam industri ini.
Tradisi Memenuhi Inovasi
Anggur Muscadine Shaklee diperah "whole-press" dengan menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan untuk mengekalkan rasa dan nutrien yang bermanfaat dengan polifenol yang maksimum. Dengan tradisi pertanian yang digabungkan dengan teknologi moden Shaklee, anda akan dapat menikmati yang terbaik dari alam semula jadi dan sains dalam bentuk minuman botani yang selamat, terbukti dan berkesan.
Komited untuk Kualiti
Untuk mendapatkan polifenol dan kebaikan nutrien yang maksimum, kami mempunyai Pusat Inovasi Forrest C. Shaklee yang menempatkan pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Shaklee yang bekerja siang dan malam untuk mengawasi dan seterusnya menyempurnakan proses tersebut supaya anda mendapat kebaikan nutrisi terbaik dari produk kami.
Dari Ladang Anggur dengan Penjagaan Terbaik
Dipetik dengan tangan, Anggur Muscadine yang berharga ini telah melalui penjagaan rapi dengan penuh perhatian oleh petani di Paulk Vineyards. Setiap anggur dijaga rapi, dipilih dan diasingkan untuk memberikan kita kepekatan paling tinggi dengan nutrien yang penuh kebaikan.
Kandungan Bahan Utama Tumbuhan Botanikal dalam Vivix Shaklee |
Jika anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp.
Sila click gambar di bawah
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp.
Sila click gambar di bawah
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.
Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan