Urutan & Senaman Mata Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Urutan dan senaman mata untuk hilangkan lingkaran hitam gelap bawah mata
Urutan dan senaman mata untuk hilangkan lingkaran hitam gelap bawah mata
Urutan & Senaman Mata Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata | Mata yang jelita adalah idaman setiap wanita. Dalam kesibukan menyelesaikan tugas seharian, berikut cara untuk melakukan senaman mata yang ringkas dan mudah.

Tujuan senaman mata

Memperbaiki koordinasi mata supaya tidak berlaku kecacatan akibat stress pada mata.
Merehatkan mata selepas aktiviti yang meletihkan otot-otot mata seperti selepas menggunakan gajet dengan jangkamasa yang lama.

Urutan hilangkan Lingkaran Hitam / Gelap Bawah Mata

Urutan hilangkan Lingkaran Hitam / Gelap Bawah Mata
Urutan hilangkan Lingkaran Hitam / Gelap Bawah Mata

1. Mulakan mengurut dengan jari dari sudut bawah mata dan bawakannya ke arah hidung.
2. Kemudian untuk atas mata dari bahagian hidung dan korang sapukannya terus ke arah sudut luar, di bawah kening mata.
3. Lakukannya beberapa kali. Korang akan terasa segar lepas urutan ini dibuat.

Senaman untuk mata

1. Latihan fokus

Senaman urutan mata
Senaman urutan mata

Latihan ini memerlukan duduk dengan selesa di atas kerusi dengan tempat bersandar untuk sokongan belakang dan sesuai.
Senaman ini dapat menambah fokus serta dapat mengurangkan masalah rabun dekat kepada mata.

Selepas 20 minit melakukan aktiviti yang menambah stress ke mata, boleh lakukan aktiviti berikut:
Lemparkan pandangan ke tingkap atau ke luar bangunan , kepada objek yang berada 15-20 kaki jauh dengan tempoh 13-20 saat. Ulang sebanyak 2-3 kali sebelum kembali kepada kerja.
Tegakkan jari atau pegang pen/pensil di hadapan dengan meluruskan lengan. Kemudian gerakkan ke arah hidung dengan pergerakan lurus, sambil mata tertumpu kepada jari atau pen/pensil tadi. Ulang sebanyak 5-10 kali setiap latihan dan 2-3 kali setiap hari.
Pegang pen/pensil rapat dengan mata dan fokuskan selama 5 saat. Kemudian fokus pandangan kepada objek jauh (10 kaki) selama 5 saat. Kemudian fokus semula kepada pensil tadi. Ulang sebanyak 5 kali.

2. Latihan regangan
Latihan ini bertujuan memperbaiki koordinasi otot-otot mata. Pastikan kepala dalam keadaan tidak bergerak (statik) dan pergerakan hanya melibatkan pandangan sahaja.

Tumpukan pandangan kepada kening dan gerakkan pandangan dalam bentuk bulatan mengikut arah jam. Ulang 2-3 kali, kemudian tukar arah (lawan jam) dan ulangkan 2-3 kali.

3. Latihan merehatkan mata

Senaman urutan mata
Senaman urutan mata
Tujuan latihan ini adalah untuk merehatkan mata selepas penggunaan mata yang berterusan. Latihan ini boleh dilakukan semasa duduk tegak atau terbaring.

Gosok kedua-dua telapak tangan sehingga agak hangat. Kemudian tutup mata dan tekap telapak tangan ke kedua-dua belah mata dengan menutup sepenuhnya mata tanpa menekan. Biarkan dalam keadaan demikian – iaitu tidak melihat apa-apa hanya kegelapan, selama beberapa minit sambil bernafas dengan perlahan.
Tutup mata dan urut perlahan mata dengan gerakan pusingan (bulatan)
Gunakan penutup mata yang tebal dan tutup mata selama 3-5 minit supaya tidak dapat melihat sebarang cahaya (gelap pekat) sambil bernafas secara perlahan dengan tarik nafas yang dalam.

Semoga perkongsian urutan dan senaman untuk mata ini dapat membantu para pembaca sekalian.

Nak Shaklee?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Photo by Hannah Tasker on Unsplash

0 comments:

Catat Ulasan