Perbezaan Antara Detoks dan Diet & Bahaya Kesan Diet Yoyo |
Tetapi rejim diet juga akan meningkatkan penghasilan asid di dalam badan. Badan yang berasid akan menghasilkan lemak dan membuatkan berat badan naik kembali yang dipanggil kesan yo-yo.
Bahaya kesan diet Yoyo |
Dengan diet, berat badan akan turun dengan banyak kerana kehilangan air dan lemak yang seharusnya ada di dalam badan untuk melindungi tubuh dari toksin beracun.
Akibatnya toksin masih tertinggal di dalam badan dengan kepekatan yang tinggi kerana sistem imun tubuh tidak membenarkan penyingkiran air dan lemak yang berlebihan. Toksin kemudian bergabung dalam tisu lemak, menjadikan ia sukar untuk dikeluarkan tanpa pembersihan yang betul (iaitu detoks).
Perbezaan antara detoks dan diet |
Detoksifikasi adalah proses mengeluarkan racun dari tubuh, membuang lebihan lemak degil dan meneutralkan asid dalam badan. Badan yang neutral akan menjaga tubuh untuk kekal sihat dan ideal.
Secara semulajadi proses kimia di dalam tubuh kita akan menghasilkan radikal bebas yang boleh menyerang sel kita jika tidak disingkirkan. Selain itu, pendedahan dari alam sekitar, udara tercemar, penggunaan bahan kimia dalam pertanian dan pemprosesan makanan juga menjadikan pengumpulan toksin dalam tubuh.
Sel-sel lemak tubuh adalah kawasan yang sebetulnya menjalani detoksifikasi untuk membantu toksin disingkirkan dari sistem badan. Membakar lemak yang disimpan dalam sel-sel lemak akan menyebabkan sel-sel lemak mengecut dan dengan itu, toksin larut lemak boleh disingkirkan dari sistem badan dengan mudah secara semulajadi ke organ pembersihan seperti di hati, kulit dan buah pinggang. Nutrien yang diperlukan badan juga akan lebih mudah dihantar ke sel-sel badan.
Kami harap entri ini dapat membantu pembaca memahami dengan lebih tepat perbezaan antara diet dan detoks.
Nak produk Shaklee?
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Photo by Natasha Kasim on Unsplash
0 comments:
Catat Ulasan