Kenali 5 Masalah Kecantikan Mata Yang Paling Ditakuti Wanita

masalah lingkaran hitam bawah mata wanita
Masalah lingkaran hitam bawah mata wanita
MATA berperanan penting menjadikan individu tampak cantik dan menawan. Namun terasa sedikit gusar jika mata kelihatan sembab dan ada lingkaran hitam bawah mata.

Apakah cara untuk memastikan mata sentiasa sihat dan cantik? Mata memerlukan penjagaan rapi termasuk pengambilan vitamin akan menambahkan kesempurnaan pancaindera itu.

Pelbagai vitamin di pasaran yang boleh membantu mencantikkan mata. Vitamin boleh membantu membentuk sel mata yang lebih baik dan kuat. Begitu juga kanta lekap beraneka warna membantu meningkatkan seri mata.

BACA : 5 Jenis Vitamin Yang Dapat Hilangkan Garis-Garis Halus Di Sekitar Mata

1. Mata Kelihatan Lebam dan Tampak Gelap
Mata terletak dalam soket mata. Soket mata adalah lubang pada tengkorak yang di kelilingi tulang tipis dan berlubang kecil dipanggil cribriform. Ia juga dikelilingi sekeping lelemak yang di namakan tarsal plate. Tarsal plate ini mengelilingi mata kita. Lemak mata bergerak sekeliling mata melalui jaringan salurannya yang dinamakan saluran limfatik.

Saluran limfatik mata akan bersambung pula dengan jalinan limfatik pada maxilla (pipi), telinga dan lain-lain bahagian tubuh.

Apabila saluran ini tersumbat, banyak lemak akan terkumpul. Lemak yang menjadi keras akan membuat mata kelihatan bengkak dan cengkung. Jika saluran darah tersebut pecah, ia menjadikan mata kelihatan lebam dan tampak gelap.

2. Mata Tampak Cengkung dan Berlekuk
Ini akibat masalah mempunyai lapisan lemak pada tarsal plate, menipis dan akhirnya hilang menyebabkan bawah mata tampak cengkung dan berlekuk.

3. Lingkaran Gelap Bawah Mata
Masalah biasa yang menghantui wanita ialah kewujudan lingkaran gelap yang menyebabkan mata kelihatan bengkak, tampak lebih tua daripada usia sebenar, penat dan lesu.

4. Garis Halus Sekitar Mata
Individu berumur 35 tahun ke atas akan mengalami masalah crow feet, iaitu garis halus atau kedutan pada bahagian mata.

5. Alahan Kelopak Kulit Mata
Ini akibat ekzema yang berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu atau alat kosmetik yang digunakan. Akibat digosok berulang kali kerana mata gatal, mata turut kelihatan merah dan pedih.

Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca mengenali masalah lingkaran hitam bawah mata dengan lebih mendalam.

Nak tanya pasal Shaklee?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan