7 Tips Hilangkan Mata Panda dan Lingkaran Hitam Bawah Mata |
Lingkaran gelap bawah mata boleh membuatkan seseorang itu kelihatan tua dari usia sebenar. Masalah ini dapat diselesaikan dengan 7 tips dan petua mudah berikut.
1 : Amalkan selalu minum air suam
Elakkan pengambilan ais. Anda boleh cuba minum 4 gelas sehari, selang 2 jam satu gelas. Kemudian, gandakan 8 gelas setiap hari. Minum air suam boleh membantu dalam pembuangan toksik dan membantu untuk mengurangkan kandungan toksik kotor di bawah mata.
2 : Timun dan Tomato sebagai eyemask
Hiriskan halus dan tekapkan di mata semalaman atau 30 minit. Anda boleh memilih untuk menggunakan timun atau tomato kerana kedua ini membantu untuk mencerahkan serta memberi kesegaran mata anda yang lesu.
3 : Hijau-kehijauan
Oksigen dan ketenangan membantu mata anda berehat. Ambil masa rehat 10-15 minit sebelum kembali melakukan tugas anda. Amalkan setiap 30 minit mengadap komputet, tv, alihkan pandangan anda. Beli lah pokok kecil hidup dan letak di meja kerja.
4 : Tidur yang secukupnya
Apabila tidur cukup, bukan sahaja mata sihat, tubuh badan luaran dalaman semuanya akan sihat.
5 : Eye cream
Amalkan setiap pagi petang dan juga selepas tidur. Jika anda perasan, kulit sekitar mata amatlah nipis, jadi ambil masa untuk merawat nya. Paling utama adalah SABAR.
BACA JUGA produk baru eye treatment
6 : Uncang teh sebagai penyejuk mata
Jangan terus buang uncang teh itu, sebaliknya gunakan ia untuk penyejuk mata. Jangan guna uncang teh yang telah dicampurkan gula atau susu. Letak di bahagian mata selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Pasti mata rasa segar!
7 : Jangan minum air 1-2 jam sebelum tidur
Bagi mengelakkan lingkaran bawah mata ini. Kerana ia akan menyebabkan penyimpanan air di bahagian bawah mata.
Anda dah tahu tips untuk hilangkan mata panda dan lingkaran hitam bawah mata.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menghilangkan mata panda dan lingkaran hitam bawah mata.
Nak produk Shaklee?
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan