Kolagen adalah sejenis protein yang paling banyak di dalam tubuh. Ia menjadikan kulit tegang, rambut bersinar dan kuku kuat serta memberikan rupa bentuk kepada struktur ligamen dan tendon.
Oleh kerana kulit adalah organ terbesar dalam tubuh manusia, kolagen sangat banyak ditemui di dalam kulit iaitu sekitar 75% dan kesan kekurangan kolagen boleh jadi paling ketara kelihatan pada penampilan wajah dan kulit manusia.
Apabila kita meningkat usia, ada 2 perkara yang berlaku kepada kolagen dalam tubuh badan kita :
Pertama, tubuh tidak dapat mengeluarkan kolagen semulajadi dengan banyak dan,
Kedua, kolagen sedia ada semakin dimusnahkan disebabkan oleh faktor pemakanan, stress dan persekitaran tercemar.
5 Perubahan Paling Ketara Pada Kulit
1- Kedutan dan garisan halus mula kelihatan
Ramai yang menyangka kedutan dan garis halus hanya bermula apabila wanita meningkat usia. Sedangkan punca awal kepada kedutan dan garis halus bermula dengan serangan persekitaran seperti sinaran uv dan pencemaran udara. Pemilihan makanan yang tinggi gula dan pemakanan yang tidak seimbang juga punca kulit berkedut dan bergaris halus. Apa yang berlaku ialah, penuaan menyebabkan kolagen merosot di bawah lapisan dermis kulit. Lapisan dermis ini penting untuk memastikan kulit kita elastik, dan apabila kolagen merosot, kulit kurang elastik jadi muncu garis halus dan kedutan.
2- Tona wajah tidak sekata
Memang tidak sangka yang tona wajah kita pun ada kaitan dengan kolagen yang merosot. Apa yang berlaku ialah apabila kulit sentiasa terdedah kepada sinar uv, tona kulit boleh berubah menjadi gelap, bertompok atau berjeragat. Kemudian kolagen pula merosot, kulit tidak lagi anjal dan tona kulit akan jadi lebih sukar untuk disekatakan. Untuk membantu kulit dapat tona yang sekata, tubuh perlu mengekalkan paras tiga komponen dalam kolagen iaitu alanine, glycine, and hydroxyproline.
3- Parut Semakin Sukar Untuk Pudar
Kolagen semulajadi yang ada di dalam kulit membantu tisu kulit dibentuk, dan kolagen diperlukan untuk luka pulih dengan pantas. Jadi apabila kolagen berkurangan, kulit akan ambil masa yang lebih lama untuk diperbaiki. Sebab itulah kita dapati apabila kulit tercedera misalnya akibat jerawat, parut hitam akan ambil masa yang lama untuk kembali pulih dan cerah.
4- Kulit Jadi Lebih Kering
Kolagen diperlukan oleh tubuh untuk mengekalkan lembapan di bawah kulit. Apabila kulit hilang lembapan, ia boleh mudah berkedut, kasar dan juga gatal. Amino acid yang secara semulajadi ada dalam kolagen tubuh mengekalkan kelembapan kulit. Selain daripada kehilangan kolagen, kulit juga mudah menjadi kering disebabkan oleh faktor persekitaran dan pemakanan.
5- Wajah Dan Kulit Tubuh Semakin Mengendur
Kulit kendur adalah petanda kolagen yang semakin kurang di dalam tubuh. Bukan saja ketara di wajah, tetapi mudah terlihat di bahagian leher, payudara dan tangan. Pemakaian losyen mungkin boleh memberi kesan sementara tetapi kolagen semulajadi di dalam tubuh yang hilang, harus diganti atau ditambah bagi mendapatkan tubuh dan kulit yang anjal semula.
Bagaimana Membantu Tubuh Mengekalkan Kolagen Secara Semulajadi?
Apabila seseorang wanita itu mula memasuki usia 30-an, secara semulajadinya badan wanita sudah mula perlahan- lahan berhenti menghasilkan kolagen sendiri. Sebab itulah di usia 30-an sekiranya wanita tidak menjaga diri dari segi pemakanan, proses penuaan boleh jadi begitu ketara pada wajah dan tubuh mereka.
Pengambilan supplement kolagen adalah cara paling mudah untuk wanita bantu badan mendapatkan bekalan kolagen yang diperlukan oleh tubuh. Apabila kolagen sudah kurang, tambah saja setiap hari bagi mengatasi masalah- masalah yang dinyatakan di atas.
Selain itu, perlu ambil vitamin C secara konsisten, kerana vitamin C membantu menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi di dalam tubuh. Walaupun kolagen merosot, dengan dos vitamin C yang cukup, tubuh masih mampu menghasilkan kolagen baru, mahupun tidak sebanyak ketika di usia 20-an.
Jika wanita mahu lebih teliti lagi dalam mendapatkan kulit yang sihat dan muda di usia 30-an dan 40-an, boleh mengambil makanan dan supplement anti-oksida. Makanan yang kaya dengan phytonutrient seperti polifenol membantu memberi tenaga kepada sel kulit, memperbaharui sel kulit, dan hasilnya ialah kulit yang lebih muda, segar dan sihat. (kredit puteriyusof.com)
Pengambilan suplemen yang disyorkan adalah Collagen Powder, Sustained Release Vita-C Plus dan Vivix.
Shaklee Collagen Powder ialah suplemen yang mempunyai molekul yang kecil dan mempunyai penyerapan yang lebih tinggi (1000 dalton yang paling optimum untuk penyerapan dalam badan). Sumber kolagen adalah daripada ikan merah; ikan laut dalam yang mana boleh berenang hingga kedalaman 5000m ke dalam air. Mempunyai sisik yang premium, tahan tekanan, sangat bersih dan tinggi kolagen.
Sustained Release Vita-C Plus mempunyai teknologi pelepasan berperingkat yang memastikan tubuh badan mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi untuk setiap jam. Sebiji tablet membekalkan vitamin C selama 5 jam!
Vivix adalah gabungan resveratrol dengan polifenol semulajadi. Vivix mengandungi CAMPURAN SEMPURNA POLIFENOL, iaitu campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Muscadine Grape, Polygonum Cuspidatum, Purple Carrot dan Europe Elderberry. Vivix mengandungi 15 jenis polifenol untuk perlindungan dengan spektrum lebih luas.
3 jenis produk ini juga disarankan oleh saintis Shaklee untuk Flawless Set
Semoga perkongsian ini dapat membantu para wanita untuk lebih menikmati peningkatan usia tanpa perlu risau mengenai kekurangan kolagen dan kesannya kepada tubuh.
Nak lagi EXCLUSIVE dan TEBALKAN POKET ANDA, daftar ahli Shaklee dulu secara online
👇👇👇👇
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan