4 Jenis Warna Darah Haid Petunjuk Keadaan Kesihatan Wanita


Hati gusar jika haid tidak datang pada waktunya, mengalami sindrom premenstruasi yang teruk atau terdapat kelainan pada kepekatan dan warna darah yang keluar.

Warna dan bau darah haid serta konsistensi kedatangan haid memberi info penting mengenai perkara yang berlaku pada tubuh.

Berikut penerangan mengenai warna-warna darah haid dan apa maksudnya.

Merah cerah
Warna ini ialah warna darah haid normal. Darah haid warna ini tanpa ketulan menunjukkan hormon reproduktif dikatakan seimbang. Warna ini biasanya digunakan sebagai panduan asas bagi mengenalpasti warna darah haid sihat yang keluar dalam tempoh 5-7 hari yang berlaku setiap 28 atau 30 hari.

Coklat atau hitam
Warna darah ini ialah darah lama. Warna merah cerah darah haid yang tertinggal dalam rahim akan teroksida dan warna ini terhasil. Seringkali berlaku kepada wanita yang menggunakan tampon atau mengambil pil perancang keluarga.

Darah haid berwarna coklat atau hitam dikatakan berpunca daripada paras progesterone rendah. Progesterone merupakan hormon reproduktif yang mendominasi kitaran menstruasi separuh kedua. Paras ini penting kerana ia membantu persenyawaan dan implantasi (telur tersenyawa dilekatkan ke dinding rahim). Ketika mengandung, paras progesterone yang rendah mendedahkan kita kepada keguguran.

Kesan paras progesterone rendah ialah simptom-simptom: perubahan mood termasuk resah atau murung, berpeluh waktu malam, kedatangan haid tidak tetap dan keinginan seks.

Warna coklat atau hitam juga adalah tanda berlakunya infeksi alat sulit jika disertai simptom-simptom seperti kegatalan alat sulit, bau tidak menyenangkan, sakit di abdomen, sakit ketika buang air kecil, sedikit darah keluar bukan pada masanya dan discaj berwarna coklat bercampur kuning atau kelabu.

Bagi wanita berumur mencecah 50 tahun, ia adalah tanda normal bagi menopaus. Jika berlaku pada wanita pasca menopaus dapatkan pemeriksaan doktor bagi menentukan ia bukan kanser rahim atau pengumpulan darah dalam rahim (cervical stenosis).

Merah gelap atau ungu
Darah haid berwarna gelap termasuk merah gelap atau ungu dikatakan adalah darah lama juga tetapi tidak setua darah haid berwarna coklat atau hitam. Ia biasanya keluar dengan banyak (terdapat kemungkinan kekurangan zat besi) atau paras estrogen tinggi.

Estrogen merupakan hormon reproduktif yang membina lapisan rahim setiap bulan. Berbeza dengan progesterone, paras estrogen mendominasi separuh pertama kitaran menstruasi. Ia berperanan membina folikel. Paras estrogen yang optima penting bagi memastikan ovulasi dan implantasi berjalan lancar.

Jika tidak ditangani, paras estrogen tinggi boleh menimbulkan masalah kepada tubuh. Ia menghalang ovulasi, mengganggu kesuburan dan menghalang implantasi embrio.

Simptom-simptom paras estrogen tinggi termasuk payudara mengeras, darah haid banyak, darah haid berbuku-buku, endometriosis, sindrom polisis ovari, sis ovari dan sindrom premenstruasi. Paras estrogen tinggi mengganggu keseimbangan pertumbuhan tulang, payudara, otak dan paras kolesterol.

Estrogen menjalani metabolisme dalam hati. Paras estrogen tinggi boleh dikurangkan dengan mendetoks hati dengan mengamalkan pengambilan herba pahit seperti daun betik atau ulam raja adalah langkah bermanfaat.

Kurangkan pengambilan jus buah-buahan campuran (pelbagai jenis) dan makanan panas dibungkus dalam plastik bagi mengelakkan kemungkinan kemasukan xeno-estrogen (bahan kimia meniru fungsi estrogen) ke dalam tubuh.

Merah jambu muda dan berair
Darah haid dengan keadaan ini dikatakan sebagai tanda darah anda berkualiti rendah – pembinaan sel darah merah rendah dan/atau kekurangan nutrien. Terdapat kemungkinan ia adalah tanda anda mengalami anemia pemakanan (nutritional anemia) berpunca daripada keurangan zat besi, folat atau vitamin B12.

Simptom-simptom anemia pemakanan termasuk lesu, otot lemah, otot bergerak-gerak tanpa kawalan, rasa kebas atau pijar. Anemia pemakanan juga menyebabkan tidak datang haid atau darah haid banyak atau berair.

Produk Shaklee yang boleh membantu adalah GLA Complex dan ESP protein soya. Ramai yang memberikan maklumbalas best pasal kombinasi kedua-duanya, contohnya badan dah rasa ringan, penghadaman lancar je, tiada lagi senggugut, haid dah teratur tiap bulan, badan bertenaga dan macam-macam lagi.

ESP
– Menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri
– Membantu menganjalkan kulit, juga menganjalkan payudara
– Mengenyangkan, justeru membantu dalam pengurusan berat badan
– Membantu menghilangkan parut jerawat di muka
– Menghindari kulit kusam
– Memberikan tenaga, menyihatkan badan dan kurang letih

GLA Complex
– Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid, justeru baik untuk kesuburan
– Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, kegatalan, alergi, kulit kering dan memperbaiki bintik akibat penuaan
– Sesuai sebagai program pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan
– Membantu memperbaiki tekstur rambut (rambut kering / rambut gugur)
– Menguatkan kuku dan rambut
– Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri

Jom Tengok TESTIMONI


Nak lagi EXCLUSIVE dan TEBALKAN POKET ANDA
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

kredit gambar helloconchita.com

1 ulasan:

  1. macam mana nak buat hai selama datang tu. ajar boleh?

    BalasPadam