Selamat datang Februari! Bulan ni khas buat para pencinta kolagen dan vitamin C. Ini kerana pada bulan ni, Shaklee buat promosi BeYouthful Set yang ada 4 kotak Collagen Powder dan sebotol Vitamin C. Tempoh promosi adalah disepanjang Februari 2018 bermula 1hb sehingga 28hb nanti.
Para ilmuan telah membuktikan bahawa pada saat usia 25 tahun, kulit kita akan mulai kehilangan kolagen 1.5% setiap tahun. Dan kita akan kehilangan 50% kolagen (dari usia 25 tahun) pada usia 60 tahun. Ertinya, seawal umur 25 tahun akan timbul seperti kedutan, kulit kering, tidak kenyal dan sebagainya pada kulit kita.
Kolagen adalah sejenis protein yang banyak terdapat pada tubuh dan jaringan kolagen merupakan struktur asas dalam kulit, tendon, tulang, membran dan tisu penghubung haiwan-haiwan tersebut. Sekitar 33% protein dalam tubuh manusia terdiri dari kolagen, dan sekitar 75% kulit kita terbentuk dari kolagen.
Kenapa Kolagen Penting Untuk Manusia?
- Kolagen memberikan struktur kepada KULIT dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut. Dengan kulit yang masih elastik inilah seseorang akan terlihat awet muda bebas dari kedutan walaupun usia sudah 40 tahun ke atas.
- Kolagen memainkan peranan penting terhadap TULANG. Komponen tulang sendiri terdiri daripada gabungan kolagen dan satu bahan mineral yang dipanggil hydroxyapatite. Gabungan kedua-duanya memberikan struktur, fleksibiliti dan kekuatan pada tulang.
- Fiber kolagen yang juga terdapat pada OTOT kita menyumbang kepada struktur dan kekuatan otot untuk bergerak dan menjalankan fungsinya sepanjang hari.
- Dinding SALUR DARAH tubuh kita juga terbina daripada kolagen yang mana ia memberikan struktur, kekuatan dan fleksibiliti dalam menjalankan tugas menyalurkan darah ke seluruh tubuh.
Kebiasaannya kolagen komersil ini diproses daripada 3 sumber utama iaitu :
1. Ikan
- Kolagen ikan atau dikenali juga sebagai kolagen marin diekstrak daripada ikan laut sejuk dan kebiasaannya ikan salmon dan ikan merah.
- Pada tahun 2011, kolagen daripada ikan tilapia telah ditemui oleh seorang penyelidik dari Universiti Putra Malaysia.
- Kolagen marin adalah 1.5 kali lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding kolagen bersumberkan lembu atau babi.
Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit dan otot haiwan ini.
3. Khinzir / Babi
Kolagen diekstrak daripada tulang, kulit dan otot haiwan ini.
Apakah perbezaan produk Collagen yang Shaklee tawarkan?
Perbezaan Pertama - Ikan Merah
1. Kolagen dari sisik ikan merah paling tahan lasak.
Ikan merah hidup di lautan laut dalam dengan kedalaman 5000m. Sangat lasak! Tekanan tinggi, bukan calang-calang ikan yang boleh hidup dalam kedalaman macam tu.
2. Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup bebas dalam lautan dalam yang paling dalam.
3. Sisik ikan ni sangat elastik
4. Ia mempunyai kepaduan sel yang tinggi
5. Kolagennya mempunyai kapasiti tinggi dalam mengekalkan kelembapan
6. Jisim molekul kolagen sangat rendah iaitu 1000dalton.
7. Kerana struktur 'triple helix' asid aminonya sama dengan manusia!
Perbezaan Kedua
Gabungan tujuh bahan utama untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dalaman dan luaran:
Ekstrak biji benih Camelia Japonica
1) mengandungi asid oleik yang sangat membantu sebagai emolien dan pelembap kulit
2) mengandungi Isoflavon, bahan antioksida semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas
Ekstrak Pfaffia
1) menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik yang berkemampuan tinggi dalam mengikat jumlah air yang besar
2) berperanan dalam menghidratkan tisu
3) membuatkan kulit lembut, lembap dan licin
Kolagen ikan
1) sumber premium kolagen
2) kadar penyerapan lebih tinggi
3) sumber kurang terdedah kepada pencemaran berbanding kolagen dari haiwan di daratan
Ekstrak kerang-kerangan
1) penting dalam sintesis bendalirsinovio bagi melicinkan pergerakan sendi
2) melembapkan mata
3) melegakan ketidakselesaan mata
Lactobacillus Acidophilus
1) membantu mengimbangi mikroflora usus
2) memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen
Vitamin C
1) menggalakkan pengeluaran kolagen
2) bahan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit
Vitamin B
1) membantu proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat untuk hasilkan tenaga yang diperlukan dalam pembentukan kolagen
Perbezaan Ketiga
Kajian klinikal dah dilakukan pada produk Collagen Powder iaitu A Study on the usefullness of Orally Administered Collagen Peptides Derived from edible Marine Fish Scales on Human Skin and Hair. Yuzo Fujimoto et al. FRAGRANCE JOURNAL, May 2007
Perbezaan Keempat
Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Testimoni Collagen Powder
Bulan ni Shaklee tawarkan BeYouthful Set khusus untuk anda penggemar produk kolagen. Di dalam set ni ada 4 kotak Collagen Powder dan sebotol Vita-C Plus
Order online di dalam sistem Shaklee dan bayar menggunakan kad debit/kad kredit di http://bit.ly/beyouthfulsetshaklee
Dengan pembelian BeYouthful Set, anda layak secara PERCUMA untuk menjadi ahli Shaklee dan jimat sehingga RM xxx.00
Nak lagi EXCLUSIVE dan TEBALKAN POKET ANDA,
daftar ahli Shaklee dulu secara online
di
👇👇👇👇
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Berbaloi promosinya
BalasPadam