Vitamin Untuk Kanak-kanak | Tips Buat Ibu Bapa Sibuk Bekerja


Berapa ramai para ibu yang menyediakan sarapan buat anak-anak sebelum anak-anak ke sekolah? Dengan kesibukan ibubapa nak ke tempat kerja dan kekangan masa yang ada setiap pagi, rata-rata kanak-kanak ke sekolah, tadika atau pusat asuhan kanak-kanak tanpa sarapan. Ini merupakan salah satu punca kenapa tumbesaran kanak-kanak terbantut.

Laporan khas hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2016 menunjukkan Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan kadar kes tumbesaran terbantut dalam kalangan anak-anak antara 1-2 tahun tertinggi di Malaysia dengan hampir 30%. Situasi yang berlaku di Putrajaya melambangkan bahawa ekonomi ‘membangun’ kelihatan seakan tidak memberi impak pada kesihatan rakyat, sehingga warga bandar dan luar bandar turut terjejas.

Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Pakar Endokrinologi dan Diabetologi Pediatrik Pusat Perubatan UKM, Profesor Dr Wu Loo Ling berkata, tahap kesedaran mengenai masalah tumbesaran di Malaysia adalah rendah dan membimbangkan.
Masalah ini biasanya tidak diberi perhatian kerana ramai menyangka orang Asia secara semula jadinya mempunyai struktur tulang yang lebih kecil.
Namun, adalah penting untuk ibu bapa di Malaysia mengetahui simptom-simptom masalah tumbesaran ini dan berjumpa dengan doktor sekiranya bimbang akan sesuatu isu. Gangguan tumbesaran kanak-kanak juga boleh disebabkan kekurangan nutrisi dan penyakit kronik.

Mungkin kita boleh senaraikan pelbagai jenis lagi vitamin dan mineral yang sangat penting untuk diambil oleh kanak-kanak. Namun , masalah majoriti normalnya ialah apabila anak-anak akan berkata - Saya tak suka!

Sebahagian ibu setuju, anak-anak membesar memang sangat memilih makanan/picky eater. Bahkan lebih menggemari jajan, gula-gula ataupun kumpulan makanan segera yang lebih menarik dan pelbagai.

Mereka awal-awal lagi sudah menolak sayuran dan buah-buahan tertentu, yang mungkin pada kita memang kaya dengan sumber vitamin penting untuk kanak-kanak

Mana yang terlebih bijak, mesti banyak tanya, kenapa mesti makan ini? kenapa yang itu tak boleh?

Ada juga kanak-kanak yang kurang bernasib baik, alergi terhadap jenis-jenis makanan tertentu seperti ekzema, asthma, ADHD dan sebagainya. Sehingga pemakanan mereka dari sumber makanan biasa terhad dan perlu dikawal setiap masa.

7 Jenis Vitamin & Mineral Penting Untuk Kanak-kanak

1 – Vitamin A
Menggalakkan perkembangan & pertumbuhan normal kanak-kanak termasuk:
  • Membaikpulih tisu dan komposisi tulang
  • Kesihatan kulit
  • Kesihatan mata & penglihatan
  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  • Sumber vitamin A mudah diperolehi daripada susu, telur, sayuran & buah-buahan hijau-oren seperti lobak merah, tomato, keledek, labu, aprikot, mangga, tembikai dan lain-lain.
2 – Vitamin B
Keluarga besar vitamin B termasuk vitamin B2, B3, B6 dan B12, niacin dan asid folik untuk membantu:
  • Proses metabolisma asas tubuh (mengubah karbohidrat kepada glukosa)
  • Meningkatkan produktiviti tenaga
  • Memelihara kesihatan mental dan sistem saraf
  • Sumber Vitamin B termasuk telur, daging, ayam, ikan, kekacang, susu, keju, kacang soya dan pelbagai lagi.
3 – Vitamin C
Vitamin C amat membantu keperluan harian utama kanak-kanak untuk:
  • Memelihara kesihatan tisu tubuh dan otot seperti gusi, tulang serta salur darah
  • Meningkatkan sistem imun tubuh melawan jangkitan penyakit
  • Memelihara kesihatan dan proses regenerasi kulit
  • Sumber vitamin C terbaik boleh diperolehi dalam kebanyakan sayuran hijau dan buah-buahan sitrus seperti brokoli, tomato, strawbarri, oren, kiwi dan sebagainya.
4 – Vitamin D
Vitamin D amat penting untuk menyokong kesihatan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dari segi:
  • Menguatkan struktur tulang & kekuatan gigi
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap sumber kalsium dalam pemakanan
  • Membantu fungsi hormon seperti mengawalselia sistem imun, penghasilan insulin dan pertumbuhan sel
  • Sumber asas vitamin D boleh didapati dalam susu, minyak ikan atau terbina secara semulajadi apabila kulit terdedah kepada sinaran matahari.
5 – Kalsium
Kalsium adalah sumber mineral penting dalam tubuh untuk:
  • Menyokong kesihatan tulang untuk tumbesaran & mengelakkan masalah tulang rapuh
  • Membantu fungsi sistem otot dan sistem saraf bekerja dengan sempurna
  • Membantu pengeluaran hormon dan enzim dalam tubuh
  • Sumber mudah kalsium adalah daripada susu, yogurt, tofu (tauhu), minuman soya dan sebagainya.
6 – Zat Besi (iron)
Zat besi amat penting untuk menyokong:
  • Pembentukan tisu otot dan perkembangan otak
  • Pembentukan sel darah merah dan mengelakkan anemia
  • Pembantukan hemoglobin yang berfungsi mengangkut oksigen di dalam darah
  • Sumber zat besi dalam makanan adalah seperti daging lembu (daging merah), ayam, bayam, kekacang dan buah prun.
7 – Asid Lemak Omega-3
Sejak dalam kandungan ibu lagi, bayi amat memerlukan sejumlah kecil asid lemak untuk manfaat tumbesaran. Kandungan EPA & DHA dalam kumpulan asid lemak omega-3 ini sangat penting untuk membantu kanak-kanak dari segi:
  • Melancarkan aliran darah & menguatkan jantung
  • Menyokong kesihatan fungsi otak & sistem saraf
  • Menyokong kesihatan otot sendi & penglihatan mata
  • Sumber minyak ikan adalah salah satu sumber yang sangat kaya dengan omega-3. Selain itu, minyak bijian flax (flax seed) dan minyak zaitun adalah sumber omega-3 dari kalangan tumbuhan.
Begitu banyak nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak kita. Tapi jangan risau, kita boleh dapati secara mudah dalam bentuk suplemen. Suplemen yang boleh terdiri daripada beberapa gabungan vitamin dan mineral utama yang sesuai.

InshaAllah, anak-anak pasti suka. Mereka tiada alasan untuk culas bagi mendapatkan manfaat nutrisi penting untuk tumbesaran.

Di Shaklee ada 3 suplemen untuk kanak-kanak iaitu

1. Mealshake
Gaya hidup kanak-kanak amat kompleks. Mereka amat sensitif tentang bau, rasa dan bentuk sebelum bertindak untuk memilih atau menolaknya.

Jika anda sukar menjalani situasi ini, Mealskahes adalah jawapannya. Rasa yang sedap, menakjubkan dan mudah disediakan amat sesuai untuk kanak-kanak.


Mealshake mengandungi 19 vitamin dan mineral penting, diperkaya dengan kalsium, asid amino dan sumber protein terbaik.

Diperbuat daripada sumber semulajadi dan kanak-kanak sangat memerlukannya sebagai nutrisi pelengkap untuk tumbesaran sihat.

Lihat Testimoni di SINI

2. OmegaGuard
OmegaGuard Shaklee datang dari sumber minyak ikan berkualiti tinggi bergred farmaseutikal yang bukan sahaja sesuai untuk golongan dewasa, bahkan untuk kanak-kanak.


Selain untuk meningkatkan fungsi jantung dan sistem saraf, kandungan asid omega-3 nya yang kaya dengan EPA & DHA juga turut membantu perkembangan otak kanak-kanak.

Ini dapat membantu mereka lebih mudah fokus dalam proses pembelajaran, menguatkan daya ingatan dan komunikasi antara sel-sel dalam tubuh dan otak.

OmegaGuard dipek dalam bentuk sofgel yang mudah ditelan atau dikunyah. Formulasi pembuatannya yang khas, amat kurang rasa atau bau hanyir minyak ikan. Rata-rata ibu mengatakan anak-anak amat menyukai minyak ikan dari pakej OmegaGuard ini.

Lihat Testimoni di SINI

3. Vita-Lea For Children
Mengandungi 18 nutrien penting vitamin dan mineral yang terkandung di dalam satu tablet mudah dikunyah oleh kanak-kanak. Dikenali sebagai suplemen multivitamin dan multimineral.


Rasa sitrus anggurnya yang sangat hebat dan sedap amat sukar bagi anak-anak untuk menolaknya.

Mengandungi vitamin B, C, E termasuk kalsium, magnesium, sink dan lebih lagi! Cukup untuk membantu si manja anda lebih sihat dan kuat. Anak suka, ibu pun suka!

Lihat Testimoni di SINI

Berminat untuk dapatkan gabungan Set Vitamin Untuk Kanak-kanak? Bulan ni ada potongan harga ISTIMEWA dan JIMAT HABIS !!
Omega Guard beli 3 botol diskaun 5%
Vitalea for Children beli 3 botol dapat 1 botol percuma

Nak lagi EXCLUSIVE?
👇👇👇👇


Jika ada sebarang pertanyaan, click gambar di bawah untuk terus ke Whatsapp saya


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

artikel asal di
https://malaysiadateline.com/masalah-tumbesaran-kanak-kanak-terbantut-membimbangkan/
https://www.hmetro.com.my/sihat/2017/08/258085/tumbesaran-tidak-normal

0 comments:

Catat Ulasan