Ramai orang menolak hidangan daging kambing kerana beranggapan ia adalah punca masalah kolestrol dan darah tinggi yang menjadi pencetus kepada penyakit jantung.
Kambing merangkumi 63% daging yang dimakan di seluruh dunia. Ia sumber protein utama di negara Arab, Afrika Utara, Asia Tenggara, Caribbean dan kawasan tropika.
Di Barat, daging kambing makin mendapat pilihan sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu.
Terdapat kajian yang menyatakan kambing lebih sesuai dimakan oleh penghidap masalah jantung.
Kumpulan penyelidik dari Alabama Cooperative Extension System-ACES yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn mengadakan program mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.
Kajian ACES mendapati bahawa daging kambing matang adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.
Kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
Kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging lain. Ini adalah baik untuk kesihatan memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
Daging kambing mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh, kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
Kajian klinikal Universiti Harvard mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular dan menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah.
Lemak tidak tepu pula bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan membantu menaikkan paras kolestrol baik.
Penemuan ACES meyakinkan bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung.
ACES menggariskan 2 peraturan asas dalam menyediakan masakan berasaskan kambing.
1. Menggunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat.
2. Memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew.
Baca Bukti saintifik kebaikan Omega-3 dengan kesihatan jantung
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan