Produk Minyak Ikan Selamat Untuk Ibu Hamil, Ibu Menyusu Bayi


Ada begitu banyak produk minyak ikan di dalam pasaran sehinggakan kita buntu hendak pilih. Yang mana satu produk minyak ikan yang terbaik dan semestinya selamat untuk diambil oleh golongan bayi, kanak-kanak, ibu hamil, ibu menyusu, ibu berpantang dan juga warga emas?

Menurut Dr Hafiz Sulaiman, ada 5 tips untuk anda memilih minyak ikan:

1) Pilih gred pharmaseutikal dan mempunyai persijilan IFOS (international fish oil standard): Minyak ikan sebegini melalui banyak proses penapisan serta mempunyai ketulenan yang tinggi.

2) Minyak Ikan dari ikan kecil: Ikan besar lambat mati, justeru banyak mengumpul toksin logam berat.

3) Minyak Ikan senang teroksida (rosak) terutamanya jika disimpan lama. Pecahkan minyak ikan dan sekiranya tengik rasanya, sila bakul sampahkan sahaja kerana minyak yang rosak bahaya untuk kesihatan anda. Minyak ikan baik rasanya macam ikan fresh.

4) Minyak Ikan kod selain omega 3 ia juga mengandungi vitamin larut lemak yang tinggi seperti vitamin A, D dan K2

5) Kandungan Omega 3 dalam setiap softgel atau cecair. Ini SANGAT PENTING
Jumlah kandungan minyak mungkin 1000mg atau 1200mg
Periksa kandungan EPA dan DHA dan jumlahkan.
Tolakkan jumlahnya dengan Omega 3, anda akan dapat minyak pengisi @ FILLER!

Sekiranya jumlah minyak 1000mg:

Contoh brand 1 : EPA 180mg DHA 120mg = jumlah Omega 3 — 300mg Filler — 700mg
Contoh brand 2 : EPA 396mg DHA 264mg = jumlah Omega 3 — 660mg Filler — 340mg
Contoh brand 3 : EPA 540mg DHA 360mg = jumlah Omega 3 — 900mg Filler — 100mg

Minyak filler ni digunakan untuk mengisi softgel selepas memasukkan Omega 3. Contoh minyak filler ini ialah minyak dari mata atau perut ikan yang diproses, minyak omega 6 ataupun ada minyak ikan diisi AIR sebagai filler. Dan kalau anda hendak tahu, peraturan FDA menetapkan filler hanya boleh dimasukkan 15% maksima.

Maka pilihlah minyak Omega 3 betul-betul dan jangan beli minyak penuh air.

Apakah Minyak Ikan Terbaik?

Berdasarkan tips diatas, anda boleh lihat label sendiri.


Formulanya: Jumlah minyak ikan – minyak omega 3

@ total minyak ikan tolak kandungan (EPA dan DHA)

= Minyak FILLER

Anda akan dapat minyak filler atau minyak pengisi saja untuk penuhkan softgel itu. Antara filler yang digunakan ialah minyak canola, minyak dari usus atau kepala ikan.

Kenapa pilih Omega Guard berbanding minyak ikan jenama lain

Perbandingan Minyak Ikan dipasaran


Minyak ikan Shaklee Omega Guard kerana:

Jumlah minyak omega 3 tertinggi: EPA (540mg) + DHA (360mg) = 900mg!
Jumlah minyak filler : Jumlah minyak 1000mg-900mg= 100mg sahaja, iaitu 10% daripada nilai keseluruhan minyak ikan, kurang daripada syarat FDA (FDA menetapkan minima filler adalah sebanyak 15%. Kalau lebih memang jadi tidak berkesan).

Adakah minyak ikan Omega Guard selamat?

Ya, minyak ikan Omega Guard selamat diambil oleh 5 golongan peringkat umur iaitu bayi dalam kandungan, kanak-kanak dan remaja, orang dewasa, ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang serta warga emas.

Terdapat kebimbangan kesihatan dengan pemakanan ikan atau minyak ikan kerana bahan kimia toksik di dalam ikan yang tinggi seperti logam berat, PCB, raksa dan dioksin yang boleh menyebabkan penyakit yang serius terutamanya dalam perkembangan fetus bayi.

Carta dibawah ini membantu kita memilih ikan yang mana yang boleh dimakan dan berapa kerap pengambilan berdasarkan paras merkuri. "Pilihan Ikan Terbaik" mempunyai tahap merkuri yang paling rendah.


Omega Guard diekstrak daripada ikan air laut sejuk (ikan sardin, ikan bilis, ikan kembung dan ikan herring) diperairan negara Jepun.


Kaedah mengekstrak minyak ikan iaitu kaedah penyulingan tekanan tinggi, biasa digunakan oleh kebanyakan kilang masa kini. Kaedah ini boleh memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak mampu menapis logam-logam berat yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Omega Guard dihasilkan oleh melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 paling tulen dan paling semulajadi.

Kaedah ini berjaya menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - sejenis bahan kimia industri yang sangat toksik)

Maka, Omega Guard selamat diambil oleh semua peringkat umur.

Paling best, bulan ni ada promosi untuk Omega Guard. Dengan belian 3 botol, anda boleh dapat diskaun 5%
Dapat memenuhi keperluan untuk setiap orang yang kita sayangi pada harga yang lebih jimat.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

2 ulasan:

  1. Minyak ikan memang banyak khasiatnya utk ibu mengandung

    BalasPadam
  2. Minyak ikan ini banyak kebaikannya bukan hanya pada ibu tapi juga pada kandungan

    BalasPadam