Kementerian Kesihatan menasihati masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai iklan produk kecantikan yang banyak dijual secara online ketika ini.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Dr. Salmah Bahri berkata, langkah itu perlu bagi memastikan pengguna tidak tertipu sehingga boleh menjejaskan kesihatan mereka dengan pengambilan ubat-ubatan tidak berdaftar.
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mewujudkan Unit Digital Forensik sejak 2013 bagi memantau penjualan ubat tidak berdaftar khususnya secara dalam talian dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Kebanyakan produk ubat-ubatan tidak berdaftar yang dijual di negara ini melibatkan produk kecantikan dan tenaga dalaman khususnya bagi golongan lelaki. Ianya dipercayai dibawa masuk dari luar seperti China dan India.
Kualiti bahan yang digunakan selain penggunaan melebihi dos daripada sepatutnya boleh memberi kesan negatif yang akhirnya akan memudaratkan pengguna.
Produk keluaran Shaklee adalah berdaftar dengan KKM dan BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan).
Pendaftaran produk boleh diperiksa di link http://npra.moh.gov.my/
Kenapa kelulusan KKM penting untuk produk suplemen?
Untuk semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan, ia kena didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara. Pihak PBKD seterusnya akan membuat penilaian terhadap produk untuk pastikan tahap keselamatannya.
Ada dua ciri utama produk yang berdaftar dengan PBKD iaitu:
1. Nombor pendaftaran
Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan "MAL" dan diikuti dengan 8 nombor dan diakhiri dengan huruf mengikut pendaftaran produk.
Antaranya seperti:
A - Ubat mengandungi racun terkawal
X - Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal/OTC
T - Ubat tradisional
N - Suplemen kesihatan
2. Pelekat hologram yang tulen
Salah satu cara KKM untuk menentukan keaslian produk yang ada di pasaran untuk keselamatan pengguna.
Bersifat lutsinar berwarna kebiruan.
Terdapat nombor KKM produk mengikut kategori tersendiri sama ada makanan, produk kesihatan dan lain-lain.
Produk Shaklee tak perlu diragui kerana semuanya berada dalam kategori suplemen kesihatan dan mempunyai kedua-dua nombor pendaftaran MAL dan pelekat hologram pada lebal pembungkusan masing-masing. Sebagai contoh seperti dibawah:
Perbezaan permulaan no siri KKM berpangkal MAL dan NOT:
MAL - Kod pangkal untuk produk ubat-ubatan
NOT - Kod pangkal untuk produk kesihatan atau kosmetik
Terdapat juga beberapa jenis produk Shaklee yang tiada kelulusan KKM. Antaranya ialah:
Energizing Soy Protein (ESP)
Meal Shakes
Performance Drink
Nutriferon
Collagen Powder
Cinch Shake Mix
Cinch Tea Mix
Vivix
Oleh kerana kesemua produk di atas termasuk dalam kategori makanan dan dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), jadi tidak perlu berdaftar dengan KKM. Jadi, sama ada nombor pendaftaran KKM mahupun tag hologram tidak akan ditemui pada botol dan kotak pembungkusan.
Kesemua produk Shaklee (Malaysia) adalah HALAL dan disahkan oleh ISA, Badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM. Setiap tahun Sijil Halah Shaklee (M) akan diperbaharui. Ini adalah sijil halal terbaru untuk tahun 2018.
Starter kit baru ni pun kelulusan sepenuhnya dari KKM dan Kementerian Kesihatan Lembaga Iklan Ubat (KKLIU)
Starter Kit - Lebih padat dan mudah difahami. Ada product guide dan marketing guide.
Pada bulan Januari 20017, B-Complex Shaklee diiktiraf dalam National Essential Medical List (NEML). NEML ini adalah satu badan kerajaan. Jadi bila produk termasuk dalam senarai NEML bermaksud produk itu bagus dan kena ada setiap masa dalam kuantiti yang mencukupi dan berkualiti.
Berminat nak daftar ahli Shaklee secara online
👇👇👇👇
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan