Omega-3 elak otak mengecut dikalangan ibu hamil dan bersalin


Pengecutan otak boleh dialami oleh individu yang memiliki kandungan lemak trans yang tinggi dalam darah serta ibu hamil dan ibu yang baru sahaja melahirkan anak. Penemuan dalam jurnal Neurology mendapati individu dewasa yang mengamalkan asid lemak omega-3 serta vitamin B, C, D dan E didapati boleh berfikir dengan lebih baik dan saiz otak lebih besar.

Sebaliknya, orang dewasa dengan lemak trans yang tinggi mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan dalam ujian berfikir dan ini menunjukkan golongan ini mengalami masalah pengecutan saiz otak.

Gene Bowman, pengkaji dari Jabatan Neurologi, Universiti Kesihatan dan Sains Oregon di Portland US menyatakan vitamin dan omega-3 sentiasa bekerjasama dalam memberi kesihatan kepada otak.

Pengecutan otak boleh disebabkan oleh faktor penuaan. Namun, banyak kes berkait rapat dengan masalah mental dan penyakit Alzheimer.

Penyelidik menemui bahawa vitamin tersebut memberi kesan yang besar dalam aspek berfikir dan ia bekerja dengan cara yang berbeza di dalam otak. Asid lemak omega-3 yang bersumberkan makanan seperti ikan salmon pula menunjukkan hubung kait dengan fungsi eksekutif otak yang lebih baik. Fungsi eksekutif merupakan satu terma yang digunakan untuk tahap pemikiran yang melibatkan perancangan, perhatian dan penyelesaian masalah.

Lihat Vitamin Untuk Otak

Omega-3 bermanfaat bagi pertumbuhan sel otak, organ penglihatan dan tulang, serta menjaga sel-sel pembuluh darah dan jantung tetap sihat. Omega-3 sangat penting bagi perkembangan sel-sel otak kerana 40% asid lemak di otak terdiri atas asid lemak Omega-3.

Vitamin B kompleks dengan 8 jenis vitamin B sangat diperlukan untuk membantu pembentukan dan pengembangan kecerdasan otak.

Vitamin C diperlukan oleh sel-sel retina agar dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, vitamin C merupakan antioksidan penting yang dapat melindungi otak dari radikal bebas, sehingga dapat membantu mencegah penyakit alzheimer

Vitamin D membantu meningkatkan fungsi kognitif otak serta memiliki efek anti-tekanan yang berpengaruh terhadap otak.

Vitamin E bermanfaat untuk mencegah dan meringankan penyakit Alzheimer, demensia, penyakit Parkinson,  epilepsi.

artikel asal di http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0101&pub=kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_07.htm


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

1 ulasan: