Khasiat dan kebaikan teh hijau untuk kesihatan tubuh badan


Salah satu minuman berkhasiat yang memberi pelbagai manfaat kesihatan ialah teh hijau. Bukan sekadar minuman petang tetapi ia boleh menjadi “super food” harian.

Terkenal sebagai suplemen sihat, teh hijau juga memiliki kafein namun kandungan flavonoid yang lebih tinggi membantu memiliki sifat anti oksidan dan anti karsinogenik.

Berikut 17 sebab utama kepentingan teh hijau.

1. Turunkan berat badan
Kaya dengan antioksidan, teh hijau juga mengandungi 6 jenis katekin dan salah satunya dikenali epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG membantu meningkatkan metabolisme tubuh manusia, mengubah oksidasi lemak menjadi kalori, yang pada akhirnya membantu menurunkan berat badan. Teh hijau juga mendetoksifikasi tubuh dan mengurangkan nafsu makan sehingga mencegah keinginan makan berlebihan.

2 . Hilangkan nafas berbau
Teh hijau berupaya membantutkan pertumbuhan bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit gigi. Konsentrasi tinggi dalam teh hijau menyegarkan mulut. Ia juga mengurangkan radang gusi dan mencegah pertumbuhan plak pada gigi.

3 . Kurangkan kolesterol
Kandungan kolestrol tinggi membawa pelbagai penyakit seperti serangan sakit jantung dan strok. Kandungan tanin dalam teh hijau boleh menurunkan kolesterol LDL (low-density lipoprotein) yang dikenali dengan “kolesterol jahat”. Kandungan katekin juga mengurangkan penyerapan kolestrol dalam usus, membantu merendahkan masalah kolesterol tinggi.

4 . Kulit yang cantik
Kandungan anti oksidan yang banyak dalam teh hijau. Formulasi dalam teh hijau juga dikatakan mampu mengurangkan kerosakan akibat sinar matahari. Polifenol dalam teh hijau pula boleh melambatkan tanda penuaan. Campuran teh hijau boleh menyegarkan wajah, mengubati ruam ringan, tanda bekas panas matahari, membersihkan jerawat dan mencegahnya daripada tumbuh.

5 . Untuk alergi
EGCG dalam teh hijau menghasilkan histamin dan imunoglobulin yang menghasilkan tindak balas terhadap alergi, membantu menghentikan reaksi dari alergen tertentu.

6 . Atasi masalah rambut
Teh hijau mengandungi DHT (Dihydrotestosterone) yang membantu pertumbuhan rambut sihat. Ia juga membantu mencegah dan mengatasi masalah rambut umum seperti kelemumur dan psoriasis dengan mengurangkan keradangan kerana sifat antiseptiknya. Ia juga merangsang pertumbuhan rambut dan menghaluskan rambut.

7 . Mengawal diabetes
Teh hijau membantu mengawal diabetes jenis II kerana kandungan anti oksidan yang menekan rembesan enzim dikenali sebagai alpha glucosidase, yang memperlambat penyerapan glukosa dalam darah. Maka hanya sedikit insulin diperlukan untuk mengendalikan glukosa dalam darah.

8 . Membantu mengurangkan tekanan darah
Kafein dalam teh hijau sebenarnya tidak baik bagi penderita masalah hipertensi. Namun, teh hijau kan “superfood” maka ia mengandungi efek positif secara keseluruhan pada jantung. Hal ini membantu mengawal diabetes dan kolesterol secara tidak langsung mengawal tekanan darah tinggi.

9 . Untuk wanita hamil
Kandungan antioksidan tinggi membantu memulihkan kerosakan sel, mengatur gula darah dan kadar insulin, membantu mengendalikan hipertensi dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh dalam kalangan wanita hamil. Bagaimanapun ingat, jangan terlebih ambil teh hijau ketika hamil kerana ia mengandungi kafein tinggi.

10 . Mencegah Arthritis
Teh hijau mampu mencegah dan mengurangkan risiko rematik atau rheumatoid arthritis kerana ia melindungi tulang rawan dengan menghalang rembesan enzim kemokin. Kemokin merupakan protein yang meningkatkan peradangan tubuh, yang menghancurkan fleksibiliti tulang rawan yang merupakan gejala umum arthritis.

11 . Mencegah kanser kulit
Kandungan polifenol dalam teh hijau menghentikan pertumbuhan proteinvascular endothelial dan hepatocyte yang merupakan sebab utama pertumbuhan sel tumor. Teh hijau menghentikan pertumbuhan kanser karsinogen dan sinar ultraviolet.

12 . Minuman menenangkan
Teh hijau membantu melawan tekanan. Kajian American Botanical Council mendapati warga emas yang minum teh hijau setiap hari kurang berhadapan masalah depresi. Teh hijau juga bagus untuk otak kerana kandungan polifenol dan anti oksidan, membantu kurangkan tekanan.

13 . Meningkatkan imunisasi
Anti oksidan polifenol dan flavonoid membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dengan mencegah dan melawan jangkitan. Sejumlah besar vitamin C dalam teh hijau membantu terhadap keberkesanan imunisasi.

14 . Mengurangkan gejala asma
Teh hijau mengandungi teofilin yang dikatakan mampu mengendurkan otot saluran bronkial sehingga mengurangkan keparahan penyakit lelah. Oleh kerana ia mengurangkan kepekaan terhadap alergi maka ia juga mengurangkan reaksi terhadap asma.

15 . Baik untuk hati
Teh hijau baik untuk kesihatan hati kerana agen anti oksidannya. Ia menghilangkan radikal bebas, lalu membantu menjaga hati dengan mengurangkan risiko hati berlemak.

16 . Mencegah osteoporosis
Kepadatan tulang yang rendah adalah masalah umum wanita, terutama sekali selepas menopaus. Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh, serta menyebabkan peningkatan risiko patah tulang. Kandungan fluorida yang tinggi dalam teh hijau boleh menjaga tulang supaya kekal kuat dan melambatkan kerosakannya.

17 . Untuk sakit perut
Teh hijau menghapuskan segala bakteria dan mencegah penyakit perut yang umum seperti jangkitan keracunan makanan dan lain-lain. Namun ia tidak boleh diambil secara berlebihan, ini kerana kandungan tanin dalam teh hijau meningkatkan rembesan asid gastrik.

Ingat, teh hijau bermanfaat jika diambil dalam jumlah disarankan dan bukannya berlebihan. Sebaiknya minum 2 atau 3 cawan teh hijau sehari. Ia sudah cukup baik untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Nak menikmati gabungan teh hijau, teh merah dan teh putih?

Semoga bermanfaat untuk semua 😉

Klik link di gambar bawah jika nak daftar ahli Shaklee secara online
👇👇👇👇

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

artikel asal di http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2017/09/26/manfaat-teh-hijau-menjangkaui-sangkaan-anda/

0 comments:

Catat Ulasan