Air merupakan salah satu komponen penting bagi tubuh. Setiap sel dalam tubuh tergantung pada air untuk boleh berfungsi dengan baik. Air merupakan salah satu komponen terpenting bagi tubuh. Setiap sel bergantung kepada air untuk berfungsi dengan baik. 70% kandungan tubuh terdiri daripada air.
Kerana itu, kebanyakan para ibu yang berharap anak mereka mula mempunyai kebiasaan sihat minum air putih seawal mungkin. Persoalannya adakah bayi sudah boleh minum air putih? Jika boleh, bilakah waktu paling tepat untuk memberikan bayi air putih?
Para doktor menyarankan untuk tidak memberikan air putih hingga mereka berusia 6 bulan. Bayi biasanya sudah cukup mendapatkan cecair daripada susu ibu bahkan ketika cuaca sedang panas sekalipun.
LIHAT Cadangan Produk Bantu Tambah Susu Badan
Memberikan terlalu banyak air putih pada bayi usia di bawah 6 bulan dapat mengganggu kemampuan tubuh mereka dalam menyerap nutrisi yang ada dalam susu ibu. Pemberian air hanya akan membuat perut kecil bayi kenyang dan menghilangkan keinginan mereka untuk menyusu.
Kajian Dr. Jennifer Anders di John Hopkins Children's Center, Amerika Serikat, menemui bahawa pemberian air putih pada bayi di bawah 6 bulan berisiko mengakibatkan keracunan. Sebab ginjal bayi belum berfungsi dengan baik.
Pemberian air putih akan membuat tubuhnya melepaskan sodium (mineral yang diperlukan untuk proses metabolisme tubuh). Jika tubuh kehilangan sodium maka aktiviti otak akan terjejas. Akhirnya, bayi akan mengalami gejala keracunan, seperti suhu badan yang rendah, wajah membengkak dan kejang.
Bayi yang mendapatkan susu ibu eksklusif tidak memerlukan air kerana 88% susu ibu adalah air. Susu ibu sudah mampu memberikan keperluan cecair bayi.
Academy of Breastfeeding Medicine mengatakan, pemberian air kepada bayi akan mengganggu frekuensi normal menyusui bayi serta akan mengakibatkan risiko peningkatan bilirubin, penurunan berat badan hingga keracunan air.
Memberikan sedikit kuantiti kecil air putih sebenarnya tidak akan membahayakan bayi tetapi jika anak anda belum berusia 6 bulan maka sebaiknya dapatkan dahulu nasihat doktor.
Semoga bermanfaat untuk semua 😉
Pendaftaran ahli Shaklee secara online
👇👇👇👇
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan