Fungsi dan Manfaat Asid Lemak Omega-3 Untuk Penyakit Jantung


Penyakit jantung koronari ialah penyakit pembunuh nombor 1 di Malaysia. Kajian statistik menunjukkan setiap 15 minit seorang penduduk mendapat serangan jantung.

Masyarakat Eskimo, Jepun dan Mediterranean mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding masyarakat barat kerana pemakanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3.

Asid lemak Omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting terbahagi kepada tiga jenis asid lemak utama iaitu Eicosa Pentanoic Acid (EPA), Docosa Hexanoic Acid (DHA) dan Alpha Linolenic Acid (ALA). Bersifat anti-keradangan, boleh mencegah pembentukan plak arteriosklerosis yang menyumbat saluran darah di jantung, boleh membantu mengawal paras kolesterol darah dan meningkatkan paras kolesterol baik iaitu HDL dalam darah.

Asid lemak Omega-3 membantu mengurangkan risiko insiden serangan jantung, mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu, mengurangkan sakit dada (angina) pada pesakit jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua.

Asid lemak Omega-3 amat penting untuk mendapat kesihatan jantung yang baik. Jika kita kurang makan ikan, maka kita perlu mengambil suplemen minyak ikan Omega-3.

Baca Minyak ikan omega 3 terbaik adalah Omega Guard Shaklee

Berdasarkan kajian, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Baca Bukti saintifik kebaikan Omega 3 dengan kesihatan jantung.

Kenyataan USFDA Amerika Syarikat menyokong Omega-3 i(EPA & DHA) sebagai satu suplemen yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Kajian pengkaji GISSI-Prevenzione dalam jurnal perubatan The Lancet, terdapat 45% pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua hasil pengambilan Omega-3 setiap hari.

Kajian DART Study (The Diet and Reinfarction Trial) Amerika Syarikat, penurunan sebanyak 29% kematian akibat serangan jantung kali kedua hasil pengambilan 2 hidangan ikan seminggu.

American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) 2006, pengurangan ketara pada kadar kematian dan serangan jantung di kalangan pengamal ikan, minyak ikan atau pengambil suplemen Omega-3 setiap hari.

Lihat Testimoni suplemen Omega Guard di SINI

*Dr Norman Mohd Norawi, Pengamal Perubatan Am Pengkhususan Perubatan Anti Penuaan dan Nutrisi

artikel http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/kelebihan-minyak-ikan-omega-3-1.695928


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

1 ulasan: