Apa itu steroid, bahaya dan kesan steroid pada tubuh badan.


Steroid adalah sejenis hormon anti-radang, berfungsi merencat sistem imun dan digunakan untuk pelbagai penyakit. Ia dianggap ubat ajaib kerana hasilnya pantas.

Steroid adalah sejenis hormon anti-radang, berfungsi merencat sistem imun dan digunakan untuk pelbagai penyakit. Ia dianggap ubat ajaib kerana hasilnya pantas.

Antara penyakit yang diubati dengan steroid adalah seperti alahan, asma, bengkak, sakit lutut, penyakit sistemik lupus eritematosus dan lain-lain.

Antara nama-nama steroid yg digunakan ialah
  • Triamcinolone,
  • Crticosteroid,
  • Prednisolone,
  • Hydrocortisone,
  • Dexamethasone,
  • Betamethasone,
  • Deflazacort,
  • Elomet,
  • Fucicort,
  • Beprosalic,
  • Zaricort

Perkataan sinonim steroid:

— CORT
— CORTISONE
— STEROID
— LONE
— METHASONE

Contoh-contoh ubat steroid dalam bentuk tablet/pil, cecair sirap, krim atau suntikan
  1. prednisolone,
  2. hydrocortisone,
  3. dexamethasone
  4. betamethasone.

Antara kesan-kesan sampingan steroid:

  • Meningkatkan risiko terkena jangkitan kuman
  • Ulser perut dan gastrik
  • Jerawat
  • Melambatkan proses penyembuhan luka
  • Kulit menjadi nipis
  • Osteoporosis atau tulang menjadi reput
  • Pengumpulan lemak: kegemukan, muka menjadi bulat (moon face), sembap, bonggolan pada belakang badan
  • Pertumbuhan badan terbantut di kalangan kanak-kanak
  • Meningkatkan tahap gula dalam darah (risiko kencing manis)
  • Meningkatkan tekanan darah (risiko darah tinggi akibat pengumpulan air & garam)
  • Meningkatkan tahap kolesterol dalam darah (risiko penyakit jantung)
  • Meningkatkan selera makan
  • Meningkatkan risiko masalah mata seperti katarak
  • Gangguan emosi seperti kemurungan, tekanan dan insomnia

Sekarang berlambak produk yang tidak berdaftar KKM dan telah dicampur dengan steroid tanpa pengetahuan pengguna. Pengeluar menyatakan produk adalah tradisional dan golongan berusia suka memilih produk ini tanpa mengetahui ia sudah dicampur steroid.

Setelah mengambil ubat steroid, rasa sakit hilang akibat daripada tindakan anti-radang steroid. Kemudian pengguna akan kembali mendapatkannya kerana kesan 'mujarab'. Tetapi lama-kelamaan kesan sampingan akan timbul.
  • Muka menjadi sembap,
  • bawah mata menjadi hitam.
  • Tekanan darah meningkat,
  • tahap gula darah meninggi.

Akhirnya pelbagai masalah pula timbul seperti penyakit jantung. Terpaksa dimasukkan ke hospital. Asalnya tiada kencing manis, doktor sahkan ada kencing manis. Ujian darah pula menunjukkan buah pinggang sudah gagal berfungsi. Semuanya kesan daripada steroid yang diambil tanpa disedari.

Baca omega-3 mampu bertindak seperti steroid tapi ianya tidak akan memberikan kesan sampingan seperti mana steroid


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

1 ulasan:

  1. Bahayanya jika ada produk kesihatan yang mengandungi steroid tanpa disedari kan.

    BalasPadam