Manfaat di dalam semangkuk sup untuk kesihatan tubuh badan.


Semangkuk sup sangat menyelerakan. Apatah lagi sup panas dinikmati ketika kita di dalam cuaca sejuk atau sedang mengalami selsema. Kaya dengan rasa dan aroma.

Semangkuk sup sangat menyelerakan. Apatah lagi sup panas dinikmati ketika kita di dalam cuaca sejuk atau sedang mengalami selsema. Kaya dengan rasa dan aroma.

Sup mengandungi pelbagai asid amino termasuk proline, glycine dan arginine yang terdapat dalam gelatin atau tulang rawan daging. Sup juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti fosforus, silikon, glucosamine dan chondroitin sulfate.

Gelatin daripada sup merupakan protein larut air. Ia menarik dan menyerap cecair termasuk air dan bendalir penghadaman. Jadi, sup amat bermanfaat untuk mereka yang sering mengalami masalah penghadaman misalnya penghidap autism, Sindrom Usus Bocor (Leaky Gut Syndrome), Sindrom Usus Rengsa (Irritable Bowel Syndrome).

Kajian oleh Rennard BO "Chicken Soup Inhibits Neutrophil Chemotaxis in Vitro" jurnal Chest (2,000) menunjukkan sup ayam dipercayai mampu mencegah jangkitan berpunca daripada virus demam selsema.

Amalan tradisional seperti makan sup oleh penghidap demam selesema sedikit sebanyak membantu meredakan simptom itu.

Manfaat sup juga meredakan inflamasi atau keradangan. Asid-asid amino glycine, proline dan arginine bersifat anti-keradangan. Begitu juga dengan bawang, bawang putih, halia serta semua herba yang ditambah dalam sup. Sayur-sayuran seperti saderi, karot dan tomato juga bersifat anti-keradangan.

Herba di dalam sup bersifat antivirus termasuk astragalus, cendawan kememeh, kayu manis, cengkih, buah pelaga, bunga lawang, halia, bawang, bawang putih, daun bay, thyme dan rosemary. Herba-herba ini juga bersifat anti-bakteria, anti-batuk, anti-piretik (cegah atau redakan suhu tinggi akibat demam), anti-kekejangan dan decongestant (redakan hidung tersumbat). Astragalus, reishi dan shiitake bersifat mengharmonikan sistem imun. Glucosamine dan chondroitin sulfate dari tulang rawan daging juga bersifat anti-keradangan.

Semua sifat-sifat di atas ini dipercayai bertindak secara sinergi dalam meredakan penyakit-penyakit demam selesema.

Kalsium, magnesium dan fosforus di dalam sup dipercayai dapat memperkukuhkan struktur tulang selain kandungan gelatin dan mineral Zink membantu mempertingkat kesihatan rambut dan kuku.

Sesetengah pakar penjagaan kesihatan alternatif mencadangkan agar pengambilan sup harus sentiasa diambil secara kerap kerana nilai nutrien sup yang tinggi.

artikel oleh Sinar Harian
gambar utama oleh kellysiewcooks.com


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan