Sakit Sendi dan Sakit Lutut Beransur Hilang Dengan Shaklee


Saya mengenali Shaklee sudah lama cuma sikap acuh tak acuh dalam pengambilan vitamin membuatkan lambat benar Shaklee "menakluki" hati saya sepenuhnya. Setelah merasai Shaklee Effect yang sebenar selepas berpantang anak ketiga maka cinta saya pada produk Shaklee "jatuh berkali-kali"

Selepas Set Berpantang Premium Shaklee saya cuba untuk menyelesaikan masalah sakit lutut yang saya alami. Sebenarnya sakit lutut ini merupakan kesan jangka panjang yang saya alami hasil daripada penglibatan aktif saya dalam bidang sukan gimnastik peringkat sekolah dahulu.

Semakin menganjak usia kesan kecederaan yang lama dulu semakin terasa. Anak-anak pula semakin lasak dan memerlukan saya untuk bergerak aktif mengawal mereka. Semakin lama pergerakan saya semakin terganggu. Tugas sebagai guru memerlukan saya naik turun tangga. Setiap kali pergerakan turun dan naik tangga, lutut saya akan berbunyi seolah ada geseran dan bukan stakat itu sahaja, saya terpaksa "double step" kat tangga, maksudnya saya perlu jejak kedua-dua belah kaki untuk setiap anak tangga. Rasa sakit akan bertambah kronik apabila saya perlu ke tandas dan tandas pula jenis tandas cangkung.

Vitamin untuk "daily essential" memang sudah menjadi rutin. Setelah mebuat sedikit pembacaan dan meminta pendapat dari upline, maka untuk masalah lutut dan sendi saya ambil Vivix, Collagen, Ostematrix dan Omega Guard.

Saya terus menjalani rutin kehidupan seperti biasa. Sampai satu masa saya tersedar yang saya sudah tidak sakit lutut lagi. Saya juga mendapati bahawa struktur kulit juga nampak lebih sihat. Lebih mengharukan apabila ada yang mengandaikan saya belum berkeluarga semasa menghadiri kursus sedangkan saya ibu kepada 3 orang anak. Bonus berganda apabila suami juga mula perasan yang kulit saya semakin halus. Katanya "masa bila pulak sayang selalu pakai losyen tak ada bau pun". Suami saya memang ada masalah dengan bau-bauan. tersalah bau biarpun bau itu wangi akan menyebabkan beliau sakit kepala dan menyebabkan saya memang sukar nak beramal dengan segala macam losyen.

Satu lagi perkara yang saya perasan ialah masalah alergik saya pada terung. Pada kebiasaannya setiap kali saya termakan terung, bahagian dagu dan sekeliling bibir saya akan ditumbuhi biji-biji halus yang mengandungi air dan kawasan kulit bahagian itu akan hitam serta lambat untuk sembuh. Baru-baru ini saya ada termakan kuah roti canai yang mengandungi terung. Memang masih ada rasa alergik itu tapi kali ini kawasan yang seringkali terganggu akibat alergik sekadar menjadi kering dan setiap kali mandi sel kulit mati di kawasan tersebut boleh di "wipe off".

Memang nawaitu saya nak ambil Set Sendi tu untuk masalah lutut saya. Tiba-tiba macam-macam bonus dan manfaat yang lain saya perolehi. Maka buat sekian kalinya saya "jatuh cinta" dengan Shaklee. Jom sama-sama berShaklee untuk meningkatkan kesihatan.

Promosi Shaklee Vivix Harga Ahli Keahlian Percuma

Promosi Shaklee Mei 2019 Vivix Harga Ahli Keahlian Percuma
Promosi Shaklee Vivix Harga Ahli Keahlian Percuma

Promosi twinpack 2 botol Vivix
Harga asal RM950

Harga promosi bulan ni
2 botol hanya RM684

2 botol Vivix boleh digunakan oleh anda suami isteri atau dihadiahkan kepada ibu ayah tercinta demi kesihatan mereka yang terbaik.

Nak beli terus di laman web Shaklee dengan kad kredit/debit anda? Klik gambar di bawah

 Promosi Shaklee Mei 2019 Vivix Harga Ahli

Nak sembang-sembang dulu tanya sebarang persoalan, boleh hubungi Umi di


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

1 ulasan:

  1. bagus artikal ini, cikgu bole kembali aktif bertenaga :)

    BalasPadam