KANDUNGAN DAN KELEBIHAN ESP SHAKLEE | Soy Protein Isolate Powder


Bismillah. Entri kali ni Nazra nak kongsi kan kandungan dan kelebihan Soy Protein Isolate Powder atau lebih dikenali sebagai ESP. Kalau anda semua nak tau, ESP memang langsung TIADA kolestrol sebab ESP dihasilkan daripada tanaman (tumbuhan). Kalau ada sesiapa pesakit penyakit darah tinggi memang tak akan ada masalah untuk minum ESP ni. inshaAllah

Selain tu ESP Shaklee ni juga tiada asid urik, sebab asid urik ni hanya dihasilkan daripada badan kita sendiri dan bukannaya dari makanan yang kita ambil. Maka, pesakit gout pun boleh amalkan ESP. ESP adalah produk semulajadi, ia sangat mudah dihadam & diserap oleh badan. Oleh itu, badan kita pun boleh dapat kebaikan protein daripadanya sebanyak & secepat mungkin.


ESP Shaklee bukan sekadar Soya, tetapi adalah produk soya yang terbaik, jadi tak boleh la kalau kita nak samakan ESP nie dengan air kotak soya atau soya pasar malam yang RM 1 tu ye. Sebab ESP ni bukan produk yang di proses di dalam rumah. Sebaliknya ESP ni dimajukan dan diterjemahkan dari kajian yang mendalam oleh para saintis Shaklee.

Malah kajian-kajian ini bukan setakat dijalankan oleh saintis Shaklee sahaja, tetapi juga oleh saintis di luar Shaklee (pihak ketiga). Dalam banyak-banyak syarikat nutrisi, hanya Shaklee sahaja yang memberi peluang kepada pihak ke-3 buat kajian ke atas unsur yang Shaklee gunakan dalam produk-produknya. Syarikat nutrisi lain tidak berani membuka peluang yang sama, mungkin mereka tidak yakin dengan produk yang dikeluarkan apabila di uji secara klinikal.



Badan kita memerlukan protein untuk pembinaan sel yang sihat. pembinaan sel yang tak sihat boleh mengakibatkan pertumbuhan sel kanser kepada tubuh badan.

Unsur protein terdiri daripada 21 jenis asid amino;

(1) 12 daripadanya dinamakan non-essential amino acid & dihasilkan oleh badan kita

(2) 9 lagi dinamakan essential amino acid & HANYA boleh didapati daripada makanan yang kita makan (badan kita takkan boleh hasilkan protein-protein ini)

Dalam pasaran dunia, takde satu produk pun yang mampu membekalkan kesemua 9 essential amino acid ni; KECUALI ESP. Sampai sekarang pun, ESP adalah satu-satunya produk yang mengandungi SEMUA essential amino acid ni.



Dalam 100g daging yg kita makan, mungkin cuma ada 10g saja kandungan protein yg ada. Selebihnya “hampas”.

Kenapa hampas?

Sebab makanan yang kaya protein sekalipun akan hilang kandungan proteinnya apabila dimasak. Ini kerana, protein akan musnah dalam suhu yg tinggi, lebih-lebih lagi pada suhu makanan dimasak.

Dan kalau masih ada pun sisa baki protein dalam masakan, strukturnya dah berubah kepada gumpalan-gumpalan yang sukar dihadam & diserap oleh badan. Sebab tu walaupun dah banyak makan ikan, ayam dan daging pun masih terdedah kepada risiko tak cukup protein dalam badan.

Tapi sebaliknya berlaku kepada ESP kerana kandungan proteinnya tidak terjejas atau musnah. Ini adalah kerana ianya diproses pada suhu yang rendah supaya kandungan protein di dalamnya kekal berkualiti & berkesan pada tubuh.



6. Zaman sekarang banyak tanaman yang dah di ubahsuai secara ginetik. Contoh paling mudah, adalah kacukan pokok perhiasan@bunga agar nampak lagi menarik dan cantik atau buah supaya lebih besar dan sedap.

Antara produk popular yang dah diubahsuai secara ginetik (GMO) ialah buah jambu batu, tembikai & anggur yang takde bijik.

Begitu juga soya. Produk-produk lain di pasaran banyak dah diubah secara ginetik. Genetik mereka diubah supaya kurang risiko diserang penyakit, supaya hasilnya lebih banyak & sedap di makan.

Risiko menggunakan produk-produk GMO ini ialah unsur makanan yang dimakan, tidak lagi menjadi sumber semulajadi kerana telah diubah suai dan menjadikan strukturnya berbeza, aterdedah kepada racun pestisid, menyebabkan alergi/kanser, etc.

Tapi ESP dibuat daripada soya bukan GMO aka asli. Setiap satu tin ESP diproses daripada 30kg soya.



7. ESP ni low GI. Maksudnya ia ditukar kepada glukos & tenaga secara perlahan-lahan, bukan sekaligus.

Perasan tak, kalau kita sarapan roti canai atau nasi lemak banyak-banyak sekalipun, lepas 2-3jam dah lapar balik dah. Sebabnya, roti canai & nasi lemak ni High GI. Cepat kenyang tapi pun cepat lapar sebab tenaga ditukar sekaligus. Makanan high GI macam ni juga tak bagus untuk pesakit kencing manis, sebab ia buat kandungan gula dalam badan mereka tak stabil.

Tapi ESP ni low GI. Kalau makan pagi-pagi tu kadang tengah hari pun masih rasa kenyang lagi. Bila kita masih rasa kenyang, kurang lah rasa asyik nak makan je tuh. Dalam masa yang sama ianya dapat mengurangkan pengambilan makanan@kalori harian kita. Haaa, kan bagus untuk orang yang nak kurus@diet.

Disebabkan ESP ni low GI, ianya juga bagus untuk pesakit diabetes atau kencing manis. ESP dapat membantu menstabilkan paras gula dalam badan mereka.



Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk membuat pesanan atas talian (online).

 ESP Shaklee



Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO


 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan