6 Tips Bagi Kurangkan Keputihan


Keputihan vagina atau dalam bahasa perubatannya disebut leukore atau flour albus, adalah cairan yang keluar dari vagina/liang kemaluan secara berlebihan. Dalam keadaan normal, pengeluaran cecair ini adalah minimal serta tidak signifikan. Namun jangan pula terus membuat kesimpulan, setiap cecair yang keluar berlebihan adalah tidak normal dan merupakan petanda penyakit yang serius.

Sumber cecair boleh berasal samada dari vagina, pangkal rahim, uterus, dan juga dari tiub falopio.

1) Bila cecair yang keluar berwarna jernih, berlendir dalam kuantiti banyak tetapi tidak berbau maka hal ini merupakan sesuatu yang biasa terjadi ketika hampir hendak datang bulan (menstruasi), ataupun rembesan hormon estrogen yang berlebihan dan ketika berada dalam keadaan stress. Keputihan seperti ini juga sering dialami oleh wanita yang hamil.

2) Jika cecair yang keluar bersifat seperti susu kental, likat, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu ketara maka kemungkinan terjadi keradangan pada serviks/pangkal rahim (servicitis) dan vagina (vaginitis).

3) Bila mana cecair yang keluar berwarna coklat, seakan-akan air, sangat banyak dan lembab, maka kemungkinan wanita tersebut mengalami gangguan pada pembuluh darah sekitar serviks, atau endometriosis dan boleh jadi merupakan kesan sampingan kepada rawatan radiasi ketika merawat penyakit kanser. Warna coklat timbul akibat perdarahan yang terjadi akibat masalah-masalah tersebut. Jika perkara ini terjadi kepada anda, dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dengan segera.

4) Bila cairan berwarna kelabu dengan cebis/carik darah, cair seperti air, sangat banyak dan berbau busuk yang keluar dari vagina, maka kemungkinan wanita tersebut mempunyai ulser vagina, vaginitis. Kemungkinan lain yang sangat perlu diperhatikan adalah kemungkinan kanser benign. Segeralah dapatkan kepastian daripada doktor anda.

5) Jika cecair yang keluar berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka kemungkinan telah terjadi infeksi bakteri tidak spesifik (Non-specific bacterial infection). Gejala ini juga timbul saat seorang wanita kelebihan hormon estrogen. Untuk masalah ini, rawatan antibiotik biasanya akan dimulakan oleh doktor anda.

6) Bila cecair yang keluar putih, cair berbintik bintik banyak, berbau hanyir disertai dengan rasa nyilu atau sakit ketika membuang air kecil serta gatal di sekitar kemaluan maka kemungkinan wanita tersebut menderita infeksi yang disebabkan oleh kulat/fungi opportunistic.

Candida albicans adalah kulat yang paling sering didapati di kemaluan seorang wanita terutamanya wanita hamil kerana ketika hamil paras hormon yang tinggi akan menyebabkan pH di kemaluan wanita terganggu seterunya menyebabkan opportunistic fungus mula menyerang.

Untuk masalah ini, rawatan dengan anti-kulat (Tablet Fluconazole, Tablet vagina Clotrimazole, Krim Candid V) samada dengan cara di makan ataupun dengan menggunakan pessari (ubat yang dimasukkan secara terus kedalam vagina) akan diberikan oleh doktor.

7) Bila cecair yang keluar berwarna kuning kehijauan, berbuih, merah, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan terasa sakit apabila ditekan pada sekitar kemaluan serta kemerahan pada vagina, maka kemungkinan telah terjadi infeksi yang disebabkan oleh kuman protozoa Trichomonas vaginalis.

8) Akhir sekali, bila cairan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan, sakit apabila ditekan pada daerah sekitar kemaluan, nyilu/sakit ketika membuang air kecil, maka kemungkinan besar wanita tersebut mengalami jangkitan kuman yang disebabkan oleh Nisseria Gonorrhea. Rawatan biasanya dengan menggunakan antibiotik dari kumpulan penicillin. Masalah ini juga memerlukan nasihat dan pengesahan dari doktor.

6 tips untuk mengurangkan gejala keputihan.

a) Kurangkan stress.
Cuba cari cara untuk kurangkan stress yang anda hadapi dengan cara yang anda selesa. Mungkin dengan berendam di dalam air suam atau meluangkan masa untuk berurut dan bersauna di spa sekali sekala. Stress merupakan antara punca utama gejala keputihan terutama di kalangan remaja dan wanita muda di universiti mahupun di tempat kerja.

b) Ambil Vitamin C.
Ambil vitamin C dengan dos yang lebih tinggi dari biasa. Ini kerana, ketika berada dalam keadaan stress, kadar penyerapan vitamin C dalam badan akan menurun secara mendadak. Vitamin C seperti yang kita tahu merupakan booster kepada immune system kita. Immune sistem yang lemah menyumbang kepada ketidakstabilan emosi juga memudahkan kita diserang kuman, kulat dan sebagainya.

c) Alfalfa @ Klorofil
Pengambilan makanan tambahan seperti alfalfa atau klorofil juga dapat membantu mengurangkan masalah keputihan. Alfalfa mempunyai kesan anti-kuman dan anti-kulat. Ianya juga pencuci darah yang agak effective. Pengambilan alfalfa sebagi diet harian dapat membantu mengurangkan masalah keputihan yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

d) Pelapik Kapas
Gunakan pelapik seluar dalam berherba yang dibuat dari 100% kapas. Kapas dapat menyerap lendir dan cecair keputihan dengan lebih effective dari gel. Herba yang terkandung dalam pantyliner tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mencuci dan mengurangkan kegatalan yang dihadapi oleh mereka yang mengalami keputihan.

e) Keajaiban Sireh
Cuci Miss V (vagina) dengan air rebusan daun sireh yang masih suam. Sireh memang diakui mempunyai kesan anti-kuman dan petua ini telah diamalkan secara turun temurun oleh nenek moyang kita. Ia juga dapat menaikkan seri wajah wanita tadi. Miss V sihat, wajah juga semakin berseri.

f) Pembersih Wanita Berubat
Gunakan pembersih wanita berubat seperti Candazole V Feminine Hygiene ataupun Lactacyd. Pencuci tersebut telah diformulasikan dengan pH yang sesuai (3.5) dengan persekitaran vagina dan amat sesuai untuk mereka yang memang mempunyai kulit yang tersangat sensitif. - diambil di wom.my

Shaklee menawarkan produk khusus untuk masalah keputihan




Alhamdulillah telah ramai yang mencuba produk Shaklee bagi masalah keputihan dan hasilnya sangat memberangsangkan




Anda berminat untuk mencuba? Boleh klik gambar di bawah untuk membuat pesanan atas talian (online).

 alfalfa complex buy 1 free 1



Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO


 cara mudah dapatkan harga ahli shaklee

Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : shaklee.pengedar.sah
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan