Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan

Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan
Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan
Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan | Tanaman labu merupakan salah satu jenis tanaman sayuran yang kaya manfaat. Bahkan, labu termasuk di antara tanaman sayuran yang abadikan dalam Alquran

Labu Di Dalam A-Quran

Kisah Nabi Yunus A. S. yang ditelan ikan paus. Allah merakamkan cerita ini dalam surah As-Saffat (37:139-148)

"37-139: Sesungguhnya Yunus adalah seorang antara para rasul.
37-140: Tatkala dia lari ke kapal yang penuh muatan.
37-141: Kemudian dia ikut mengundi, lalu dia termasuk orang yang dibuang.
37-142: Maka dia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela.
37-143: Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak bertasbih (mengingat Allah).
37-144: Nescaya dia akan tetap tinggal dalam perut ikan itu sampai hari kebangkitan.
37-145: Kemudian Kami (Allah) lemparkan dia ke tanah yang tandus, sedang dia (dalam keadaan) sakit.
37-146: Dan Kami (Allah) tumbuhkan untuknya sebatang pohon daripada jenis labu.
37-147: Dan Kami (Allah) utuskan dia kepada seratus ribu (orang) atau lebih.
37-148: Lalu mereka beriman, maka Kami (Allah) berikan nikmat kepada mereka hingga waktu yang tertentu."

Baca ayat ke 146, beberapa terjemahan kepada istilah YAQTEEN ialah LABU (rujuk kepada ayat asal). Ini menjadi juga perdebatan beberapa sarjana islam, dan beberapa tafsiran. Dalam satu tafsiran, Nabi Yunus setelah keluar dari perut ikan paus, dia berasa sakit, seperti bayi yang baru lahir. Ada juga tafsiran berkata Nabi Yunus dikatakan seperti seekor itik yang belum tumbuh bulunya. Jadi nabi yunus diberi makan yaqteen dan juga didatangkan sebuah kambing hitam dan meminum susu kambing tersebut sehingga Nabi sihat.

Labu Makanan Kegemaran Rasulullah

Dalam beberapa hadith juga, ada menyebut, Labu adalah buah yang menjadi amalan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Antaranya ialah

Telah menceritakan kepada kami [Al Qa'nabi] dari [Malik] dari [Ishaq bin Abdullah bin Abu Thalhah] bahwa ia mendengar [Anas bin Malik] berkata, "Seorang penjahit mengundang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk menghadiri makanan yang telah ia buat." Anas berkata, "Lalu aku pergi bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghadiri makanan tersebut, kemudian makanan tersebut didekatkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang berupa roti yang terbuat dari gandum serta kuah yang padanya terdapat labu dan dendeng." Anas berkata, "Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mencari-cari labu yang ada di nampan tersebut, maka semenjak itu aku suka makan labu."

Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Baginda suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Dalam kitab Al-Ghailaaniyyat diceritakan: Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".

Manfaat Buah Labu

Semestinya, buah labu ini banyak khasiatnya. Antara manfaat buah labu ialah :

1. Baik untuk Kesihatan Prostat - Biji labu telah lama digunakan sebagai makanan semula jadi yang penting untuk kesihatan lelaki. Ini adalah sebahagiannya kerana kandungan zink yang tinggi, yang penting untuk kesihatan prostat.

2. Baik Untuk Kesihatan Jantung - Biji labu mengandungi khasiat mineral magnesium, yang mempunyai pelbagai fungsi fisiologi penting termasuk mewujudkan ATP (adenosina trifosfat, molekul tenaga badan anda), sintesis RNA dan DNA, pengepaman jantung, tulang yang betul dan pembentukan gigi, mengelakkan saluran darah tersumbat, dan fungsi usus yang betul.

3. Bagus untuk Detox - Biji labu ini juga boleh menjadi rawatan semulajadi yang sangat berkesan bagi menghapuskan cacing pita yang terdapat di dalam usus sekaligus membantu masalah pencernaan.

4.Bagus untuk wanita - Minyak biji labu kaya dengan fitoestrogen semula jadi dan kajian menunjukkan ia boleh membawa kepada peningkatan yang ketara dalam baik “HDL” kolesterol bersama-sama dengan penurunan dalam tekanan darah, hot flashes, sakit kepala, sakit sendi dan gejala menopause lain di kalangan wanita menopaus.

Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan
Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan
5. Meningkatkan Imun sistem - Biji labu adalah kaya dengan zink (satu auns mengandungi lebih daripada 2 mg mineral bermanfaat ini). Zink adalah penting untuk badan anda dalam pelbagai cara, termasuk sistem imun, pertumbuhan sel dan pembahagian sel, tidur, mood, deria anda seperti deria rasa dan bau, mata dan kesihatan kulit, fungsi insulin, dan fungsi seksual lelaki.

6. Sumber Asid Lemak Omega-3 - Biji labu adalah salah satu sumber terbaik asid lemak omega 3 berasaskan tumbuhan (asid alfa-linolenik atau A LA).

7. Anti diabetes - Kajian haiwan menunjukkan bahawa biji labu boleh membantu memperbaiki keberkesanan insulin dan membantu mencegah komplikasi diabetes dengan mengurangkan tekanan oksidatif kepada pesakit.

8. Membantu memberikan ketenangan dan rehat - Biji labu adalah sumber yang kaya dengan tryptophan, sejenis asid amino (blok binaan protein) dimana akan ditukar menjadi serotonin oleh badan kita. Ini seterusnya ditukarkan kepada melatonin, iaitu hormon tidur. Memakan biji labu beberapa jam sebelum tidur, bersama-sama dengan karbohidrat adalah seperti sekeping kecil buah-buahan, boleh menjadi sangat bermanfaat untuk menyediakan badan anda dengan tryptophan yang diperlukan untuk melatonin anda dan pengeluaran serotonin untuk membantu mempromosikan tidur yang lena.

Penemuan Interferon

Banyak lagi khasiat labu, yang kita baca, dalam blog orang putih, kajian demi kajian dibuat tentang buah labu ini. Tapi, seorang doktor dari jepun bernama Dr Yasuhiko Kojima telah menjumpai Interferon pada tahun 1954.

Interferon ni sangat penting untuk sistem imunisasi badan. Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dll.

Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit. Boleh dikatakan suntikan Interferon itu sangat mahal, satu suntikan boleh cecah beribu ringgit.

Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan
Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan
40 Tahun kajian, setelah meneliti beribu-ribu herba semula jadi dalam dunia, akhirnya Dr Kojima berjaya mencipta satu interferon semula jadi. Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle Jepun dan biji plantago, mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Maknanya, sumber Interferon terpenting itu datang dari sebiji LABU.


Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan
Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan

Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan
Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan

Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan
Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan

Promosi biji labu di dalam Nutriferon.
Setiap pembelian 2 kotak Nutriferon, anda akan dapat diskaun 5%

Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan
Kebaikan Buah Labu Kuning dalam Al Quran Untuk Kesihatan

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp
* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat.

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan