Selalu orang tanya kami, apakah kelebihan vitamin C shaklee. Iyelah, ada banyak sangat vitamin C di dalam pasaran sampaikan orang tak tahu nak pilih yang mana. Pilihan kami semestinya vitamin C Shaklee yang sangat berbeza dan memiliki kelebihan nya yang tersendiri berbanding jenama yang lain.
Apa istimewanya Vitamin C 500mg Shaklee ini berbanding yang lain?
👍 Satu tablet mengandungi 500 mg vitamin C daripada sumber SEMULAJADI (BUKAN sintetik!)
👍 Dilengkapi co-factor semulajadi seperti bioflavonoid daripada buahan sitrus (lemon, oren dan limau bali), hesperidin dan rose hips untuk fungsi optimum (BUKAN asid askorbik semata-mata!)
👍 Bersifat “Sustained Release“ di mana vitamin C akan dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam darah (setara dengan satu setengah biji oren setiap sejam, dalam masa 5 jam)
Apa maksud “Sustained / Time Release”?
Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.
Vitamin larut air seperti B-Complex dan Vitamin C adalah vitamin yang mudah larut di dalam air (sebab itu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berapa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja. Bukankah membazir jika semua yang kita ambil `terbuang` begitu saja tanpa sempat dimanfaatkan oleh tubuh kita?
Jadi, Sustained Release supplement menawarkan :
👍 kesan vitamin yang optimum,
👍 meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan),
👍 menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.
Mengapa Vita-C Plus Shaklee mengandungi Bioflavonoid?
Bagi para pengguna Vita-C Plus Shaklee (sama ada jenis Sustained Release mahupun Chewable), pasti biasa melihat perkataan “BIOFLAVONOID” tertera di label, kan?
Flavonoid adalah satu unsur larut air, dan sangat diperlukan untuk penyerapan vitamin C dan juga membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Ia memberikan warna kuning dan oren pada buah-buahan sitrus (seperti lemon, buah oren, limau, dll)
Fungsi bioflavonoid :
👍 Mencegah vitamin C daripada termusnah oleh pengoksidaan.
👍 Menguatkan dinding kapilari/saluran darah, seterusnya mengelakkan pendarahan dan lebam-lebam daripada berlaku.
👍 Membantu membina rintangan terhadap sebarang jangkitan.
👍 Membantu mencegah dan juga menyembuhkan gusi berdarah.
👍 Meningkatkan fungsi dan penyerapan vitamin C.
👍 Membantu vitamin C dalam memastikan kesihatan tisu-tisu penghubung di dalam badan.
👍 Membantu memelihara paras kolesterol yang normal.
👍 Membantu melawan alahan/ Asthma, dll.
Tiada sebarang daily allowance (had yang dibenarkan untuk sehari) ditetapkan, namun majoriti pakar nutrisi bersetuju bahawa untuk setiap 500 mg vitamin C, kita memerlukan sekurang-kurangnya 100 mg bioflavonoid. Ia boleh didapati dengan mudah pada serat berwarna putih pada buah-buahan sitrus (yang saya yakin ramai juga akan cuba membuangnya seberapa banyak yang boleh sebelum makan buah tersebut), aprikot, beri hitam, ceri dan rose hips.
Kesemua suplemen vitamin C berfungsi lebih baik dengan kehadiran bioflavonoid. Namun, ia mudah termusnah oleh air, haba, memasak, cahaya, oksigen dan asap rokok.
Buat pengetahuan anda, Sustained Release Vita-C Plus Shaklee mengandungi 500mg vitamin C berpotensi tinggi yang dihasilkan daripada corn starch (sumber vitamin C semulajadi). Vitamin C yang dihasilkan ini mempunyai molekul yang sama seperti yang terdapat pada buah-buahan sitrus. Sistem “pelepasan masa” pada setiap tablet vitamin C Shaklee ini juga membolehkannya melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit ke dalam tubuh untuk tempoh 5 jam bagi memastikan bekalan yang berterusan bila mana ia diperlukan. Ini adalah bersamaan dengan memakan sebiji setengah oren untuk setiap 5 jam~!
Sebenarnya, konsep Shaklee sangat mudah; ia menggunakan pelbagai pengetahuan teknologi dan kemajuan sains, untuk menghasilkan produk-produk bersumber daripada alam semulajadi bagi menyokong kesihatan manusia.
Jadi, Shaklee telah menambahkan 120mg Citrus Bioflovonoid Complex serta Rose Hips bagi setiap tablet Sustained Release Vita-C Plus, bagi memastikan ia mampu berfungsi dan diserap sepertimana vitamin C yang terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini juga bagi mencegah kandungan vitamin C daripada teroksida dan musnah.
Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI,
Hubungi saya
Saya perunding bertauliah anda
Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
PM kami di
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
Mohon share.. Terima kasih
BalasPadam