Saya Sabariah binti Abdul Rahman, baru berusia 73 tahun dan mempunyai 4 orang anak (4 lagi telah tiada akibat keguguran ) serta 10 orang cucu. Sejak remaja, saya sangat mementingkan aspek kesihatan dan apabila memasuki alam pekerjaan saya sangat berdisiplin dalam pengambilan suplemen dari pelbagai jenama. Alhamdulillah, sehingga kini saya tiada masalah kesihatan yang teruk melainkan sakit tulang belakang serta sedikit darah tinggi yang baru sahaja dikesan 3 minggu yang lepas.
Saya mengenali Shaklee di Malaysia semenjak saya masih bekerja di awal umur 30-an, kira-kira pada tahun 1980an. Saya menjadi pengguna tegar semenjak tahun 2012. Saya bermula dengan Vivix, diikuti dengan Sustained Release Vita C, Collagen Powder, Ostematrix, OmegaGuard, Advanced Joint Health Tablet, Carotomax, GLA Complex, Garlic Complex dan beberapa jenis suplemen yang lain.
Sakit sendi yang saya alami semakin berkurang. Rasa berpasir dalam mata turut hilang dengan pengambilan suplemen ini secara konsisten. Saya juga tak menyangka, ramai kawan-kawan menegur jeragat di pipi semakin pudar dan sering berkongsi rahsianya.
Pada tahun 2014, saya berangkat sendirian ke Glasgow untuk melawat anak ketiga dan keluarga yang menyambung pengajian di sana. Penerbangan di awal pagi Hari Raya Aidilfitri membolehkan saya menyambut Aidilfitri di Malaysia, Dubai dan seterusnya di Glasgow! Saya tak lupa membawa Vivix sebagai keperluan utama, Sustaiend Release Vitamin C dan Omega Guard sebagai pelindung dari selesema memandangkan cuaca yang terlalu sejuk sepanjang masa di Scotland. Tambahan pula saya berada di sana selama hampir 6 bulan, dan saya sentiasa berharap diberikan kesihatan sepanjang pemergian saya.
Awal tahun 2015, Allah berikan saya kesihatan dan peluang untuk saya bercuti dengan anak-anak di Glenshee, bermain salji dan sledge walaupun pada usia begini. Vivix menjadikan saya muda dari dalaman dan itulah usaha saya supaya sentiasa sihat selain berdoa kepada Allah s.w.t.. Vivix mudah dibawa kemana sahaja, ringan dan kecil tetapi padat dengan semua keperluan!
Saya sayang Vivix.
Saya bersyukur diperkenalkan dengan Vivix dan suplemen lain.
Di usia begini, saya pastinya mahu meniti saki baki usia saya dengan sihat, supaya saya mudah beribadat dan tidak perlu hanya terlantar kesakitan. Pesanan saya, anda yang masih muda, jangan lupa menjaga kesihatan dan konsisten dalam pengambilan suplemen yang berkualiti. Tak lupa pada yang masih ada ibu bapa, elakkan mereka menderita kesakitan di hari-hari emas mereka.
Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda
Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : kulit_cantik_sihat_semulajadi
Instagram : kulit_cantik_sihat_semulajadi
PM kami di
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
0 comments:
Catat Ulasan