Bisul di Kepala dan Tangan; Ekzema Kronik Sudah Pulih

Sejak lepas umur anak saya 40 hari, bermula episod yang mampu membuat hati ibu dan abah tak terkeruan. Nuha alami masalah kulit yang serius. Jika di kampong di Terengganu, kami panggilnya kenan.

Semakin hari masalah Nuha semakin teruk. Klinik pakar, hospital, klinik biasa sudah tidak terkira kami bawa, demi nak sembuhkannya.

Tibalah umur Nuha 7 bulan, di kepala Nuha ada ketulan seperti bisul, Ya Allah besar sangat bernanah sedikit. Ya Allah masa tu, hati ibu dah tak senang dan bimbang. Air mata ibu dah tak tertahan nak. Nuha lagilah asyik menangis. Pasti sakit ye anak kusayang, tika itu Nuha juga demam suhu mencecah hampir 40.

Kami bawa ke klinik berdekatan, doktor tersebut kata, ini tidak boleh dibiarkan kerana nanti kuman lagi merebak. Kami terpaksa belah sedikit untuk keluarkan kuman-kuman ini puan encik. Ya Allah, kepala anak ku dibelah macam tu je tanpa dibius sepenuhnya. Masih ku ingat raungan Nuha. Sama dengan ibu yang dah tahan tengok.

Selepas dibelah di kepala, dalam beberapa bulan selepas itu jadi pula ditangan. Ya Allah, sakit sangat ibu tengok, bengkak teruk tangan Nuha, sudah keluar darah juga. Allah sahaja yang tahu hati ini. Kami bergegas bawa Nuha ke hospital Serdang.

Sehinggalah saya mencari ubat apa terbaik untuk eczema, saya terjumpa testimoni Herbal Blend ramai sangat pakai dan kata ok. Saya cuba beli Herbal Blend dan sapu. Alhamdulillah beransur ok.

Bila anak saya berumur 1 tahun, saya sudah mula bagi Meal Shakes, risau takut sejarah lama berulang, dibelah-belah.
Selepas itu saya berikan Vitamin C Chewable. Alhamdulillah syukur , Nuha semakin pulih dari eczema kroniknya.

Sekarang Nuha sudah 3 tahun. Masih ambil Meal Shake, Vitamin Chewable dan Herbal Blend untuk sapu di buat seperti losyen.

Alhamdulillah Allah menemukan saya dengan Shaklee, kita ikhtiar untuk sembuh, Allah menentukan setiap penyembuhan itu.


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee dari sumber SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda

Pengedar Shaklee Bertauliah
|Shaklee ID - 869539|
umi.nazrah@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-4320059
Instagram : kulit_cantik_sihat_semulajadi
PM kami di

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan